Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Friday, January 8, 2010

Pengembaraan Diteruskan

Selepas itu...sepanjang minggu nier...aku berkesempatan untuk menziarah 2 buah masjid berdekatan dengan tempat aku belajar....

Sambil ziarah boleh dengar kuliah maghrib sekali daripada ustaz-ustaz berpengalaman...alhamdulilah....dapat tambah ilmu di dada.....walau mungkin sedikit tapi bermanfaat...insyaALLAH



Nie masjid baru dekat bandar tasik permaisuri...aku ngan pian maghrib di sini dan usai sahaja ada kuliah maghrib daripada seorang ustaz nie.. memag ilmu penuh di dada..kagum hamba yang kerdil ini mendengarnya..Nama masjid -Masjid AN-Najihin




Seterusnya, hari Rabu (5/01/2010) aku pergi ke masjid Saidina Osman kat Bandar Tun Razak....ada ceramah sempena Maal Hijrah tajuk ceramah "Kembara Hijrah Nabi"....seronok jugak dengar sampai Pian Tertidur...hahahahhaha



P/S Moh Kita sama-sama ke masjid atau surau berdekatan tempat kita....mudahmudahan bermanfaat untuk diri kita insyaALLAH

Rumah-Rumah Allah

Alhamdulilah......

Sekarang sudah melangkah ke tahun 2010...terlalu pantas masa berputar mengikut roda dan aturan Ilahi...sedar dan tak sedar sudah hampir 5 tahun pengajian aku di Bumi Waqafan Ipteknik ini....

Tahun 2010 nie,,,ada satu impian yang ingin aku laksanakan...aku nak menjelajah seluruh rumah ALLAh yang ada kat sekitar Kuala Lumpur ini...aku nak mengembara mencari masjid dan rumah-rumah ALLAH di sekitar tempat aku belajar...InsyaALLAH, bermula daripada aku sampai maktab aku dah mulakan pengembaraan untuk memenuhi impian aku ini...

Permulaannya...dah 5 buah masjid aku lawati...

Nie Masjid Asy-Syakirin kat KLCC..aku dengan sahabat aku, Pian-kaki jalan menjelajah ke masjid ini untuk menunaikan solat fardhu maghrib selepas kami selesai melihat pameran "Gegar Generasiku" di Dataran Merdeka Sabtu yang Lalu (1/1/2010)





sapa tak kenal masjid nier...Masjid Negara Lah...sebelum pergi Masjid KLCC nie..aku n pian pergi Masjid Negara nak solat Fardhu Asar...





Lepas tu..kiteorang pergi kat Masjid Muadz Bin Jabbar kat Desa Tasik...peh...tak agak-agak...23 masjid dalam satu hari...huhuhu

P/S Rumah ALLAH sangat banyak di bina dengn pelbagai reka bentuk...namun mengapa masih ramai umat Islam yang masih liat untuk mengunjungi Rumah-rumah ALLAh inii..bukan aper...masjid besar bagai nak rak...namun untuk memenuhkan saf pertama pon amat sukar....

"Maka Nikmat Yang mana satu ingin Kamu Dustakan" -Surah Ar-Rahman