Sunday, February 6, 2011

Harapan Masih Mekar Di Hati

Hari ini, 7 Februari 2011, kehangatan semakin terasa….huhu…..ada sahabat Sabahan & Sarawakian sudah bertolak memulakan perjuangan di sana….Fight aku lusa..jadi lambek lagi lah…barang tak kemas lagi…huhu…seluar semua dah ketat…maklumlah dah gemuk balik duduk umah asik in jer….outnya kurang……hahaha….

Semalam duk sembang dengan ayah….
“Ngah…hurm…ayah ada mintak tolong kawan ayah nak pindahkan angah ke Semenanjung” “Walaupun ayah rasa dah terlewat tapi ayah usaha je lah…Esok, kalau ada dapat panggilan apa-apa, kalau dia cakap ngah nak pindah tak ke Semenanjung…ngah cakap “nak” ye…Kalau tak malu plak ayah nanti…ayah dah mintak tolong dia….itu pun kalau dia nak tolong”

“Baiklah ayah..ngah ikut je mana yang baik untuk mak dan ayah..”..Terkejut gak aku…ayah kata macam tu…terpancar sinar harapan di wajah sucinya itu…terpaksalah mengiyakan…huhu…dalam hati berbisik…ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya….
Pagi tadi…..Mak talifon…..huhu…

“Ngah…ada orang call tak setakat nie…cakap pape pasal ngah punya posting…” “Alhamdulillah mak…setakat nie takda..”……..nada aku bersahaja…hehe “Ala ngah..janganlah cakap macam tu…sampai sekarang nie mak masih mengharap semua nie tak jadi” “Baik mak…tapi sekarang nie masih takde lagi…takde orang talipon pape pon…huhu”

Huhu…..hari semakin menunjukkan takdir itu pasti…tapi bimbang tergenggam kemas dalam benak fikiran aku kerana ibu dan ayah masih mengharap semua ini hanya mimpi….Namun aku tetap yakin apaon natijah nya ALLAh dah tetapkan yang terbaik buat aku, ibu dan ayah….huhu…..

P/S…Andai takdir ku ini tidak menyebelahi ibu dan ayah…harapan ku harap2lah mak dan ayah redha akan aku…huhu…tetiba sebak coz teringat cerita Cerekarama kelmarin “Biarkan Aku Menangis…”..huhu..Moga kita semua menjadi anak soleh wa musleh dunia dan akhirat….

BeRjImBa Di MeLaKa


Assalamualaikum…huhu…dalam “kehuru-haraan” mempersiapkan diri berangkat ke Sabah 9 Februari ini, sahabat-sahabat fasilitator AKRAB berkampung@bercuti di Melaka. Apa lagi..aku sebagai kambing hitam ditugaskan untuk menjadi pemandu pelancong tidak bertauliah sepanjang tiga hati mereka berada di bumi Melaka…hahhahahaha…

Haha….sepanjang mereka berada di Melaka..bukan sahaja terisi dengan pengalaman-pengalaman manis namun “PERUT” mereka juga diisi seisi-isinya….huhu…terima kasih mak kerana member mereka ni makan..kalau tak tahulah merempat tang mana…huhuhu….
hahahahhahaha...sempat dia mintak sedekah pakai topi kak najwa.....

Macam biasalah…mak kalau jumpa kawan-kawan rapat anak dia..bagus jugak sahabat-sahabat aku tu dating…sekuranh-kurangnya dapatlah mengubat sedikit kesedihan di hatinya…huhu….tiap kali makan mak suruh mereka makan kat umah…haha..habislah jugak “rahsia” terlarang tersebar…hahhaha…sampai mak kata….huhu…rahsia antara ibu dan anak…tak leh gtaw…huhu…

haha...lelaki-lelaki idaman malaya....
Mak pon apa lagi duk ceritalah kerisauan dia pada anak dia yang sorang nie…nak gelak pon ada..nak sebak pon ada..hehe…Macam-macam mak cakap kat mereka…biarlah..malas nak korek rahsia…dah tahu apa pon….nak nak dengan perempuan…lagi lah mak bersemangat…maklum lah mak takda anak perempuan…huhu

Buat sahabat yang disayangi…Abang Epy, Kak Najwa, Kak Nisa, Kak Syud (tak dapat join)…thanks for everything…thanks to Allah for giving this relationship….Buat Kak Najwa dan Kak NIsa, syukran jazilan di atas hadiah yang diberikan….mudah-mudahan bermanfaat hendaknya…moga bahagia dunia dan akhirat……
P/S Terima Kasih dating Melaka…kalau hangpa tak datang..mungkin aku tak pergi tempat-tempat yang kita duk berjimba tu..huhu….thanks again….barakallah…=p