Friday, October 22, 2010

Hari Raya 2010

Assalamualaikum....apa khabar semut kerdil..apa khabar semua pengunjung yang mengenali atau tidak mengenali.....sudah lama tidak mencoretkan coretan hati buat kenangan dalam blog ini...Maklumlah sangat sibuk dan busy sehingga terlupa untuk melakar cebisan kenangan di alam maya ini...alhamdulillah sekarang punya sedikit kesempatan.........

Hanya ingin berkongsi sedikit kenangan manis bersama sahabat tercinta tak kira yang lama dan baru dalam jelajah raya 2010 nie..banyak tempat dikunjungi buat kenangan meneruskan kehidupan...

Jelajah Raya Siri 1

Jelajah Raya Siri 3

Jelajah Raya Siri 4

Alhamdulillah...segala perjalanan dalam keempat-empat siri berjalan dengan amat lancar sekali..banyak tempat yang dilawati menyambung silaturahim...Terima kasih ALLAh kerana beri kesempatan kepada hamba mu ini untuk menelusuri mencari ketenangan atas jiwa yang sedang gundah gulana ini....



Terima Kasih kepada semua sahabat tempat kami berkunjung kerana sudi malayan dan menyediakan makanan yang enak enak sangat.....



Pernah aku dengar sebuah hadis yang mafhumnya...
"jika kita berkunjung ke rumah orang, tatkala kita keluar dari rumahnya..makanya kita meninggalkan segala dosa yang kita telah lakukan"...=p






Ya ALLAH hambamu ini ingin berubah..amin....

Sunday, September 12, 2010

BUat Hati Yang Ketandusan Cinta

 
Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.



Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian  itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

Tuesday, August 17, 2010

Masalah Itu Didikan ALLAH



Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendak memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. ‘First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi ‘telinga’ daripada menjadi ‘mulut’.

Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita… nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar… tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu.
Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.

Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.

insyaALLAH...aku akan cuba menghadapi dugaan ini...ini ujian untuk ku...insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran...namun hakikatnya hanya aku yang mengetahui sebab dan musabab mengapa aku lakukan sebegini...aku rela mendapat murka manusia daripada mendapat murka ALLAH..ini jihad bagi aku....
Ya ALLAH peliharalah aku daripada melakukan dan mengiyakan ujian ini....aku akur dengan ketentuanMU...aku ketahui Kau Maha Mengetahui bahwa aku mampu menanggung ujian ini.....Kau tak timpakan pada rakan rakan aku yang lain kerana Kau juga Maha Mengetahui bahawa mereka tidak mampu menangung ujian ini.....amin.....

Biarlah tidak punya sokongan manusia...kerana aku khuatir memohon sokongan manusia kerana bimbang tafsirang yang amat berbeza...apakah aku akan diterima...sudah semestinya tidak....jadi...hasbunalla wanikmal wakil..cukuplah ALLAH sebaik-baik pelindungku....
Akan aku jaga diri untuk bakal permaisuri hatiku dan zuriat-zuriat yang bakal dilahirkan nanti...akan aku jaga diri untuk aku ukir sebuah dunia kecil bersama keluargaku nanti...Ya ALLAH kabulkan permintaan ini...akan aku tunggu masa dan ketika itu....tatkala masa itu tiba pastinya aku rebah dihadapanMu menatang jutaan syukur tanda terima kasih kepadaMu...masa itu akan tiba,,,harus ada sabar dalam setiap sesuatu....amin.......

Ahlan Wa Shalan Ya Ramadhan

Alhamdulillah....sudah lama tidak dapat mengupdate diari maya ku ini...terlalu banyak untuk disingkap sepanjang ketidakberadaanku di alam maya ini...sahaja mengasingkan diri cuba mencari ketenangan abadi di bumi waqafan ini.

Seronoknya.....aku kini dan seluruh umat Islam sudah berada dalam Ramadhan..hari ini kalau tidak silap sudah melangkah ke 8 Ramadhan..sudah 8 hari berlalu Ramadhan...masih berbaki 22 Ramadhan untuk mengumpul amalan dan pahala sebanyak-banyaknya...
Azam aku tahun ini, aku ingin berubah untuk  menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini...aku ingin tinggalkan segala masa silam yang sering menghantui ku lantaran bersorak gembira kerana berjaya membantutkan perkembangan potensi diri aku....insyaALLAH taubat ini biarlah yang sejati.....

  • Qiamullail
  • Iftar jami Kelab Asy-syakirin
  • Tadarus
  • Sedekah
  • Solat Sunat Syuruk dan Dhuha
  • banyak lagi...

Ini antara banyak lagi amalan yang dapat aku dan semua umat Islam dilaksanakan..namun ia tidak semudah berzam dan hanya dibibir sahaja...sebaliknya..ianya perlu diberikan dan diterjemahkan sebagai satu istiqamah dalam amalan yang hakiki....supaya meraih cinta Ilahi..amin....

P/S Selamat Berjaya Semut Kerdil.....Kau perlu berusaha lebih dan lebih lipat kali ganda..kerana Kau dan ALLAH tahu Kau Insan Istimewa....Hanya ALLAH yang tahu....apa yang tersirat tak mampu disuratkan.

Saturday, July 31, 2010

Going Down To Earth

Alhamdulilah...akhirnya dapat juga aku belajar mengaji.........ALLAH tunjukkan jalan.....

YAYASAN SEKOLAH ALQURAN KUALA LUMPUR
WISMAWARISAN
TINGKAT 7,JALAN YAP AH SHAK....
TEL : 0326913286

Semalam aku pergilah buat pendaftaran....hanya perlu bayar yuran RM 10 sebagai proses untuk membuat name tag....huhu..lepas tu ustaz tu buat lah test nak tentukan aku di peringkat mana.....
NIE LAH IQRA YANG AKU BELI KAT JALAN TAR....NAK BELAJAR NGAJI



Huhu...so...Im going down to earth......aku dah geti baca alquran...alhamdulillah...dah mengenal huruf...cuma mungkin tajwid aku terbalik dan ke laut lagi...alhamdulillah ALLAH tunjuk jalan...

So...hari ini class aku start...sabtu dan ahad...sekali sesi sejam...mula dengan IQRA 4...huhu...yes....seronok belajar dengan pak cik pak cik kat situ....semua baek dan murah dengan senyum...alhamdulillah...semangat mereka untuk belajar ayat-ayat ALLAH amat tinggi....

Hari ini....Ustaz Wan Hafeedz ajar aku pasal beberapa hukum tajwid....Mad Lin, Izhar Halqi, Izhar Syafawi dan hukum Mim Sakinah....

Seronoknya...walau sedikit tapi bermanfaat....insyaALLAH istiqamah sehingga habis belajar di maktab ni. Mudah mudahan bermanfaat untuk diri sendiri dan anak-anak aku nanti...amin....

P/S Alangkah baiknya daripada semester 1 lagi aku dah jumpa tempat nier...naperlah hati tak pernah tergerak dahulu...ini sekarang dah nak graduate baru nak cari tempat belajar mengaji..hehehehhe....namun...terima kasih dan bersyukur kepada ALLAH kerana DIA temukan juga akhirnya....dengan masa yang ada tah beberapa bulan sehingga tamat pengajian aku akan belajar bersungguh-sungguh....Amin...

Wak Gus Wak Lu

Salam....

Akhirnya dapat jugak amik gambar binatang kesayangan aku nier....huhu...

Nama mereka WAK GUS dan WAK LU...huhu...speceial from jawa...sebab tu nama mereka "WAK"....huhu...

Nielah Penghuni bilik aku yang baru...dah nak dekat dua minggu mereka temankan aku kat bilik nie....

huhu...kalau pegang dier mesti nak gigit....mungkin tak kenal bau tuan dier lagi kot....sakit jugak dier gigit....huhu...

Seronok bela mereka...tapi kene rajin selalu tukar habuk kayu dier...takut dier kencing banyak kali nanti berbau satu bilik...ngamuk roomate aku kang...huuhuhuu.....

Bolehlah buat maen bila kita buhsan...kalau ada masalah..duk cerita ngan mereka...walau tak pam...tapi talk to pets is one kind of treatment...huhu...alhamdulillah....


WAK GUS DAN WAK LU SEDANG BERHIBERNASI

ALAMAK TERJAGA..NGAMUK LAH DIER...

HUHU.....KO NAK APER...

SEDAPNYA DIORANG TIDUR......




Friday, July 30, 2010

Apakah Aku Akan Sendiri

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan menjadi teman menapaki hidup
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan di antara kami
agar kemesraan itu abadi.

Dan ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku.

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya.

Dan ya Allah yang tercnta...
Gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia dapat hidup membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

Amin ya Rabbal'Alamin.

(diambil daripada buku "Ya Allah, Aku Tidak Ingin Sendiri" tulisan Burhan Sodiq)

InsyaALLAH..bukan aku ingin meminta yang terbaik....namun aku akan cuma memperbaiki diri dahulu untuk melayakkan aku mendapat yang terbaik...itu kuncinya...amin....

Memikir & Terfikir

"Saya cuba menyelami masalah mereka, dan nyatanya mereka adalah golongan yang sangat kesunyian dan sepi. Mereka hidup dalam kesunyian, bukan kerana kosong dari kehidupan berkawan dan berakan taulan. Sunyi itu datang kerana mereka sering memikul diri lari jauh dari semua orang di sekitar mereka, bersama rahsia yang terlalu berat untuk jatuh ke pengetahuan manusia. Mereka ini adalah manusia yang bersembunyi di tengah ramai "

Terpana mendengar ungkapan ustaz ini.....tidak tahu mengapa namun cukup terkesan dihati ini....bukan tidak tahu dan mahu...cuma tidak terlahir mampu untuk segalanya....siapalah manusia ini...sungguh berat ujian yang ALLAH berikan kepada mereka....terasa diri hina dan kerdil....namun ALLAH mengetahui segala-galanya...DIA mengetahui apa yang tidak mampu disuratkan apa yang tersirat dihati.....

Bimbang tafsiran manusia yang berbeza....mereka gagahi juga berdiam diri berlagak seperti tidak ada yang berlaku......InsyaALLAH...moga ALLAH beri kekuatan kepada mereka untuk teruskan kehidupan ini...moga ALLAH membantu mereka walau di mana mereka berada...itu ujian ALLLAH tanda kasihNYA kepada mereka.....

Ibu Ayah...angah rindukan kalian...maaf kerna telah banyak menyinggungmu tatkala kecil sehingga saat ini...kini sudah 23 tahun hidup di sisi mu...aku tertanya tanya mampukah ku menjadi seorang anak yang kamu berdua idamkan....mampukah aku menjaga sakit dan makan mu seperti kalian menjagaku sewaktu kecil....InsyaALLAH...angah tahu tidak terbalas budi jasamu membesarkan ku..aku akan cuba berbakti kepada mu semampu yang mungkin...wang ringgit dan harta bukanlah ukuran lagi bagiku...yang penting dapat melihat kalian tersenyum kerana apa yang telah aku reka dunia ku untukmu.....Amin...

Thursday, July 29, 2010

Alhamdulilah

Alhamdulillah......internship bakal melabuhkan tirainya esok hari....

Selama sebulan berhempas pulas melakukan setiap tugasan yang diberikan kepada oelh pihak sekolah demi memenuhi tugasan intership daripada pihak maktab.....usai segalanya...laporan pon telah dilaksanakan sebaiknya dan sudah di "submit" kepada pensyarah pembimbing......

Banyak yang berlaku walaupun masa sebulan...mungkin banyak nya sad version...bukan apa...mungkin untuk mendidik diri supaya lebih tabah menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih tabah dan bersemangat menempuh dugaan yang bakal mendatang.....

Terlalu banyak memori di sekolah ini untuk dilupakan...namun ada juga memori yang perlu dan cuba dipadamkan demi menjaga kemaslahatan diri dari virus virus yang tidak diingini....celoteh anak murid....lawak tawa guru-guru semua mendidik aku untuk bermasyarakat....walaupun satu ketika dulu aku seorang sebagai pendiam....alhamdulilah...sifat itu sudah menghakis walau tidak spenuhnya..bak kata orang diam bila perlu....

Hakikatnya...perjuangan perlu diteruskan...walaupun apa yang berlaku...maka ALLAH akan melihat apa yang kita kerjakan....Semoga beroleh kemenangan wahai semut kerdil.....Tetap bertahan..hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk pengajian ijazah pertama kamu berakhir...

Ya ALLAH semoga yang terbaik untukku....aku nekad...takkan aku berpaling daripadaMu..insyaALLAH.....Biarlah ini rahsia antara kita...bukan tidak aku redha dengan ujian yang Kau berikan...cuma ku merayu berikan cebisan kekuatan pada hambamu yang hina ini...biar insan memandang sinis...namun hakikatnya hanya aku tahu apa yang berlaku...hanya aku tahu bagaimana mengubatinya...hanya aku tahuapa yang patut aku lakukan demi menjaga diri aku....amin.....berikan aku kekuatan Ya ALLAH...aku redha mencari redhaMu biar dengan murka manusia...daripada aku terus dengan redha manusia namun murka ALLAH aku dapati....bimbinglah aku Ya ALLAH.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban

Adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Sya'aban tahun Hijrah.

Hari ini adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib)

Alhamdulillah...ini peluang untuk aku mulakan segalanya daripada asal....
Masih terbuka ruang untukku memohon keampunan..
Biarlah buku amalan aku yang lalu yang penuh dengan dosa dan noda diganti yang baru...aku berazam tidak akan buat lagi perkara perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH...aku akan cuba Ya ALLAH....bantulah aku...

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adakah aku ada dalam golongan musyrik dan saling bermusuh...
Ya ALLAH...aku haru bagaimana...bukan maksud aku membenci bukan juga aku memutuskan silaturahim..
Namun hanya Kau sahaja yang tahu mengapa dan kenapa aku harus bersikap sebegini...
InsyaALLAH tidak ada sekelumit perasaan benci padanya...siapalah aku...
Tetapi, demi menjaga diri aku yang serba dhaif ini aku lakukan semua ini walaupun aku terima segala kata-kata sinis insan yang memandang....Namun jauh di sudut hatiku, Kau tahu segalanya....
Biarlah...lantas aku tanamkan dalam hati...biar aku mendapat murka manusia...asal aku tak dapat murkaMu andai aku terus berada di belakang...bantulah aku....harapan aku...aku tak termasuk dalam golongan ini....nauzubillah...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Moga masih ada sinar  untukku betulkan segalanya...
Aku nekad...sekali aku mencipta keputusan....aku takkan menoleh kebelakang lagi...
Cukuplah atas apa yang aku lakukan sebelum ini...
Tak mungkin aku berpaling...
AKU PEJUANG ALLAH............

Friday, July 23, 2010

Bantu Aku Ya ALLAH

Tolong aku Ya ALLAH.........

Tuesday, July 20, 2010

Celotehmu Menghiburku

Fuh...letih juga menyiapakn mural kat sekolah internship nier...huhu....tak pakar pon dalam bab colour n lukis nier...tapi alhamdulilah...walau kita tak pandai...tapi biarlah kita buat kerja tu komitmen dier tinggi dan mantOp.

Tengah tengah buat kerja tu..huhu..aku diserang oleh sekumpulan oleh murid-murid asli...

"Apa kamu semua buat kat sini, nape tak masuk kelas"
"Ala cikgu, cikgu takderlah"
"Sekarang masa siapa"
"Cikgu Musytari"
"Owh, dier takder...ha, kalau macam tu kamu semua letak beg dan teman cikgu mewarna nier..nak tak??"
"Yeay!! nak cikgu...."

Cukup gembira mereka dapat neok aku mewarna dinding tersebut....
Mereka sangat peramah....best sangat..penat aku daripada pagi tadi mewarna hilang terus...seronok dengan mereka berbual dan ketawa..mereka punya  dunia mereka sendiri....

Sempat juga aku belajar bahasa asli....seronok petua petua dan keeprcayaan mereka juga dikongsi mereka...mereka sangat seronok coz ada orang bertanya pada mereka tentang kehidupan mereka...

Daripada astro, cerita kegemaran, sehinggalah kepada cita-cita mereka......

"Cikgu suka neok channel 616...103....huhuhu"
"Cikgu rama rama datang..itutandanya ada orang nak datang kat cikgu...."
"Cikgu dah ada anak"
"Cikgu suka neok cerita apa"

Masing masing bercerita kisah mereka..menarik sungguh..suziana (baju biru) sangat peramah

Amirul...macam melayu muka dia

Nielah kanak-kanak asli yang tak kenal apa itu kehidupan..mereka tak tahu apa akan berlaku pada mereka esok...
Tak larat rasanya melihat mereka berceloteh....penat melayannya...tapi sangat seronok......

Melihat kan mereka...terasa bimbang di hati...apakah akan berlaku pada mereka nanti..tahap akademik mereka sangat membimbangkan...mereka juga seorang insan yang perlukan kemajuan..namun hakikatnya mereka terlalu unik dan perlukan bimbingan dari semasa kesemasa....Tambahan pula dari segi agama, mubaligh kristian giat menjalankan propaganda untuk menarik mereka ini masuk ke agama mereka....Mereka mudah bertukar agama asalkan mereka mendapat banyak habuan dan imbuhan sebagai umpan pada mereka...Ya Allah, dimana peranan aku....Moga mereka terusmaju dari semasa ke semasa....

"Kem Pengenalan Tarbiah Islam"

Alhamdulillah.....Semester ini walaupun sibuk dengan internship aku masih sempat menyelinap dalam KPTI'10

Walaupun peranan besar diletakkan di pundak adik adik junior yang menjadi peneraju tampuk pimpinan syakirin, aku cuba mencari peluang untuk sama-sama melibatkan dan menjayakan program tersebut.

Malam Kemuncak-Stesen Dosa dan Pahala
Aku lebih banyak mainkan peranan dibelakang tolong tolong bab memasak nier..mana yang mampu aku tolong lah....huhu......sekurang kurangnya dapat membantu memberikan sumbangan untuk santapan mudlimin dan muslimah...rasa seronok lihat adik adik mengconduct program...terasa masa muda-muda dulu kita berada di hadapan...sekarang sudah tiba masanya pimpinan yang baru mentarbiah dan meneruskan biah di bumi waqafan ini...


Banyak juga program yang dijalankan.tumpuan diberikan kepada soal ibadah di mana menyentuh pasal solat, tahorah, tayamum dan sebagainya...Banyak rasanya kurang dalam diri biler dengar ceramah daripada ustaz dan ustazah...
Dulu aku jadi naqib usrah dier.....sekarang alhamdulilah...dier pulak jadi naqib untuk adik adik

Peh...dapat jugak aku dan rakan rakan menghasilkan nasi goreng untuk santapan adik adik KPTI

Moga Berjaya dik....Moga Berjaya Mendapat keredhaan Allah selalu...Rahsia kamu abang akan jadikan pengajaran dalam kehidupan abang

Jadi Tauke Nasi

Tak nak kalah...nak pegang juga mikrofon tu...bukan interfrem..juz menunggu naqib dan naqibah selesai makan

Bagi nasi berbau wangi.....
sempat lagi nak berposing


Alhamdulilah Malam Kemuncak tu aku diberikan kepercayaan kepada Fakhri untuk melakukan sedikit refleksi penutup...walaupun banyak sangat untuk dikongsi namun aku hanya ungkapkan harapan dan doa dalam seungkap lagu yang kamu nyanyi bersama-sama

"Angkat tangan kanan, letak dekat hati
Angkat tangan kiri, letak dekat hati
Tepuk tanya Iman, Siapa Diri Ini,
Nanti Jawab Iman
AKU PEJUANG ALLAH"

Kita membina HIDUP dengan apa yang kita ADA
Kita membina KEHIDUPAN dengan apa yang kita BERI

Sedih sangat...tah bila lagi dapat join program lagi...tempoh pengajian aku pun sudah hampir tamat...di luar sektor pekerjaan harapan aku, ALLAH pilih untuk aku berbakti kepada masyarakat. KPTI kali ini memang best..moga memberi manfaat kepada semua...syabas kelab Asy-syakirin....Moga ALLAH berkati kita  

Saturday, July 17, 2010

Jauh Perjalanan,
Telahku Jelajahi,
Membawa seribu impian,
Berbekal pengalaman.

Mampukah aku melangkah,
Menuju satu daerah,
Masihkah ada,
Sinar yang menanti.

Masa djanji pasti tiba,
Ku kan dijemput ke sana,
Bimbang langkahku terhenti,
Ku terpaut di persimpangan.

Tak inginku mengingati,
Detik hitam semalam
Tinggallah semua,
Jadi kenangan.

Keranamu kan ku gagahi,
Untuk terus sisa hidup ini,
Biar ku tebus segala dosa,
Selagi jasad bernyawa.

Leraikanlah rasa hatiku,
Padaku hanya engkau yang satu,
Belum pernah ku terasa,
Hebatnya cintamu.

Sungguh kau lebih mengerti,
Apa tersirat di dalam diri,
Ku mohon rasa kasih,
Yang abadi.

Jujur ikhlaskah hati ini,
Menyintaimu sepenuh hati,
Ataukah sekadar bila diuji,
Rahmat dan kasihmu tiada sempadan,
Biarpun jiwa dalam kelalaian,
Dihasut dengan pelbagai godaan.


P/S Bantu aku Ya ALLAH...lepaskan beban ini....terlalu rencam jiwa aku YA RABBI....aku redha ini dugaan buat aku...bukan tidak redha dengan ujian cuma ingin mengadu padaMu....tunjukki lah jalan yang sepatutnya YA RAHIM.....hamba yang lemah serta ini ingin kembali padaMu...namun aku tidak cukup kuat sendirian walau itu yang terbaik buat ku....aku akui masa yang menentukan segalanya namun penantian ku yang ku sangka akan berakhir rupanya masih samar dan kabur dalam perjalanan...pada siapa harus ku layarkan apa yang tersirat dihati kerana hanya Kau yang mengerti segalanya......Beri aku kekuatan YA ALLAH...Amin




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saturday, July 10, 2010

Segalanya Aku Serah Padamu

Alhamdulillah sudah seminggu internship berlalu di sekolah tersbut...

Huhu...macam macam terjadi dalam seminggu...terlalu banyak sangat perkara yang berlaku dan terlalu rahsia untuk diceritakan...hakikatnya....Allah pasti tahu siapa yang benar dan siapa yang sedang melakukan kesilapan.....

Kesilapan????

Every one done it to make lives go on......Nobody is perfect.....Every one makes mistakes....

Salahkah aku bersikap demikian...mengapa....salahkah tidak berterus terang...insyaALLAH aku yakin dan percaya semua manusia tidak berterus terang dengan sesiapa hatta orang yang paling rapat dengan dia sekalipun....itulah kita manusia yang kerdil dan lemah....

Hakikatnya...hanya ALLAH tahu segalanya....walau kita berpura-pura di hadapan masyarakat..hakikatnya ALLAH sahaja tahu apa yang tersirat di sebalik yang disuratkan....

ALLAH aku redha dengan dugaan ini.....

Walaupun di mata masyarakat mereka memandang sinis atas apa yang berlaku..namun aku serah segalanya padaMU kerana Kau dan aku tahu mengapa, kenapa dan atas sebab apa perkara ini terjadi....

Speechless aku di buatnya.....terkadang terfikir dan memikir agak cemburu dengan kehidupan orang lain...bukan tak redha cuma hanya terkenang atas apa hikmah di sebalik apa yang berlaku....

Satu persatu perkara dihuraikan oleh ALLAH dalam keadaan yang cukup cantik sekali....Alhamdulilah...Kau dah tunjukkan kepadaku bahawa hubungan ini tak perlu diteruskan....InsyaALLAH bukan memutuskan silaturahim namun ini sahaja yang terbaik yang hadir dalam kotak fikiran insan yang kerdil ini.....Tak mahu terus disisi kerana takut terlalu banyak melukai dan dilukai....juga takut Engkau tidak redha dengan hubungan ini.....



"insyaALLAH hadapi segala dugaanMu dengan senyuman dan simpulan ketabahan"
"Redha itu perlu agar tercatat satu semangat di hati"
"Segalanya ku Serah padaMu kerna aku akur aku hanya pelakon di bumi waqafan ini"
"Kau Pengarah segala yang berlaku"
"Berikan aku kekuatan"
"AMIN"



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semoga suatu hari nanti, aku mampu menjadi seorang muslim yang soleh dan berjuang demi Islam yang tercinta. Pergilah wahai syaitan-syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia! Ya Allah, Kau bantulah aku dalam perjuanganku untuk menjadi pejuang agamaMu..Allahuakbar!

Sunday, July 4, 2010

Selamat Berjuang For Internship

Alhamdulillah...

Esok...5 Julai, semua 8 PIMSP akan menjalani program Internship di Sekolah masing masing selama sebulan...

Gembira, sedih, berdebar, takut dan sebagainya tentunya menerajah benak rongga kehidupan insan yang ingin kan kejayaan....Apa yang akan berlaku hanya DIA yang mengetahuinya...

InsyaALLAH sebulan yang diberikan akan aku jadikan sebagai masa untuk lebih memperbaiki diri ke arah yang lebih baik supaya cita cita dan harapan yang dijanjikan akan didapati selayaknya...

Gud Look to yourself SemutKerdil..biarlah kerdil namun bisa mengoncang seantero dunia...

InsyaALLAH

Buat kengkawan semua, sahabat sahabat handai moga berjaya ke internship kita last semester ini...

Bittaufiq Wannajah...

AMIN...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, June 30, 2010

Tugasan Mula Menerjah Ruang Hidupku

fuh fuh........

Hari nier masuk hari ketiga semester 8.......seperti cendawan tumbuh selepas hujan...begitulah diibaratkan tugasan yang diberikan silih berganti....4 paper aku ambil semester akhir sudah tentunya memerlukan komitem 100 % agar terhasilnya buah yang manis dan indah....selain itu...penyelidikan tindakan juga perlu dilaksanakan untuk menyiapkan laporan Action Research aku....huhu..

Selain itu...komitemen pada kelas, organisasi dan sebagainya seperti kadangkala menghimpit benak fikiran ku....

Walau apa pun yang berlaku..insyaALLAH aku akan teruskan perjuangan pada semester akhir ini...

Pagi tadi seorang lecturer yang agak rapat dengan aku memberikan kata kata semangat buat aku.....

"Khairi, you must work very hard for this semester..."
"Thanks miss =p"

Apa yang mampu aku katakan hanyalah sekuntum senyuman sambil menyimpul propaganda dalam fikiran untuk berkata AKU BOLEH....insyaALLAH....

"Semut Kerdil teruskan perjuanganmu...apa pon yang berlaku jangan toleh semula kebelakang....hadapi segalanya dengan senyuman..amin..."

"Caiyooookk"
"Ganbateee"



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

"Gud Luck Semut Kerdil"

Monday, June 28, 2010

Alhamdulillah...

Ya ALLAH...terima kasih atas segalanya...

Terima kasih atas segala nikmat MU yang tak pernah putus menjengah segenap ruangan kehidupanku yang kadangkala cerah dan kadangkala mendung ini...

Kau cinta pertama dalam hidupku...Ya ALLAH Kau MAHA Besar....

KebesaranMu kutemui dalam apa yang berlaku dalam hidupku...amin....

Keputusan peperiksaan baru sahaja aku ambil daripada pihak pengurusan...Terpana aku melihat keputusan peperiksaan yang tak pernah aku jangka kan akan ku dapat sepanjang pengajian ku....bukan tidak bersyukur....namun rasa sangat tidak layak untuk mendapat keputusan seperti itu..banyak sangat dosa dan kekurangan yang telah aku lakukan kepada MAHA PENCIPTA...Keputusan nie buatkan aku betul betul insaf dan sedar bahawa ALLAH sentiasa menyayangi hambanya..Masih terlalu banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan...terbaik tak bermakna bagus dalam setiap corong ruang kehidupan...sudah adat "Ada KURANG dan ada LEBIHnya"......

Maafkan aku YA ALLAH..ku ketahui memuja Mu begitu indah..namun aku hamba yang terlalu kerdil saban waktu melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemarahanMu...Namun...Kau tak pernah mengecewakan hamba mu yang serba kekurangan ini...Masih Kau ubati jiwa yang gelora dan sedih ini dengan keputusan tersebut...Alhamdulillah...terima kasih YA ALLAH

Terima kasih Ya ALLAH....insyaALLAH aku akan lebih bersemangat untuk terus mentaatiMu Ya ALLAH...bantu aku YA ALLAH untuk aku teruskan perjuangan ini...mungkin perjuangan aku tidak sama dengan rakan rakan ku yang lain kerana mereka tidak lalui apa yang aku lalui....InsyaALLAH andai mereka menggunakan kelajuan 200 km/j...aku perlu meningkatkan kelajuan tersebut malahan berganda untuk diri aku sendiri...

InsyaALLAH aku redha atas apa yang disuratkan...qadaMu pasti ada qadar Nya....biarlah masa yang menentukan segalanya...

Terima kasih Ya ALLAH...segalanya daripadaMU...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tahniah Buat diri kamu sendiri "semutkerdil"...juga tahniah kepada sahabat sahabat semua...insyaALLAH ALLAH pasti melihat usaha kita..amin...

Terima kasih YA ALLAH

Sunday, June 27, 2010

"Teruskan Berdoa"

Seorang sahabat yang agak rapat namun tetap di batasi dengan syariat dalam pergaulan memberikan satu ungkapan kepada ku yang cukup terkesan di hati...

Bukan apa..tapi tahlah...sedang sibuk berbual-bual dengan kawan kawan untuk menceritakan apa yang dialami sepanjang percutian ini...aku memecah kesunyian dalam kelas tersebut =p

"Aqilah...salinkan jadual untuk aku..huhu"
"Orait jab.."

"Nah nie jadualnya..."

Namun bukan jadual yang menarik perhatian ku namun mesej ringkas dan padat daripadanya..

"Wan...teruskan berdoa untuk bertemu si dia.."

Tersenyum aku membacanya...

InsyaALLAH..yakin dengan Nya.....itu sahaja mampu aku katakan...hehe...
Ya Allah janganlah Kau hadirkan dia tatkala ini kerana aku belum bersedia untuk menerimanya.....biarlah masa yang menentukan...dan andai "masa itu" telah tiba, aku terima dia seadanya Ya ALLAH walau siapa pon dia..amin
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

"Walau apa yang berlaku sekalipun...serahkan pada DIA agar DIA tetap kan yang terbaik buat setiap insan yang berdoa padaNYA...Amin..."

Perjuangan Bermula

Alhamdulilah...

Tamat sudah cuti semester untuk semester 7 nier...Diam tak diam, aku sudah berada di semester terakhir untuk aku mendapat ijazah yang diidamkan selama ini...

Pagi tadi aku sampai jam 10 di Kuala Lumpur...segala pendaftaran seperti biasa di asrama dijalankan dan kemas mengemas juga dilaksanakan secepat yang mungkin...

Esok kuliah akan bermula semula untuk semester 8...pencarian seorang semutkerdil akan bermula seperti biasa...

Diharapkan segala urusan dipermudahkan hendaknya...

Moga semester menjanjikan seribu satu pengalaman yang lebih baik daripada semester sebelumnya...

Apa yang akan berlaku esok biarlah misteri,
Apa yang berlaku semalam adalah sejarah,
Apa yang berlaku hari ini nikmatilah sepuasnya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Berjuang Semut Kerdil

Selamat Berjuang Adikku

Alhamdulilah...

Tak ku menyedari yang rupanya kau sudah membesar...

Tak ku menyedari yang kau rupanya sudah meningkat dewasa...

Tak ku menyedari yang kau rupanya sudah perlu mencari haluan dan memperjuangkan kehidupan mu sendirian...

Masih teringat kita berkongsi hobi bersama..minat kita pada haiwan sangat mendalam..=p

Izzat Izzuddin Bin Zolkipli
Melanjutkan Pelajaran dalam Diploma Kejuruteraan Awam
UITM Bukit Mertajam - Penang

Selamat Berjuang adikku..

Belajar Rajin rajin balas jasa ibu dan ayah jua untuk kesenangan kehidupan mu..

Ingatkan ALLAH tatkala setiap ruang hidupmu...

Jangan leka dengan dunia yang terlalu indah untuk kau tinggalkan itu..nikmatilah sekadarnya..

Semoga kau berjaya di dunia dan di akhirat...

Jagalah pergaulanmu antara lelaki dan perempuan...

Mungkin kau sudah terjerumus dengan cinta dan sebagainya, oleh itu kau jagalah segala batasan selagi mana syariat bataskan...

Ya ALLAH, kau permudahkan perjalanan adikku ini...

Permudahkan pengajiannya..

Kau tunjukkanlah nya jalan yang lurus..

Pandulah kehidupannya dan campurilah setiap urusannya agar tidak tersasar daripada jalanMU...

Amin...

Monday, June 21, 2010

"Ukhuwah Itu Indah"

Pertemuan yang Tidak Dirancang...

Perpisahan Yang Tidak di Duga...
Pertemuan Semula yang Juga atas kehendakNYA....

Itulah indahnya sebuah hubungan bernama Ukhuwah...

5 atau 6 tahun yang lalu kami berkenalan...alhamdulilah terjalin sebuah ukhuwah...

Walau baru sahaja berjumpa hanya sekali, namun nasihat diberi melalui utusan warkah berlagu ilmu untuk penuhan di dada....
Tanpa dipinta...ukhuwah itu kelam seketika..mungkin kerana masing masing sedang berjuang di dunia masing masing untuk mencari keredhaan ALLAH...

Terima Kasih...setelah beberapa tahun akhirnya berjumpa juga ukhuwah itu semula..amin...

Diam tak diam rupanya sudah mempunyai 2 orang cahaya mata...alhamdulilah...bahagia hendaknya keluarga mereka...Amin...



Abg Herly Bersama Isteri dan anak-anaknya
(Kak Aishah, Adik Hilmi dan Haziq)

Ya ALLAH...andai ada cinta insan untukku tetapkanlah hatinya untukku....andai ada cinta insan untukku izinkan aku menyintainya keranaMu...andai ada cinta insan untukku izinkan aku membina bahtera bersamanya dan izinkan kami mengemudi pelayaran kami HANYA dengan rahmat dan kasih sayangMU

Adanya Kurang Adanya Lebih

Alhamdulilah..usai kem remaja juga akhirnya...

Kem pada kali ini banyak sangat kenangan yang main dan pahit untuk dijadikan iktibar..menyedarkan hakikat betapa lemahnya dan kerdil diri ini....menyingkap satu hakikat yang semakin samar di mata manusia yang lupa bahawa tiap insan perlunya ada kelebihan dan kekurangan....

Dengan kerjasama beberapa fasilitator lain..kami bersama sama mengemudi 28 pelajar yang datang daripada pelbagai latarbelakang keluarga...broken family...separate family dan ebagainya menunjukkan bahawa masarakat hari ini sedag sakit....

Melihat Masa Depan hendaklah dilihat pemuda dan pemudi zaman sekarang...terpana apabila kata kata ini terngiang di benak fikiran ku...

Rasa takut untuk bekerluarga..manusia sekarang bercinta bagai nak rak..namun hakikatnya kebanyakkannya berkahwin dengan orang laein...mungin berkahwin dan bercinta senagn kerna hanya di bibir sahaja madahnya..namun...ianya adalah sebuah tanggungjawab yang mengunung tinggi....

Mampukah Aku menjadi seorang Lelaki seperti Para Nabi dan Sahabat R.A

Mampukah Aku menjadi Seorang Suami yang bertanggungjawab?

Mampukah aku Menjadi Seorang Ayah yang Bertanggungjawab

Adakah bakal permaisuri di hati ini akan menerima aku andai dia mengetahui siapa aku seadanya?


Akur dengan ketentuan atas setiap apa yang telah ditakdirkan untuk ku..hanya berusaha untuk yang terbaik...Emangnya diri ini teralu kerdil dan tersimpan banyak kelemahan untuk diatasi dan kelebihan untuk digunakan semoga bermanfaat untuk diri dan masyarakat seisinya...

P/S Moga mampu Menyerlah Jauh Dari Yag Biasa...Memperbaiki diri ini yang walau haya kerdil tapi biarlah besar di pandanganNYA....Amin

Friday, June 4, 2010

Kem Jati Diri Remaja

"Selamat Pagi"

"Sobahul Khair"

"Mudah mudahan hari ini lebih baik dari semalam"

InsyaALLAH sekarang tatkala inni detik ini sedang mengumpul kekuatan dan semangat untuk mempersiapkan diri ke Kem Jati Diri Remaja bertempat di Sungai Lui anjuran Akademi Keluarga Bahagia..

Macam macam perasaan timbul tenggelam dalam diri yang hina ini..

Mampukah aku lakukan yang terbaik untuk adik adik tersebut?

Siapakah mereka semua?

Apakah masalah mereka pula pada kali ini?

Alhamdulilah...aku tak sendirian.....ramai yang ada Abang Epy, Abang Shafiq, Kak Suzu dan Kak Najwa....itulah kehidupan kami tatkala cuti sekolah menjelang tiba...kami dah anggap macam dah rumah kami demi memenuhi tanggungjawab sosial kami pada masyarakat....

Hari ini juga seoarang sahabat aku bernama Amir akan melaangsungkan perkahwinannya di rumah nya...agak terkilan di hati kerana tidak dapat menghadirkan diri sebagai meraikan detik bersejarah dalam hidupnya.....

Namun segalanya pasti tersirat sebuah hikmah......InsyaALLAH ku kalung doa kudus ku pada mu sahabat...Selamat Pengantin baru...semoga cinta yang dipatri diredhai ALLAH juga makhluk seisinya...

Apa yang penting...aku harap dapat memperbaiki diri sendiri...tiap dakwah yang ku pacul kan di bibirku sebenarnya hanyalah untuk diriku sendiri.....

"YA ALLAH permudahkan segala urusan....harap harap dapat buat yang terbaik dalam program pada kali ini"

Amin........

Wednesday, June 2, 2010

"Sesungguhnya Dakwah Tiada Noktahnya"

"Salam..abg wan...betulke tak leh nak join Kem Jati Diri kali ini??"

"Betul kak....ingat nak duduk rumah bersama ibu dan ayah"

"Kalau boleh ko joinlah....lebih kurang 30 adik adik perlukan kita"

"InsyaALLAH...saya fikirkan kemudian..."


Ku terpana dengan panggilan telefon tersebut...ingin sahaja ku tamatkan panggilan itu dengan berkata "TIDAK"...namun ku muhasabah untuk menilai semula keputusan


Sekali lagi perlukan akal fikiran kurniaanNYA untuk membuat keputusan..

Dipersimpangan...dua dua perlu dua dua penting dalam hidup aku.....

Alhamdulilah..keputusan telah dibuat....bukan terpaksa namun aku gagahi untuk bersama adik adik di kem motivasi selama seminggu nanti insyaALLAH (5 Jun 2010 - 12 Jun 2010)

Tatkala sendirian...aku terfikir dan memikir ini semua sudah aturan ALLAH..

Siapalah aku....bukanlah yang terbaik...hanya semut kerdil yang hina di bumiNYA....

Namun...ALLAH telah pilih aku untuk membantu adik adik....perlu rasa bertuahnya diri...dalam ramai ramai umat Islam..aku dipilih untuk menjadi pimpinan dalam program ini....terima kasih Ya ALLAH...

Bukan membelakangkan family...namun bila memikirkan cuti kali ini 3 minggu..insyaALLAH minggu terakhir akan aku duduk di rumah berbakti kepada ibu dan ayah...kira 2 in 1 lah..semua dapat.....

Mungkin ada sesuatu yang aku akan dapat yang lebih indah kem pada kali ini...Mungkin mampu aku jadikan ianya sebagai titik tolak untuk terus berubah memperbaiki diri demi mencapai redhaNYA

Ku sedar dakwah itu tiada noktahnya...aku perlu bangun dan bersemangat untuk mendakwah DIRI sendiri dan seterusnya dakwah ADIK ADIK kem itu nanti......


YA ALLAH berikan aku kekuatan untuk memperbaiki diri seterusnya memberikan suntikan semangat kepada adik adik untuk terus berubah....insyaALLAH...

Terima Kasih YA ALLAH..mohon Kau campurtangan dalam setiap urusan hidupku..kerana HIDUP ku, IBADAH ku, SOLAT ku dan MATI ku hanya kerana ALLAH...amin....

"Selamat Berjuang Sahabatku"


"Selamat Berjuang Sahabatku"

Itu ungkapan yang terdetik tatkala mengetahui Kapal bantuan yang dirancang untuk menghulurkan bantuan ke Palestin di serang Israel Laknatullah...

Beruntung mereka...andai ALLAH ambil nyawa mereka ketika mana mereka desang berjuang...SYAHID insyaALLAH pasti buat mereka....

Konvoi tersebut berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Namun..tatkala aku disajikan di berita bahawa konvoi ini diserang oleh MUSUH NO 1 di dunia dan akhirat ini..membuatkan aku terpana seketika...

Tatkala mereka sedang berjuang..apa yang sedang aku lakukan..

Tatkala mereka sedang bertarung dengan nyawa mereka sendiri...di mana aku tatkala itu..

Tatkala Israel menyumbat SEMUA 600 ahli konvoi...apa tindakan aku di corok bumi ini...

Mereka sedang sibuk membantu umat Islam...namun aku??

Aku sedang leka dengan dunia menjalani kehidupan seharian namun nyawa sahabatku di sana satu persatu gugur di tangan tentera Israel..

Aku sedang sibuk bergembira sedang peluru sibuk menembusi badan badan tidak berdosa di sana

Aku sedang enak menjamu selera dengan lahapnya sedang mereka kebuluran mencari sesuap makanan

Aku sedang lena tidur dipembaringan sedang lena mereka tergngu dengan bedilan bedilan bom yang hadir tak diundang namun letupannya meragut ribuan nyawa tidak berdosa...

Aku sedang melakukan kerosakan di dunia ku sendiri namun mereka sedang sibuk mencari kemerdekaan di dunia milik mereka sendiri

Aku sedang gembira dengan senyuman terukir di bibir sedang mereka bermandikan air mata inginkan kebahagian

Aku hanyut di telan maksiat dunia namun mereka ligat berjuang mencari JANNAHNYA...

Betapa hina dan kerdilnya diri ini jika ingin dibandingkan mereka...


YA ALLAH...bantulah mereka..walaupun aku tak mampu untuk menjadi seperti mereka cukuplah aku sentiasa melaksanakan segala perintahMu dan meninggalkan segala larangan MU...

Ku hulurkan kalungan doa mengiringi perjuangan mereka...Ku harap suatu hari nanti...aku akan berada bersama mereka...Amin...

"Selamat Berjuang Sahabatku"

Enough is Enough

"Aku nak tinggalkan kau di sini...jangan terus ikut aku lagi...aku tak perlukan kau"

"Jangan ganggu aku....aku cukup terseksa andai kau terus mengalir dalam tiap rongga kehidupan ku"

"Aku bukan seperti yang kau sangkakan"

"Aku bukan juga dilahirkan untuk mengikuti segala kehendak kau"

"Andai aku terus mengikut telunjuk kau...maka nerakalah jawapan suratan kehidupanku"

"Kau takkan dipertanggungjawabkan sebaliknya AKU yang perlu menjawab segalanya di hadapan ALLAH"

"Kehadiran Kau di dalam kehidupan sejak belasan tahun dahulu membuatkan aku derita mencari maghfirahNYA"

"Puas aku mencari keampunan dan mengemis kasih MAHA PENCIPTA..namun tatkala kau hadir membuatkan aku terasa sangat jauh dariNYA"

"Aku tetapkan tatkala dan saat ini...cukuplah derita sampai disini..."

"Jangan kau terus rosakkan diri ku...aku ketahui dan sangat arif akan janji kau untuk terus menyesatkan ku-sebagai cucu Adam yang sangat lemah"

"Aku akui kau tidak akan putus asa untuk terus mengajak ku bersama mu di neraka..akan ku cuba tepis dan elak ajakan mu itu masa ini dan selagi aku hidup di dunia yang fana ini"

"Aku cukup mengenal kelemahan aku dan ia merupakan kekuatan bagi kau"

"Cukuplah setakat ini...aku dah cukup bergelumang dengan kau selama ini"

"InsyaALLAH akan aku cari 1001 kekuatan untuk aku berperang dengan kau"

"Kini , Aku serahkan segalanya kepada PENCIPTA ku untuk membantu aku membuang kau dari kehidupan ini"

"AKU ingin berubah"

"Aku yakin dengan keampunan Mu YA ALLAH"

"Mohon dimaafkan segala kesilapan yang lalu"

Amin......

"SelaMat BerCuti"

Alhamdulilah..segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam dan memberi peluang untuk aku hidup dan bernafas tatkala ini saat ini dan detik ini....

Hari ini....semester 7 pengajian aku melabuhkan tirainya...

Banyak pengalaman dan pengajaran yang di peroleh oleh aku sepanjang semester ini...
Masih terlalu Banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki...

Kepada semua sahabat selamat bercuti..moga tidak terleka dengan dunia tatkala senang lenang berada di kampung halaman nanti "pesan pada diri sebenarnya"

Cuti kali ini aku mengambil keputusan untuk banyak berada di rumah...

Maklumlah...sebelum sebelum nie aku sering habiskan masa aku berkampung di kem motivasi di hulu langat..cuba membantu anak anak bangsa Melayu menyedarkan mereka akan kehidupan untuk mencapai redha ALLAH...insyaALLAH itu merupakan pelaburan aku di akhirat nanti...walaupun sehelai cuma harap dipandang tinggi disisiNYA

Walaupun terlalu rindu untuk pergi menyertai kem semester kali ini, namun aku buat keputusan untuk berehat sebentar bukan berehat dalam berdakwah kerana dakwah tidak pernah berhentu dan perlu sentiasa diteruskan selagi nafas masih dipinjamkan

Cuti kali ini akan lebih berfokuskan untuk MENDAKWAH DIRI SENDIRI yang punya 1001 kelemahan dan kekurangan..mungkin perlu diam diri sebentar sebelum berdakwah untuk orang lain semula...

Aku perlu kumpul semula kekuatan dan semangat yang semakin hari semakin pudar...asif sgt kerana diri ini tidak menggetahui di mana silapnya...lantaran itu...demi mencari hikmah di sebalik mehnah yang terjadi...aku undur diri sebentar untuk mencari permata hati ku yang seakan hilang di telan lipatan sejarah...mudah mudahan dipermudahkanNYA

Diharapkan cuti kali ini dapat mengembalikan AKU yang dulu disulam dengan AKU yang sekarang mampu menjadikan satu acuan lelaki yang walau bukan terbaik dimata manusia namun biarlah terbaik di mata diri yang kerdil ini.....

InsyaALLAH...mudah mudahan segalanya terbaik buat aku...

Walau ingin dikhabarkan apa yang terbuku dihati namun terpaksa diri yang hina ini berdiam diri daripada menyuratkan apa yang tersirat kerana ku khuatir dan bimbang tafsiran manusia akan berbeza....
Moga HARI INI lebih baik dan indah daripada SEMALAM

Ya ALLAH aku redha atas apa yang kau berikan kepada ku...Andai ada keterlanjuran dan kerosakan yang telah ku lakukan di bumi waqafan ini..siap sedia menerima apa jua hukuman daripada Mu..mudah mudahan akan kurang siksaan dan azab ku di akhirat nanti..amin


"Cukuplah ALLAH untuk ku, dan Ia sebaik-baik Pengurus"
-(Surah A-Li' Imran : 173)

Tuesday, May 25, 2010

DERITA MERINDU

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..


Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula


Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


P/S Ditujukan buat yang memahami...dari insan yang kerdil....

Sunday, May 23, 2010

Imtihan MelabuhKan Sayapnya




Alhamdulilah...selesai segalanya.....gembira tak terkata kerana imtihan semester ini berakhir juga....

Paper tadi paper terakhir untuk semester ini....berasap jugak otak memerah keringat untuk memberikan jawapan yang diharapkan menarik pemeriksa untuk memberikan markah....

Susah jugaklah soalan tadi...huhu...mungkin diri yang masih punya bermacam kekurangan untuk menyiratkan apa yang tersirat disebalik setiap soalan....

Fuh....itu baru soalan exam yang kita tak ketahui soalannya hanya mampu bersdia fizikal dan mental

Namun bagaimana dengan soalan di dalam KUBUR nanti...bukankah soalan itu sudah bocor...segenap lapisan umur umat Islam mengetahui soalan keramat tersebut...
Terpana seketika,,, mampukah aku menjawabnya nanti.....Apakah natijahku syurga atau neraka...

P/S Sekadar renungan bersama....semester ini sudah hampir melabuhkan tirainya..insyaALLAH diharapkan cuti selama beberapa ketika ini mampu menbolehkan diri yang kerdil ini memperbaiki diri yang penuh dengan dosa dan noda...Ya ALLAH...bantu aku......

Wednesday, May 19, 2010

"YA ALLAH permudahkan Segalanya"

Minggu lepas bertempat di Surau Asy-Syakirin diadakan solat hajat perdana...fuh seronoknya.....Majlis Bermula dengan aktiviti merewang untuk menyediakan juadah untuk menjamu jemaah malam nanti...seronok..alhamdulilah...masih dipilihNya untuk berbakti....moga terus mampu berjuang...amin...dah hampir 3 bulan aku tak turun ke surau nie merewang...maklumlah masa praktikum duduk nun jauh di pedalaman =p...jadi kesempatan yang diberi ini alhamdulilah aku hargai sepuasnya...

Syukur...adik adik semua dah pandai dan dewasa serta arif tentang tugas masing masing....ingat lagi...dahulu semasa mereka dilantik menjadi pemimpin dalam organisasi...mereka masih takut takut untuk mencuba...al maklumlah mungkin ingin menyesuaikan diri dengan environment baru...

Syukur mereka mampu menjadi penyambuang warisan tatkala para mantan lajnah pergi meninggalkan bumi waqafan maktab ini untuk menyempurnakan tugas mereka dalam wadah pekerjaan....

Segala berjalan lancar...selepas maghrib kami adakan bacaan yassin dan tahlil..setelah itu...usai sahaja solt isyak...semua jemaah mendirikan solat sunat hajat memohon agar dipermudahkan imtihan dan lulus dalam ujian dan peperiksaaan yang bakal menjelma....



"Bacaan Yasin Beramai-Ramai"

MenJamu Selera-Ayam Golek tuhhhh



"GOOD LUCK SAHABAT SEMUA"
"APAPUN NATIJAHNYA INGAT ALLAH PASTI MELIHAT USAHAMU"