Sunday, January 29, 2012

Alangkah Indahnya Hidup Ini

Malam ini...hati terusik.....hati terdidik....terasa hati ingin dibelai oleh kasih sayang kekasih ALLAH...terasa ingin berjumpa dengan kekasih Allah dan mengadukan segala pa yang dialami selama ini....seperti ingin dilontarkan segalanya agar mendapat segala jawapan yang dilemparkan kepada aku selama ini.....

Kadang kadang terfikir dan memikir ke mana arah dan hala tuju kehidupan ini akan membawa aku pergi...di sebalik setiap mehnah dan minhah...membawa menjunam kan dikiran aku agar mencari satu solusi demi solusi supaya terjawab segala persoalan selama ini...

Malam ini layan lagu Alangkah Indahnya Hidup ini...terusik hati mendengar bait dan senikata lagunya...beruntung sangat buat siapa yang berpeluang untuk melihat, bersama berjuang atau hidup di zaman Kekasih ALLAH ini....subhanallah.....

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenganganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu.

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Kutahu cintamu kepada umat
"Ummati ummati"
Kutahu bimbangnya engkau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Terimalah kami sebagi umatmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kurniakanlah syafaatmu
Dihayati bait demi bait...buat insan yang mengerti dan dimengerti pastinya boleh melahirkan air mata...

P/s Salam Maulidur Rasul...moga dipermudahkan ALLAH setiap segala minhah dan mehnah dan ditunjukkan jalan yang benar...pesan pada diri supaya sentiasa terus dan terus berusaha memperbaiki diri walau kadang kala tersungkur dan terhantuk tempang di tengah jalan....tidak mengapalah..bertatih dikit demi sedikit supaya tiada yang tercicir di tengah jalan....insyaALLAH...ALLAH maha menerima taubat hambanya....


Friday, January 13, 2012

Semakin Sakit dan Sirna

Alhamdulillah....cuti persekolahan yang lalu seperti biasa destinasi utama aku selain daripada mengabdikan diri di rumah ialah Kampung Sungai Lui....Semenjak daripada maktab cuti sekolah pasti aku tunggu untuk gerak gempur di Sungai Lui bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang lain...rindunya tidak bertemu setelah sekalian kalinya berpisah..alhamdulillah tautan ukhuwah kurniaan Ilahi ini bukan sekadar omong kosong tapi demi meyahut apa yang dinamakan kemanisan dalam persahabatan.

Walaupun tidak dapat bergiat aktif sangat kerana sudah dihantar berkhidmat di negeri Borneo, namun kesempatan yang ada diluangkan semaksimum mungkin untuk membahagikan masa bersama keluarga melaka dan keluarga sungai lui...huhuhu....boleh lah..kali nie dapat join KJDR n Summer Camp....dpd takda alhamdulillah Dia masih bagi peluang.
Abg Hazim, Abg Wafiy, Abg Long@Faiz, dan Kak Najwa

Kem kali nie banyak yang aku blaja.Pertamanya, akhirnya dapat jugak berkumpul semula bersama abg dan kakak setelah lama berpisah.macam macam kisah baru didengar. yang paling terkezut mendengar ialah kak syud sudah berkahwin...huhu.....walau pada hakikatnya kem nie tujuan dia untuk membantu adik adik sedar akan tanggungjawab hakiki sebagai khalifah di bumi pinjamanNya ini namun sebagai fasilitatorr@pembantu terkesan juga melihat dan mendengar setiap masalah yang disimpan oleh adik adik selama ini...

Sungguh menyedihkan dan mengharukan mendengar kisah dan cerita sedih mereka. terlalu banyak yang diceritakan lantas terdetik di hati, alhamdulillah aku punya seorang ibu dan ayah yang sangat sayang akan aku. walau sibuk mana ayah dan ibu aku, alhamdulillah didikan mantap mereka menjadikan aku seorang guru ketika ini. hakikatnya institusi keluarga mutakhir ini semakin hari semakin sirna...apa yang aku lalui, dengar di sini tidak keterlaluan untuk aku katakan institusi kelurga yang semakin sirna ini kadangkala bersifat "factory" demi untuk melahirkan ramai dan banyak anak. hakikatnya lahir nya seorang insan dimuka bumi ini maka di galas bahu seorang ibu dan ayah selautan tanggungjawab yang menggunung tinggi.
Aktiviti Sukan yang menguji ketahanan...denda dia..mandi tepung..haha

Kebanyakan anak anak yang datang menyertai kem ini menyimpan 1001 rahsia dalam hidup mereka. kat sini lah aku tahu dengan lebih mendalam bagaimana ritual Black Metal dilakukan yang diceritakan oleh seorang budak yang masih di bawah umur...bagaimana kisah hidup seorang budak yang baru berumur belasan tahun yang kepingin dan menagih kasih sayang seorang ibu yang menidakkan kewujudannya...ALLAH......kesian neok anak anak Melayu nie....masih teringat n terngiang ngiang tatkala ini ketika budak tu bercerita di lubuk lumpur pada jam 3 pagi sehingga menjelang subuh terlampau banyak kisah diceritakan olehnya...kami semua fasilitator dan adik adik yang lain  berderai air mata mendengarnya..benar kata pepatah, berat yang mendengar berat lagi bahu hok yang memikulnya...

Terkadang hati terfikir dan memikir dimanakah silap semuanya ini...ini baru kisah beberapa anak-anak belum lagi yang ada di sekeliling kita yang kita jumpa di shopping complex, di kawasan kawasan tepi pantai yang hanyut dengan arus cinta dunia...fuh...sangat menakutkan....nak dikatakan kalu pergi shopping complex kat melaka tu....aduh/.....cari hok yang betul betul melayu yang gamaknya dikatakan penuh dengan adat ketimuran sudah boleh dikira dengan jari....macam macam fesyen dan penampilan yang aku sendiri takur nak neok...apa yang menyedihkan mereka orang kita...bangsa AKU..Bangsa Melayu....
Dengan Abg Wafiy duk sibuk membarbequekan ayam tuk adik2....

Di sinilah....dengan ilmu yang ada walau tidak banyak dan lengkap..namun semampu upaya menyuntik perasaan untuk berubah menjadi seorang manusia bukan "sampah" yang menumpang di sudut dunia menunggu untuk dipanggil menghadapNya...

Pak Kadir...kagum dengan dia...baru sahaja pulang daripada Mekkah menunaikan Haji terus turun Sungai Lui....Hebatnya penangan ketenangan dan ketenteraman di sini.....jadi kami pun salam n peluk amik berkat orang baru balik haji...
Kadang kadang bila terfikir dan memikir....gasa sedih n takut untuk berumah tangga..apakah mampu aku menjadi seorang bapa kepada anak-anak, suami kepada seorang isteri, ketua kepada sebuah keluarga...dengan ilmu yang sehelai cuma....mampukah aku menjadi seorang ayah seperti berjayanya ibu dan ayah aku mendidik keenam enam anak nya menjadi seorang manusia....berat tanggungjawab yang akan dipikul nanti....subhanallah....permudahkan kami.....

Apapun...semoga ALLAH selamatkan semua kaum muslimin dan muslimat di dunia ini daripada sebarang kehancuran....moga ALLAH selamatkan diri, ahli kelurga, dan orang orang yang aku sayang serta semua umat Islam daripada terjebak dalam hanyut arus dunia...amin......

Tahniah Uda

Assalamualaikum.........huhu....apa khabar semua...sudah lama tidak mencoret dan sudah lama tidak menukilkan apa yangtersirat di jiwa...maklumlah kehidupan sekarang semakin dihimpit oleh sindrom "sibuk" yang tak pernah puas menjamah ruang kehidupan manusia. so, kalu tak pandai manage time..ibaratnya...lingkup lah boh....huhu...

Tiada apa yang ingin dikongsi cuma hanya nak menconteng sebagai entri pertama tahun 2012....sebelum melangkah cserita tahun baru...nak kongsi apa yang aku lalui cuti tempoh hari...fuh...banyak yang aku pelajari cuti sekolah yang lalu....

Uda n Lyn

Pertama nya aku berangkat pulang awal untuk cuti akhir tahun yang lalu untuk membantu ibu dan ayah aku untuk majlis pertunangan adik aku.....sedar tak sedar gupanya dah besar dah dia....gupanya dah nak kahwin dan kini sudah bergelar tunanggan orang....macam tak percaya jerk....apa pun tahniah untuk adik tersayang..
Moga uda dan lyn dijadikan memang untuk bersama dan jodoh berpanjangan hingga akhir hayat...

Bersama sedara mara belah kami....atok jawi pon turun..huhu

bakal besan
Selamat kumpul duit tok adik aku..huhu..maklumlah belanja kahwin sekarang bukan murah...moga dapat juga perbaiki diri dari semasa ke semasa...dah langkah dua abang dia....kene belanja kami lah uda oiii....huhu..tahniah uda....=P