Tiap hari dan saat semakin ramai insan bernama wanita hilang maruah dan harga diri...saban hari jualah anak luar nikah dilahirkan mencemar sistem kekeluargaan aturan Ilahi...diri semakin terpana di mana silap dunia hari ini..
mengapa gejala buang anak menjadi seperti halal di mata manusia...ramai insan tidak berdosa dilahirkan tanpa diduga dibuang seperti sampah yang hina....hak mereka untuk hidup mengapa dinafikan...persoalaan nya mengapa gejala ini berlaku....
Apakah ini nikmat cinta dunia antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin?
Apakah masih kita mendabik dada couple itu perlu?
Masih tidak cukupkah apa yang berlaku hari ini memberikan kita pengajaran akan azab dan natijah bercouple sebelum perkahwinan?
Inikah yang dinamakan cinta?
pabila anak tidak berdosa dibuang merata-rata
pabila pergaulan bebas terlalu bebas di mata manusia
pabila lelaki dan perempuan bercinta bagai nak rak hingga gadainya maruah
Aduh...sakitnya manusia hari ini.....apa yang harus aku buat Ya ALLA\H..ku akui andai azab yang kau turunkan akan terkena juga tempiasya....apa harus aku lakukan...apakah aku terus berpeluk tubuh dan menyaksikan kemungkaran berlaku di depan mataku....iman aku hanya senipis bawang Ya ALLAH..mampuku hanya membenci di dalam hati....
P/S Sesungguhnya, apa yang berlaku ini ada hikmahnya..padaku itu semua ingin menunjukkan bahawa cinta sebelum perkahwinan menimbulkan 1001 dugaan buat insan bercinta....dalam Al-Quran pun dah trang lagi bersuluh..."Jangan kau Hampiri Zina".....jangan HAMPIRI bukan LAKUKAN...kerana ALLAH maha mengetahui andai mengHAMPIRI sudah banyak menimbulkan dosa ini apakan lagi menDEKATI...lindungi aku dan keluargaku ya ALLAH...

No comments:
Post a Comment