Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendak memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. ‘First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi ‘telinga’ daripada menjadi ‘mulut’.
Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita… nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar… tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu.
Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.
Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.
Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.
insyaALLAH...aku akan cuba menghadapi dugaan ini...ini ujian untuk ku...insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran...namun hakikatnya hanya aku yang mengetahui sebab dan musabab mengapa aku lakukan sebegini...aku rela mendapat murka manusia daripada mendapat murka ALLAH..ini jihad bagi aku....
Ya ALLAH peliharalah aku daripada melakukan dan mengiyakan ujian ini....aku akur dengan ketentuanMU...aku ketahui Kau Maha Mengetahui bahwa aku mampu menanggung ujian ini.....Kau tak timpakan pada rakan rakan aku yang lain kerana Kau juga Maha Mengetahui bahawa mereka tidak mampu menangung ujian ini.....amin.....
Biarlah tidak punya sokongan manusia...kerana aku khuatir memohon sokongan manusia kerana bimbang tafsirang yang amat berbeza...apakah aku akan diterima...sudah semestinya tidak....jadi...hasbunalla wanikmal wakil..cukuplah ALLAH sebaik-baik pelindungku....
Akan aku jaga diri untuk bakal permaisuri hatiku dan zuriat-zuriat yang bakal dilahirkan nanti...akan aku jaga diri untuk aku ukir sebuah dunia kecil bersama keluargaku nanti...Ya ALLAH kabulkan permintaan ini...akan aku tunggu masa dan ketika itu....tatkala masa itu tiba pastinya aku rebah dihadapanMu menatang jutaan syukur tanda terima kasih kepadaMu...masa itu akan tiba,,,harus ada sabar dalam setiap sesuatu....amin.......

No comments:
Post a Comment