Sunday, March 28, 2010

Adakah Ini Nikmat Bercinta

Saban Hari berganti hari.....gejala sosial semakin hari semakin berleluasa...memaparkan dunia yang semakin sakin..menghidangkan jutaan dosa ciptaan makhluk bernama manusia....

Tiap hari dan saat semakin ramai insan bernama wanita hilang maruah dan harga diri...saban hari jualah anak luar nikah dilahirkan mencemar sistem kekeluargaan aturan Ilahi...diri semakin terpana di mana silap dunia hari ini..

mengapa gejala buang anak menjadi seperti halal di mata manusia...ramai insan tidak berdosa dilahirkan tanpa diduga dibuang seperti sampah yang hina....hak mereka untuk hidup mengapa dinafikan...persoalaan nya mengapa gejala ini berlaku....


Apakah ini nikmat cinta dunia antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin?
Apakah masih kita mendabik dada couple itu perlu?
Masih tidak cukupkah apa yang berlaku hari ini memberikan kita pengajaran akan azab dan natijah bercouple sebelum perkahwinan?
Inikah yang dinamakan cinta?
pabila anak tidak berdosa dibuang merata-rata
pabila pergaulan bebas terlalu bebas di mata manusia
pabila lelaki dan perempuan bercinta bagai nak rak hingga gadainya maruah


Aduh...sakitnya manusia hari ini.....apa yang harus aku buat Ya ALLA\H..ku akui andai azab yang kau turunkan akan terkena juga tempiasya....apa harus aku lakukan...apakah aku terus berpeluk tubuh dan menyaksikan kemungkaran berlaku di depan mataku....iman aku hanya senipis bawang Ya ALLAH..mampuku hanya membenci di dalam hati....

P/S Sesungguhnya, apa yang berlaku ini ada hikmahnya..padaku itu semua ingin menunjukkan bahawa cinta sebelum perkahwinan menimbulkan 1001 dugaan buat insan bercinta....dalam Al-Quran pun dah trang lagi bersuluh..."Jangan kau Hampiri Zina".....jangan HAMPIRI bukan LAKUKAN...kerana ALLAH maha mengetahui andai mengHAMPIRI sudah banyak menimbulkan dosa ini apakan lagi menDEKATI...lindungi aku dan keluargaku ya ALLAH...

Sambutan Maulidur Rasul 1431

Salam Ukhuwah dari ku...

Sudah lama tidak melawat blog ini....sudah lama jugak aku tidak coretkan ceritera hati di dalam blog ini.....berkesempatan juga akhirnya...
Banyak sangat dilalui sehingga ini...tarbiyyah daripada ALLAH tidak pernah hilang untuk mendidik diri yang kerdil ini...alhamdulilah segala berjalan lancar....
demi meyingkap tabir kerahsiaan Maulidur Rasul, Sk Sungai Lui juga telah mengadakan sambutan Majlis Maulidur Rasul bertempat di Sekolah ini.

Pada hari Jumaat bersamaan 26 Rabiul Awal 1431h, bertempat di SKSL telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Ustaz Aluwi bin Md. Yassin telah diamanahkan untuk merancang dan menyelaras acara ini. Alhamdulillah dengan pengalaman dan kepakaran beliau sambutan berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Seterusnya, berselawat dan berarak dari sekolah ke masjid Kg. Sungai Lui serta berpatah semula ke sekolah. Murid dan guru terus masuk ke dewan bagi mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Hakim. Antara acara yang dijalankan pada sambutan tersebut ialah:-
1. Pertandingan Perarakan ( mengikut kelas )
2. Pertandingan Mewarna ( tahap 1 )
3. Kuiz
4. Tayangan slide

Saban tahun kita menyambut majlis ini...setiap tahun diadakan Perarakan dimana-mana tempat di Malaysia...namun diri ini masih sedih kerana aku hamba yang kerdil masih belum mampu meyingkap segala rahsia dan mengambil pengajaran terhadap segala perjuangan Nabi..terlalu banyak kerosakan di muka bumi ini yang telah aku lakukan...andainya Baginda masih hidup..tentunya bahagia hidup kita kan? pasti kita gerun untuk melakukan segala maksiat yang di dunia ini...

Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai dapat ku Tatap wajahmu
Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai Dapat ku Kucup tangan mu
Pasti mengalir airmataku
Ya Rasullullah Ya Habiballah
Kami Rindu Pada mu........

P/S Semoga diri yang hina ini dapat mengambil iktibar akan perjuangan Nabi yang tidak ternilai harganya...betapa lemahnya diri ini tatkala diuji..hinanya diri ini...Ya ALLAH berilah hambamu ini sedikit kekuatan agar dapat aku terus tetap dalam agamaMU....amin....