Showing posts with label AktivitiSeharian. Show all posts
Showing posts with label AktivitiSeharian. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Kembara Pitas CAPSULE 21 : Keluargaku di Kampung Pinggan Pinggan, Pitas Sabah

3 Tahun yang lalu terasa terlalu berat untuk melangkah mengajar di negeri Sabah...Terasa bagaikan bot atom menghimpit diri tatkala mengetahui negeri tempat aku ditempatkan buat kali pertama ialah negeri SABAH...perasaan kurniaan Ilahi ini bercampur baur kerana akan pergi ke satu tempat yang kita tidak punya saudara mara atau pertalian darah dengan sesiapa pun di sana...

Di sini lah dipertemukan oleh ALLAH dengan 2 orang housemate yang sangat baik dan indah budi perkerti..alhamdulillah ALLAH masih sayangkan kita kerana tempatkan kita di kalangan orang yang baik baik...kami mengharungi kehidupan di bumi pinggan pinggan mencedok segala ilmu dan menimba seberapa banyak pengalaman untuk memperbaiki diri masing masing...dan kini...tatkala ini wajah mereka dua kerap bermain difikiran dan lantaran sebak menjelma diri yang lemah ini...kuatkan aku YA ALLAH..moga mereka semua bahagia dan dipermudahkan urusan..

Ana Uhibuka Fillah Abadan Abada
Juga dipertemukan dengan sebuah keluarga "besar" yang terdiri daripada guru-guru semenanjung.. kebanyakkan nye merupakan ustaz-ustaz dan guru guru daripada pantai Timur...kelate gomo kelate...dan di sinilah bahasa pertuturan aku berubah daripada Melaka ke bahasa kelantan....aku maen taram je kecek kelate dgn sek sek ni....yang mana aku sgt seronok dan mereka boleh faham..kira ok lah tu..huhu...

Gotong Royong
Di sinilah aku melibatkan diri dengan usrah dan buat aktiviti kami bersama-sama mengeratkan ukhuwah masing masing....setiap kali aktiviti kami lakukan bersama...

Rumah Sewaku...

Kenangan Ketika Hari Raya Korban

Majlis Lepaks Sambil Makan

Majlis Berbuka Puasa

Nasi Kerabu Hidangan Wajib di sini

Usrah Mingguan Di Masjid SMKPP
Dan semuanya menjadi kerinduan tatkala ini...benarlah kata orang...kalau mahu menyayangi orang..sayang lah sesayang sayangnya...namun kene akur andai perpisahan menjelma nanti....kerana itu sudah ketetapan Ilahi...hargailah seseorang itu kerana kita akan menghargai sebuah pertemuan apabila perpisahan menjenguk ukhuwah itu....mudahan kami semua kuat..allhumma amin...

Kembara Pitas CAPSULE 20 : Petang Yang Aku Rindui

Alhamdulillah hari ini sudah sampai aku ke destinasi yang dituju...di tenpat baru yang aku akan ti tempatkan ke negeri tempat aku tinggal...tersimpan semua perasaan yang ada...sedih gembira dan semuanya menerjah ke dalam diri kerana akan melalui satu fasa baru dalam kehidupan...

Dan hari ini bila tiba tatkala petang menjelma...terasa sayu kerana cukup berbeza petang hari ini dengan petang selama 3 tahun yang lalu....aduh..Ya ALLAH berikanlah kekuatan kepada hamba mu yang hina ini...berat dan sangat berat hatiu ini untuk melangkah pergi meninggalkan mereka semua di bumi borneo itu..

Petang semalam dan 3 tahun yang lalu di bumi pinggan-pinggan selepas bertarung di dewan SK Pinggan-Pinggan...kami akan lepak sambil bercerita bergurau senda menghabiskan masa sebelum menunggu hingga magrib...sesekali sampai sudah gelap pun masih lagi rancak berborak...ada sahaja topik yang akan keluar untuk dibincangkan dan ditertawakan.......

Aktiviti Basuh Motor Beramai-Ramai
Tambahan pula...rumah aku telah lama menjadi pusat aktiviti lepak pinggan-pinggan ini...terasa kehilangan sangat...kadangkala masing masing akan bawak makanan..kadangkala akan ada rumah yang membeli goreng pisang...cukup indah dan berbisa...terasa sayu mengenangkan memori itu di sini...

Cikgu Salmi Menggunakan Hos baru dpd Ustaz Saiful
 Cukup Indah Keluarga besar kami di sini...walaupun macam macam perangai masing masing..namun kami sangat rapat...berkasih sayang kerana di sana hanya kami...tiada langsung nafsi nafsi seperti di sesetengah dan kebanyakkan tempat...

Rumah Yang Aku Akan Sangat Rindui
Seribu satu kenangan tercipta di sini..dan sukar untuk dilupakan sehingga kini.......satu persatu wajah mereka di sini bermain di fikiran aku .....entah kenapa sebelum ini aku kuat..namun untuk dugaan mudah ini terasa agak berat untuk menerima....namun aku akur pada hakikat ketentuanNYA...

Keluarga Besar Kami

Doaku buat mereka semoga semua nya sihat sejahtera....selamat berjuang mengikut acuan sendiri...kenangan kita terpahat tidak mungkin akan aku temui dan laluinya di sini....syukur untuk pertemuan juga perpisahan ini..kerana perpisahan mengajar kita menghargai apa itu sebuah pertemuan....

Tuesday, April 22, 2014

Kembara Pitas : CAPSULE 19 Pengembaraan Bakal Berakhir

Alhmadulillah...setelah sudah mahu hampir masuk 4 tahun perjuangan di bumi Pitas ini..akhirnya....aku terpaksa berundur diri dan bakal memulakan pengembaraan di tempat lain pula....tatkala menerima berita ini sudah tentu gembira dan bersyukur namun tersemat perasaan sebak dan sedih dalam fikiran diri....2 minggu ini menghitung hari namun kadangkala tertitis juga air mata dek kerana mengenang perjuangan di sini...

Kelmarin 6/7 orang anak murid yang sudah berada di sekolah menengah datang terjah ke sekolah aku untuk berjumpa dengan aku untuk mengucapkan selamat tinggal...terasa terharu sangat kerana walaupun kita nie hanya lah guru matematik dan guru biasa sahaja..namun nama ini masih ligan bermain di fikiran mereka..semoga mereka semua berjaya dunia dan akhirat.
Antara Pemandangan Yang akan Dirindui/ Kampung Pinggan-Pinggan





Terasa berat kaki untuk melangkah meninggalkan semua ini pergi begitu sahaja...sungguh dan jujur tiada semangat untuk melangkah ke tempat baru...bukan tidak bersyukur namun biasalah...tautan ukhuwah itu yang menyebabkan kita terkadang berat untuk meninggalkannya pergi demi meneruskan kehidupan yang seterusnya...



Masih teringat 10 Februari 2011 dahulu, aku kali pertama menjejakkan kaki ke bumi pitas..terasa masih sangat baharu....datang dengan tidak tahu apa apa apatah lagi mengenali sesiapa..namun guru-guru yang sudah bertapak di sini tidak pernah segan silu menghulurkan pertolongan sama ada mental, fizikal juga kewangan...terlalu banyak kenangan terindah..terasa berat untuk melangkah..namun peluang dan rezeki pemberiaan ALLAH ini mungkin tidak akan aku kecapi lagi...moga dikuatkan jiwa dan hati dan ditetapkan pendirian  aku insan lemah hina dan dina ini...alhumma amin...

Sunday, April 20, 2014

Kembara Pitas CAPSULE 18 : KEM MOTIVASI UPSR 2014

Entah mengapa seminggu dua minggu ini rasa macam tidak bermaya...tidak bersemangat dalam meneruskan perjuangan ini...entah mengapa tidak diketahui sebabnya...hati cepat jadi sebak...kadang kadang renung wajah sahabat sahabat seperjuangan di sini terasa sayu dan sedih....Mengapa hakikat yang sudah diketahui walaupun berita gumbira bagi diri sendiri dan orang yang disayangi...namun hati bagai berbelah bahagi..mudah termenung....Allah Maha tahu apa yang tersirat di dalam hati.

Perjuangan di bumi waqafan PITAS ini tetap aku teruskan..menghabiskan sisa ruang dan waktu yang ada untuk menghargai sebuah masa yang diberikan oleh ALLAH....sempat menyempitkan diri dalam membantu guru dan barisan pentadbir dalam Program Motivasi UPSR Tahun 2014....mungkin ini perkhidmatan aku yang terakhir di sini sebagai warga SK Pekan Pitas II....mungkin esok lusa sudah tidak diperlukan lagi..aku akan undurkan diri ke tempat di mana Dia sudah suratkan untuk aku....
Termenung dan sayu melihat wajah wajah mereka....terasa sangat sebak.....sebelum ini kalau kelas...mesti kene marah, tinggi suara kepada mereka khususnya 6 ORKID....tapi mereka tetap dengan muka selamba mereka dan tetap bersikap seperti biasa dengan kita sebagai gurunya.




Nyanyian Lagu Gemuruh sebagai lagu pembina semangat membuatkan aku teringat nostalgia di kem..makin berkecamuk lah perasaan di jiwa ini....tersenyum sendiri melihat gelagat kanak kanak yang masih tidak mengetahui apa yang akan mereka hadapi pada masa akan datang.menggunung dugaan dan rintangan untuk mereka meneruskan kehidupan..apatah lagi kelemahan mereka dalam akademik seperti sukar untuk di tangani...di mana silapnya....jujur di dalam hati dari semua segi menyumbang kepada gelap atau cerahnya masa depan seseorang murid itu....Kerana manusia mutakhir ini ditekan dalam semua sudut.


Kehadiran 2 orang guru baru iaitu junior batch PISMP membuatkan semangat mereka semakin teruja pada hari tersebut. melihat mereka, Cikgu Kenny dan Cikgu Dayang Marezzah membuatkan aku terbayang keadaan dan situasi aku pertama kali di bumi pitas ini 3 tahun yang lalu. Keringat sebagai guru baharu dikerah sehabis baik untuk membantu memaksimumkan kualiti sesebuah sekolah. itulah hakikatnya....


Keadaan Murid Ketika Program berjalan....



Selamat Berjaya Wahai anak-anak Murid ku..huhu....semoga kalian berjaya dunia dan akhirat...Doa cikgu insan dan hamba yang hina ini untuk kalian semua...Selamat Berjuang...banyak yang perlu kita perbaiki dari semasa ke semasa...allhumma amin


















Sunday, April 13, 2014

Kembara Pitas CAPSULE 17 : Selamat Pendek Umur

Antara salah satu program guru penyayang yang dilaksanakan di sekolah ambo ialah menyambut hari jadi murid murid bersama guru-guru. Dalam program ini akan diadakan sesi ucapan ringkas dan aktiviti nyanyian lagu hari jadi beserta makan kek beramai-ramai. Jadi untuk entri kali ini, sekolah kami menyambut hari lahir untuk mereka yang lahir pada bulan Januari hingga Mac.

Jadi banyak kek yang ditempah untuk sambutan kali ini. kira kira 22 kek yang setiap satu beratnya ialah1kg ditempah untuk menjayakan aktiviti majlis sambutan hari jadi ini. Aneka jenis dan bewarna warni...satu pengalaman yang sangat indah kerana hari jadi di sambut secara pukal...hehehe...

Meniup belon untuk menghias Dewan Perdana sebelum Sambutan Hari Jadi

PK HEM (Kak Sinazin) yang amat aku kagumi dari segi kerja dan perwatakkannya yang sangat keibuan


Kek Kek yang akan diagihkan kepada semua murid-murid

Kek Lagi....sangat menyelerakan


Guru-guru memotong kek kepada lebih kurang 400 bahagian kecil

Antara murid murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac



Teringat satu entri Ustaz Pahrol Juoi....dan sketsa serta perbualannya dengan masyrakat sekeliling....kebanyak manusia akan wish Happy Birthday...Selamat hari Jadi dan Sebagainya....namun Ustaz Pahrol apabila ada rakannya ketika itu tiba hari lahirnya lantas mengucapkan SELAMAT PENDEK UMUR...Secara dasarnya kita pelik mengapa ungkapan ini terjadi...apakah untuk mendoakan kawan kawan kita supaya pendek umur dan sebagainya...kadangkala ambo buat begini pada kawan kawan ada yang mengatakan "is kau ni...doakan aku nak mati ker..."

Sebaliknya, ia adalah satu 'sikologi terbalik' atau dalam bahasa mudahnya untuk kita muhasabah ke dalam diri dari semasa ke semasa. Semakin kita meningkat usia..hakikatnya semakin kita dekat untuk satu perkara yang sangat pasti iaitu kematian..Semakin hari kita semakin ke arah itu...

Persoalan yang bermain di dalam fikiran...sudah bersediakah kita...jujur belum lagi kerana tersentap dan terkesima dengan dosa yang pernah dilakukan..nauzubillah...mudah mudahan dipermudahkan urusan menghadapi dugaan ini...dikuatkan  jiwa dan raga untuk bermujahadah dalam meneruskan kehidupan.

Allahumma Amin

Thursday, April 10, 2014

Kembara Pitas CAPSULE 16 : Kejohanan Badminton Daerah Pitas Tahun 2014

Alhamdulillah tahun ini masuk tahun ke 4 bergelumang dengan kokurikulum sama ada diperingkat sekolah ataupun daerah....banyak pengalaman di timba untuk membuat bekalan ke mana sahaja kita pergi...bermacam macam orang hebat juga dalam Kokum dapat aku kenali membuatkan rasa kagum dengan kehebatan mereka dalam sukan sukan/kepakaran masing masing..kadang kadang tertanya mampukanh aku akan menjadi seperti mereka....sementara itu berjumpa juga dengan orang orang yang melepaskan batuk di tangga terutama dalam bab perlaksanaan aktiviti.

Sekolah kami baru selesai menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Pitas bagi Tahun 2014....tak menang tangan kami dibuatnya....perbincangan demi perbincangan akhirnya kami dapat melaksanakan amanah ini dengan baik walaupun sgt penat dan letih...namun alhamdulillah dengan bantuan semua guru dan para pelajar yang membantu kejohanan ini berjalan lancar...


Sesi Pendaftaran Peserta
 Semasa proses pendaftaran saya dpat lihat betapa penuh semangat kesukanan guru guru untuk memastikan yang terbaik untuk peserta mereka. dapat dilihat juga geng geng otai yang sudah biasa dengan kejohanan ini seolah olah sudah menduga apa yang akan berlaku....

Cikgu Hazwan dan Cikgu Firdaus (Urusetia)

Sesi Memanggil Pemain-pemain serta Pengadil untuk beraksi

Para pemain daripada SK Pekan Pitas II

Adik Insyirah (Johan 12 TKB Perseorangan Perempuan)

Adik Insyirah yang mewakili sekolah SK Pekan Pitas II ini menjadi juara untuk kategori perseorangan individu 12 tahun ke bawah. Beliau akan mewakili Daerah Pitas untuk peringkat Pantai Barat Utara (PBU). semoga kejayaan milik beliau insyaALLAH

Para peserta, guru pengiring meyaksikan perlawanan dengan penuh debaran

Perbincangan Heart to Heart....

Posing sambil Menghilangkan Penat


Alhamdulillah selama tiga hari program berjalann dengan ancar sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah. Semasa mengurus dan mengelola membantu pihak pengurusan kebanyakan peserta daripada sekolah menengah adalah anak anak murid aku dahulu...pejam celik pejam celik rupanya sudah mahu masuk tahun ke empat aku berada di bumi waqafan Pitas ini menabur bakti semampu mungkin...mudahan dipermudahkan perjalanan ini walau di mana kita berada..allhumma amin




Friday, November 1, 2013

Cintaku kerana AgamaMu


Tidak diketahui adakah ini hanya mainan perasaan...atau adakah bisikan syaitan...tetapi semakin hari semakin aku cuba ingin mengenali dan mengetahui mu apa ada nya....

Semenjak kali pertama kau melangkah ke bumi waqafan ini....hati ini berdebar untuk mengenali mu...walau aku tidak pernah bersua dan berbicara tak aku ketahui perassan gila apakah ini yang sedang melanda dan semakin hari semakin menebal perasaan ini...

Lantas ku panjatkan doa..padaNYa...

"Andai ada jodoh antara kami...mohon rapatkan hati kami dalam cara yang diredhai
namun andai perasaan ini ialah mainan syaitan...damaikanlah hati ini dan jauhkanlah dengan cara yang baik"

Aku tidak mudah untuk meluahkan..bukan kerana ego..tetapi aku dididik dan punya prinsip yang insyaALLAH yang aku pegang dari sekolah lagi...tidak mahu mudah melafazkan cinta kerana bimbang natijahnya negatif, akan membuatkan sedih dan bermuram durja..cukuplah hanya ALLAH yang mengetahui perasaan ini...dan biarlah bila masa dan ketika betul masanya..ia akan hadir juga walau bagaimana pun cara dan siapa pun dia....

Ustazah Fatimah Syarha pernah membahaskan isu ini...biarlah orang lain..yang penting kamu...banyakkan "MENJADI" daripada "MENCARI"...Have Faith in ALLAH..insyaALLAH akan hadir orang yang seiiring dengan mu seperti kamu juga...

Memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelum ini juga merupakan satu USAHA ke arah mendapatkan jodoh yang baik...banyak orang kata kene USAHA kene USAHA...hati ini damai dengan ketetapan tatkala ini masa ini dan detik ini MEMPERBAIKI DIRI dan banyakkan MENJADI adalah sebagai satu usaha..amin...mohon keberkatan daripadaNya..moga berubah semata mata kerana ALLAH...

Pagi ini sempat mendengar kuliah "CINTA HIGH CLASS di youtube...ahli forum pasangan bahagia Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi....cukup seronok mendengar kuliah itu....mudahan bermanfaat ilmu yang diperoleh secara maya ini....

InsyaALLAH....sempena maal hijrah ini..moga azam dan ketetapan ini mendapat manis akhirnya...
Mudahan kesabaran itu ada manisnya...

Bukan Menafikan Fitrah...Namun tidak Mahu tertipu dengan apa yang dinamakan Fitrah
Dan berusaha semampu mungkin untuk Tidak mahu menjadikan Fitrah yang suci ini satu fitnah...nauzubillah
Mungkin diri tidak punya ilmu yang banyak sangat jahil..tetapi insyaALLAH moga untuk perkara ini...kita tetap terus kuat...

Andai empunya diri entah dimana ia berada, membaca membaca artikel ini...

InsyaALLAH akan aku perbaiki dan persiapkan diri semampu mungkin
Wahai Allah yang mencipta CINTA..aku tangguhkan dulu hasrat ini untuk aku melakukan perkara yang lebih penting iaitu memperbaiki diri agar menjadi hambaMu yang taat
Tidak mahu meluahkan apatah lagi mengajak mu bernikah sedang diri masih terumbang ambing
Sedang kapal ku masih belum terbina..yang ada hanya sampan yang masih kukuh berdiri..
Andai satu masa nanti, diri sudah betul betul bersedia akan aku carimu dan sunting mu menjadi pendamping hidup ini...namun andai kau sudah dimiliku tatkala itu..insyaALLAH moga ALLAH gantikan yang lebih baik...allhumma amin...
Aku hanya insan biasa namun aku ingin bina "CINTA HIGH CLASS" bersama mu...
dan Aku mencintaimu kerana agama dan akhlak yang ada padamu.....
Moga azam ini kekal tersemat dihati sehingga nafas yang terakhir untuk menjadi hambaMu yang Soleh

4 CIRI UTAMA CINTA HIGH CLASS (Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi)

  • cintamu kepadanya mendaulatkan ALLAH sebagai prioriti utama
  • cintamu kepadanya hanya kerana ALLAH
  • cintamukepadanya bermujahadah melawan hawa nafsu
  • cintamu kepadanya dan hambluminnas seiring dan sekata


"Sesiapa yang kahwin kerana nak menjaga diri dia, agama dia, Allah Taala akan bantu, wajib Allah Taala membantunya. Jangan risau, tapi dengan syarat dia kahwin bukan nak seronok semata-mata. Memang dia kahwin untuk menjaga diri dia, waktu tu dia akan ada rasa tanggungjawab." (prof muhaya)

Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jofree

" Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, 
anggap sahajalah tidak ada kebaikan "


Antara ciri2 Wanita /lelaki yg baik :
-Tak akan berpanggilan sayang/abang/ dan lain2 dengan yg belum halal baginya.
-Tak akan keluar berdua-duaan dengan yang belum halal kerana ia akan membuka pintu zina.
-Tak akan mudah percaya janji manis lelaki /terima cinta lelaki kerana menjaga hatinya untuk yang halal.
-Tak akan mudah goyah dengan kecantikan duniawi kerana tahu ia sementara.




Wednesday, September 18, 2013

Unconditional Love

There is one person

Who offer you unconditional love regardless on who you are

The person who really care for you more than herself
The person who really love you when you are good
The person who really love you when you are bad
The person who really love you when you are sad
The person who really love you through thick and thin
The person who really willing to die for you from you small until the end of your life
That is you MOTHER and FATHER

Meremang bulu roma kan dengar kata-kata di atas..mana mungkin kita temui insan yang boleh menawarkan KASIH SAYANG TANPA SYARAT kepada kita sehebat begini…yang menerima kita seadanya walau siapapun dan walau apa pun kita buat…terima baik dan buruk kita…ada dengan kita tatkala kita gembira dan sedih…itu lah ibu dan ayah kita…
Love you the apples of my eyes

ZALEHA binti Yusof & Zolkipli Bin Salleh


Sunday, February 10, 2013

Kembara Pitas CAPSULE 16 : KK Burger Bakar

Tahun 2013 sudah menjengah taringnya menghujani manusia dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab..biasalah that is life...hurm kembara tahun nie telah membawa ku ke sebuah kedai makan burger yang agak tersohor di Kota Kinabalu...dapat tahu pasal tempat nie daripada ustaz housemate aku....

Apa lagi geng bujang Jalan Jalan Cari Makan check it out sama sama masa berjimba di Kota Kinabalu beberapa minggu yang lalu....hasilnya LUMAYAN...huhuhuhu....harga boleh tahan lah jugak...mungkin mahal sikit tapi puas hati bha...huhuhuhuhu....yang penting burger dia tebal dan di bakar depan mata kami...sangat menggagumkan...huhu...excited pulak...


KK Burger Bakar terletak di kawasan Food Court Tanjung Aru..nampak macam kedai mahal...rupanya kedai macam biasa jerk...tapi LUMAYAN dan Puas Hati Makan...huhuhu

Ustaz Kashful

Ustaz Zuwairi

Titaniclah..apa tah nama burger nie tak ingat....

posing jab


Taufiq
Next Destination....Nasi Arab di Grass Point,...Lets Check it Out!...JOm

Kita Hanya Mampu Merancang, Namun Allah Maha Perancang


Catatan ini khas untuk buat insan yang mengerti dan memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat..walaupun pahit dan sedih untuk mengharunginya namun demi memaknakan sebuah pencarian ianya perlu dilepaskan biarlah tidak bertali supaya akan terpaut kepada tali lain yang lebih kuat dan mantap…satu ketika dahulu cukup kuat untuk meneruskan namun setelah mengambil kira semua perkara dan demi kebaikan semua pihak terutamanya kau, kita perlu buat keputusan seperti ini…redha dan tabah itu penawar segalanya…juga sandaran pada Dia yang mempertemukan kita dan mengaturkan yang lebih baik kepada kita...

Ya,memang sukar untuk melupakan apatah lagi ia sudah lama berbekas dan meninggalkan banyak pengalaman. namun inilah kehidupan dan kita harus akur. kerana ini ketentuan. teruskan kehidupan.. Cukup indah kita bermula dan dipertemukan namun rupanya Allah ada caturan yang lebih baik untuk kita berdua..itu perlu kita akur dan redha…segalanya ada hikmah yang perlu di singkap dan kita tidak boleh mempertikaikan mengapa dan kenapa semua ini terjadi….

Keputusan ini yang perlu kita berdua pilih demi menjaga masa depan..bukan membuta tuli tetapi setelah digunakan segala akal fikiran kurniaanNya…aku tahu akan ada manusia yang mengetahui perkara ini akan sibuk mencari siapa yang ingin dijadikan ‘kambing hitam’…aku volunteer untuk dijadikan kambing hitam itu..insyaALLAH aku kuat…Tatkala keputusan ini dimeterai ternyata yang ada di fikiran kita hanyalah ibu dan ayah kedua-dua belah pihak..apakah mereka akan mengerti seperti mana kita memahami..apakah mereka akan boleh menerima dan menganggap ianya adalah takdir....khuatir kerana kita berada di dua zaman yang berbeza dan dua cara berfikir yang bagaikan langit dan bumi……

Semoga ALLAH murahkan rezeki kepada kau dan aku supaya dapat membantu keluarga masing masing. Dan semoga kau dipertemukan dengan zauj yang lebih baik dan murni agamanya supaya dapat membimbing kau dan mungkin bukan aku orangnya..itu perlu kita redha.. walaupun kita bermula dengan baik dan akhirjuga biarlah baik walaupun bukan natijah yang sepatutnya..anggaplah tidak ada jodoh antara kita dan Dia akan gantikan yang lebih baik..bila dan ketika dan siapa semuanya bukan dalam pengetahuan kita..hanya doa sebagai senjata....

Alhamdulillah....sebagaimana cukup mudah dan indah kita dipertemukan dengan restu Ilahi...tetapi walaupun akhirnya bukan seperti yang kita rancangkan...namun pengakhirannya tetap mudah....moga kekhilafan ini membuatkan kita muhasabah diri..mungkin cinta kita pada Pencipta cinta belum cukup kuat untuk kita mendapatkan cinta daripada seorang manusia..

Maafkan aku kerana tidak mampu untuk membimbing diri kamu..biarlah diri ini meneruskan langkah mengembara di bumi ini untuk mencari kehidupan...hidup ini satu perjuangan. jangan tewas.. =)…Selamat Berjuang...Wallahua'lam..



Monday, January 28, 2013

Tadbir di Sebalik Hamparan Takdir


Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu takdir Allah SWT kerana sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia itu sendiri.
Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya.



Sunday, January 27, 2013

Wedding Exploration 2 : Sahabat Naik Pelamin


Masih terkenang pahit manis perjuangan ketika di bumi waqafan Ipteknik suatu ketika dahulu....kalau dahulu berhempas pulas membanting tulang memaknakan pencarian segulung ijazah sehingga lah kini terus berjuang memuntahkan segala ilmu pada murid murid di setiap ceruk ruang bumi Malaysia ini...

Seiringan dengan itu dipertemukan dengan pelbagai jenis manusia yang kadang kala terkesan di dalam hati perbuatan mereka sama ada ianya negatif mahupun positif. Alhamdulillah setiap inci dan ruang lingkup pengalaman tersebut dijadikan sandaran yang cukup mantap demi memberi makanan kepada sekeping maujud bernama hati.

Sepanjang perjuangan dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang cukup hebat dan mantap serta baaik budi akhlaknya...macam macam kenangan yang pahit, gile gile, buang tabiat, tak pernah dibuat orang dilakukan demi meraikan sebuah ikatan bernama persahabatan...wow...sungguh indah ukhuwah itu andai kita dapat merasai manis dan pahitnya...

Kini setelah hampir 2/3 tahun berkerja sebagai pendidik...akhirnya masing masing membuat haluan dan meneruskan kehidupan di mana telah Allah tetapkan untuknya...ada masa bertemu mengubat rindu dan memastikan bahawa ukhuwah itu tidak terkubur...

Cuti sekolah yang lalu sempat juga menghadiri perkahwinan shbt sejati yang berjuang sudah hampir 5 1/2 bersama-sama..malahan membesar bersama sepanjang pengajian di maktab perguruan...tahniah diucapkan kepada shbt kerana akhirnya setelah bermacam macam dugaan dan rintangan akhirnya lafaz Aku Terima Nikahnya menunjukkan sudah Allah tetapkan jodoh kamu berdua walaupun apa macam rintangannya...huhu...

Selamat Pengantin Baru Sahabat



Tuesday, November 13, 2012

Wedding Exploration 1 : Ex- MT Naik Pelamin

Cuti pada minggu pertama nie aku check it out port Alor Gajah kat Melekek untuk berkunjung ke majlis perkahwinan salah seorang ex-sultan dahulu....alhamdulillah sahabat yang merupakan bekas roomate MT dahulu melangsungkan perkahwinannya dengan seorang calon pilihan hatinya daripada Kedah...huhu....Selamat Pengantin Baru diucapkan...Selamat Bercinta Hingga Ke Syurga.....

Berkesempatan berjumpa dengan sahabat sahabat yang mungkin 3-5 tahun tidak berjumpa....masing masing sudah ada penampilan dan komitmen dan kerjaya masing masing dan sedang membina kehidupan sendiri....good luck to all of you...huhuhu...

Bersama pasangan pengantin dan sahabat sahabat ex-Sultan

3/4 tahun tak jumpa tu.......
Kepada pasangan Pitok dan Badariah...selamat bercinta hingga ke syurga.....bereh.........minggu depan check it out port baru..huhuuhu

Monday, November 12, 2012

Selamat Bercuti boh.....

Akhirnya......sesi persekolahan tahun 2012 sudah melabuhkan tirainya....guru guru berhempas pulas untuk anak anak murid Tahun 6 khususnya juga guru guru yang lain nampaknya berakhir juga cuma untuk tahun 2012...fuh.......lega rasanya habis dah sesi persekolahan 2012.....walaupun baru setahun jagung bergelumang dengan "sistem pendidikan" kita secara total namun tahun ini banyak recam dan garam dipelajari sepanjang perkhidmatan di bumi Pitas itu....huhu....semakin pandai menafsir orang dan menilai percakapan manusia dan diri sendiri.....yang kebanyakkannya mematangkan diri secara terus kerana belajar daripada pengalaman..

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan sepanjang tahun 2012 ini...sedar tak sedar sudah bakal melabuhkan tirainya.....dan apa yang paling menyeronokkan bagi seorang guru seperti aku ada cuti hujung tahun kerana macam macam perancangan sudah dilakukan untuk menikmati CUTI tersebut sepuas-puasnya....biarlah walaupun hari terakhir sekolah hari tu sepertinya diberi satu tugasan yang mencabar tahun 2013 nanti namun diabaikan untuk seketika demi meraikan diri untuk bercuti..kerana dengan bebanan tugas seorang guru mutakhir ini guru memang memerlukan cuti yang panjang...siapa kata tugas guru hanya berakhir jam 2 petang...banyak nau rumors sekrang berkata begitu...ironinya hanya seorang guru yang boleh memberikan komentar sejauh mana berat atau tidak tugas dan amanah yang mereka pikul daripada Ilahi ini....pandangan kasar manusia mungkin benar hanya tamat jam 2 ptg.....namun..huhu...dengan segala kerja kerja pengkeranian dan "online" yang macam siput sedut menunjukkan tidak keterlaluan untuk mengatakan tugas guru boleh mencecah 24 jam sehari...huhu....

Ah....abaikan semua itu....CUTI baru bermula....10.11.12 sampai aku dah di melaka yang tercinta....seperti biasa banyak bangunan yang sudah dibangunkan oleh pihak atasan yang tidak diketahui sebab dan musababnya....apakah ada benefitnya kepada seluruh rakyat jelata atau pun hanya retorik semata-mata...terpulang kepada seseorang individu...tidak mahu menilai dari mata kasar...tapi hakikatnya seiring dengan pembangunan itu, meningkatnya taraf dan kos sara hidup manusia....yang mana mungkin akan meyesakkan fikiran isi rumah setiap insan di bumi Malaysia...jauh betul pemandangan!!!tapi itu kenyataan kan....

Cuti kali ini akan membawaku ke satu tempat yang diharapkan dapat membantu aku mencari jawapan dalam perjuangan kehidupan aku selama ini...diharapkan mudah semuanya dan mendapat ibrah di sebalik setiap apa yang berlaku ketika itu....juga berusaha sehabis mungkin untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat sahabat seperjuangan sama ada di bumi waqafan maktab mahupun sultan muhammad dulu...huhu...

so....check it out......selamat bercuti kepada seluruh guru di Malaysia....hehe!!!!!!!

Tuesday, October 9, 2012

Selamat Pengantin Baru Keluarga Akrab

Sedar tak sedar rupa-rupanya dah 3 orang ahli keluarga AKRAB sudah melangkah ke fasa kehidupan yang baru...teringat dulu zaman muda muda dulu yang "gila kentang" bak kata kak najwa tiap kali cuti sekolah bermula....berkampung di Sungai Lui....ketika tu masing masing takda apa apa komitmen lagi...tapi sekarang biasalah..masing masing sudah ada tanggungjawab masing masing...what everpon...harap2 dapatlah jumpa selalu dengan family AKRAB smpi bila bila coz dah janjikan sahabat sampai mati...huhu.....

Akhirnya semua mereka sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan masing masing dan alhamdulillah ALLAH bagi yang terbaik untuk mereka....Orang yang baik untuk orang yang baik...amin.....tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka.....

Pesanan untuk Korang Bertiga : memang tak adil korang buat majlis nikah masa aku ada di oversea ok!...sgt tidak adil….hahahhahahaha….


haha..kelakau neok kak syud.....sgt adik-adik

Mama and Daddy to Be....huhuhu...congratulations...

Khas Untuk Kak Syud : Semoga selamat ketika melahirkan anak nanti yer…jangan terlampau masuk air takut bawak effect kepada baby nanti….hahaha……jangan lupa minta suami redha dan ampun betul betul sebelum nak bersalin….ustaz kata tips untuk mudah bersalin sepantas kilat….huhu….



Mambrouk kak najwa.....


To Kak Najwa : …..selaku perunding imej i….selamat berbahagia dan bercinta hingga ke syurga….Allah beri sebuah pelangi yang indah setelah Dia hadirkan hujan dan rebut taufan di Sungai Lui….huhuhuhuhu…harap faham yer jgn jadi macam kak nysa….lamb pick-up…harap je pakai motor LC….hahahaha…..cepat cepat dapat anak buah yerk….tolong update blog…dah macam hidup segan mati tak mahu….hahahhaha….




haha......tahniah azie n epy......nanti ko bulan 11...rombongan cik kiah dtg serang parlimen REMBAU


To Epy : Shbt dunia akhirat….banyak yang dah dilalui dan tahniah kerana terus tabah mengharungi dugaan kehidupan dari yang Esa…moga lebih matang dalam membuat keputusan…..selamat meneruskan percintaan sehingga ke nafs yang terakhir…semoga meenjadi suami yang soleh……..

Kepada abg dan kakak AKRAB yang lain cepat cepatlah kahwin yeerk…sekarang misi kita kene kahwinkan ABG LONG……soh dia cepat jalan…ABG NGAH nak jalan dah nie…hahhahahahahahhahahhahahahahahhaa……..tapi kak NYSA tak boleh lagi yerk…sebab DIA BAWAH UMUR….

Mintak izin ambil gmbar korang dalam fb..untuk sematkan dalam blog yang mantap nie…hahaha…..kalau ada rezeki mopga dapat berkampung lagi di Sungai Lui walaupun ada komitmen masing masing moga ada satu hari na…hahaha….atau belanja abg Wan Kenny Rogers masa balik Malaysia hujung tahun nie….hahaha….first gathering masa Abg Epy punya majlis yerk….ok…roger n out…..

P/S "Semoga menjadi suami, isteri, anak, ibu dan bapa yang soleh dan solehah....melahirkan zuriat zuriat yang soleh dan solehah dan mengemudi bahtera@masjid semampu dan baik mungkin dan apa yang penting Selamat Bercinta Hingga Ke Syurga"