Sunday, February 10, 2013

Kita Hanya Mampu Merancang, Namun Allah Maha Perancang


Catatan ini khas untuk buat insan yang mengerti dan memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat..walaupun pahit dan sedih untuk mengharunginya namun demi memaknakan sebuah pencarian ianya perlu dilepaskan biarlah tidak bertali supaya akan terpaut kepada tali lain yang lebih kuat dan mantap…satu ketika dahulu cukup kuat untuk meneruskan namun setelah mengambil kira semua perkara dan demi kebaikan semua pihak terutamanya kau, kita perlu buat keputusan seperti ini…redha dan tabah itu penawar segalanya…juga sandaran pada Dia yang mempertemukan kita dan mengaturkan yang lebih baik kepada kita...

Ya,memang sukar untuk melupakan apatah lagi ia sudah lama berbekas dan meninggalkan banyak pengalaman. namun inilah kehidupan dan kita harus akur. kerana ini ketentuan. teruskan kehidupan.. Cukup indah kita bermula dan dipertemukan namun rupanya Allah ada caturan yang lebih baik untuk kita berdua..itu perlu kita akur dan redha…segalanya ada hikmah yang perlu di singkap dan kita tidak boleh mempertikaikan mengapa dan kenapa semua ini terjadi….

Keputusan ini yang perlu kita berdua pilih demi menjaga masa depan..bukan membuta tuli tetapi setelah digunakan segala akal fikiran kurniaanNya…aku tahu akan ada manusia yang mengetahui perkara ini akan sibuk mencari siapa yang ingin dijadikan ‘kambing hitam’…aku volunteer untuk dijadikan kambing hitam itu..insyaALLAH aku kuat…Tatkala keputusan ini dimeterai ternyata yang ada di fikiran kita hanyalah ibu dan ayah kedua-dua belah pihak..apakah mereka akan mengerti seperti mana kita memahami..apakah mereka akan boleh menerima dan menganggap ianya adalah takdir....khuatir kerana kita berada di dua zaman yang berbeza dan dua cara berfikir yang bagaikan langit dan bumi……

Semoga ALLAH murahkan rezeki kepada kau dan aku supaya dapat membantu keluarga masing masing. Dan semoga kau dipertemukan dengan zauj yang lebih baik dan murni agamanya supaya dapat membimbing kau dan mungkin bukan aku orangnya..itu perlu kita redha.. walaupun kita bermula dengan baik dan akhirjuga biarlah baik walaupun bukan natijah yang sepatutnya..anggaplah tidak ada jodoh antara kita dan Dia akan gantikan yang lebih baik..bila dan ketika dan siapa semuanya bukan dalam pengetahuan kita..hanya doa sebagai senjata....

Alhamdulillah....sebagaimana cukup mudah dan indah kita dipertemukan dengan restu Ilahi...tetapi walaupun akhirnya bukan seperti yang kita rancangkan...namun pengakhirannya tetap mudah....moga kekhilafan ini membuatkan kita muhasabah diri..mungkin cinta kita pada Pencipta cinta belum cukup kuat untuk kita mendapatkan cinta daripada seorang manusia..

Maafkan aku kerana tidak mampu untuk membimbing diri kamu..biarlah diri ini meneruskan langkah mengembara di bumi ini untuk mencari kehidupan...hidup ini satu perjuangan. jangan tewas.. =)…Selamat Berjuang...Wallahua'lam..



No comments:

Post a Comment