Thursday, November 10, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 14 : Pertandingan Kawad Kaki

Kali nie...huhu...dapat amanah untuk melatih budak kawad kaki...huhu..punya lah bagus....mana taknya...sekolah dimaklumkan dan sedang bermesyuarat pada sehari sebelum berlangsungnya pertandingan ini..haha...dengan banyak pergerakan kawad kaki yang banyak diminta...dengan peserta nya takda...haha..poning poning..namun sehabis baik tetap dipertaruhkan...

Tengah hari tu aku pergi kumpulkan peserta seramai 22 orang yang kebanyakkanya murid Tahun 6 agar mudah untuk menerima arahan command dalam masa sehari untuk bertanding keesokan harinya...terus tangkap muat jerk...asalkan cukup 22 orang...akhirnya tengah hari sebelum habis sekolah kami berlatih kawad statik..nak pastikan kawad statik nie mantop..aku pon kurang arif sgt...dapatlah blajo sikit sikit daripada cikgu Fitri...petang pukul 2 lepas persekolahan kami sambung latihan untuk perkenalkan mereka kawad dinamik...kawad formasi tak dan...coz masa tak cukup...

Keesokkan harinya...sehari kami berkampung di Dataran Tamu berdekatan dengan PPD Daerah Pitas...menunggu giliran ke 10....namun smpi giliran ke 9..huhu tangguh untuk solat asar n makan tengah hari..punyalah lama..akhirnya pas Zohor jugak budak budak dapat perform...huhu..layanz...jah budak budak nie...macam macam kene interview...

Baru lepas berlatih n kene marah...orang soh pusing kanan dia pusing kiri...hahaha

Sebelum perform....gud luck semua!!!!
Alhamdulillah...daripada 18 buah sekolah rendah yang bertanding...akhirnya...kemenangan berada di pihak kami di Tempat ke 3...huhu...walau pun dapat nombor 3..kegembiraan terpancar dalam diri murid-murid..huhu..ok lah tu bha..berlatih sehari dapat no 3...huhu....

Tahniah anak murid semua...hahaha...
Penat setelah melatih dan dilatih oleh murid-murid
Tahniah kepada Platun Pengakap SK Pekan Pitas II kerana mendapat tempat nombor 3...Esoknya mereka diberikan penghormatan untuk memberikan persembahan kawad mereka di hadapan semua murid SKPekan Pitas II...Syabas..semoga tahun hadapan dapat menyertai lagi pertandingan ini...amin...



Kembara Pitas CAPSULE 13 : Kem 1 Murid 1 Sukan

Biasalah..kita hanya pelaksanaan dasar yang menurut apa pucuk pimpinan mahukan...tidak kira lah program tersebut mempunyai negatif dan positif namun ianya harus tetap dilaksana gi mana pon caranya...huhu...minggu lepas aku kene jadi guru pengiring untuk program 1 Murid 1 Sukan peringkat Daerah Pitas bertempat di Dataran  Bengkoka berdekatan dengan rumah aku..huhu..berkampung 3 ari kat situ.....tahlah...macam kecewa gak nak pergi program nie ye ar dah plan baik ngan member serumah nak g Kota Kinaballu...so...at last...demi tanggungjawab dan amanah terpaksa korbankan trip...huhu...takper2 mungkin ada hikmah..biasolah tu...
makin jadi tumpuan Dataran Bengkoka sekarang...

Sangat banyak yang perlu diperbaiki...bukan aku sorang tetapi rata rata semua guru pengiring merungut akan pengurusan yang tangkap muat dan kucar kacir sehingga kaburnya matlamat dan tujuan asal menjalankan kem ini...nak cakap banyak pon aku bukan bagus sangat n silap silap kene banned aku kalu orang terbaca post nie....ke nak amalkan prinsip roomate aku ""Haboootlah"" bereh lah....

Pertamaya...huhu....berkenaan dengan solat...perkara yang amat penting tak kiralah walau hanya ada seorang peserta beragama Islam...kita agama rasmi Islam..so siapa pon tidak boleh pertikaikan akan isu ini..bukan lah nak berlagak seperti ustaz juga tidak mahu mendabik dada menidakkan apa yang berlaku namun rasa serba salah jugak apabila pada hari pendaftaran...semua murid Islam di situ kebanyakkannya tidak solat...apa tidaknya tidak ada ruang langsung untuk kami bersolat tambahan pula pihak pengurusan kurang menitikberatkan pada awalnya...tak senang duduk aku dibuatnya...tetiba ada seorang pihak pengurusan datang kat aku..huhu....

"Ustaz...tolong uruskan hal solat budak-budak nie ye.."
"Pertama saya bukan ustaz...tapi saya boleh tolong uruskannya"..huhu...


Aku pon apa lagi..ajak member selaku JU kat situ..si zaid g cari tikar,dsbnya....teringat aku kat dataran ada sebuah surau gasanya...kami pon pergi surau dan menyedihkan..surau tersebut penuh dengan tahi cicak menunjukkan hanya tahu membina namun tidak tahu menjaga pihak yang dipertanggungjawabkan,..akhirnya semuanya berjalan lancar...ada lagilah banyak perkara pihak perlu perbaiki dari semasa ke semasa..

Isk2....payahnya kalau kita tidak laksanakan tangungjawab yang diamanahkan kita nanti..tak kira kecil ke besar...selagi diberi amanah perlu dijalankan sebaik mungkin...apa pun natijah biarlah Dia yang beri penilaian...tol tak kengkawan??...huhuhu...
Bersama sama guru pengiring yang lain

Apapon seronok jugak dapat g kem nie..ada jugak positif dia bro...tak eloklah nak kabo yang tak elok jah...huhu...first dapat kenal dengan gamai guru guru dari sekolah yang lain...huhu...hurm ada kenal dengan sorang ustaz nie..Ustaz Ahmad dari Sk Malubang...banyak nasihat dan tunjuk ajar diberikan kepada aku..banyak lepak dengan dia ar masa Kem nie...huhu...teringat kata kata dia...di mana kita berada pon...kita kene tonjolkan Islam..mana tahu ada orang terbukak hati nak kenal Islam berdasarkan apa yang kita buat dan sebagainya...huhu...mantop...di samping tu...dapat jugak aku blajar manuk manuk dan sumazau...huhu...layan jerk bha...
Bersama guru pengiring dan peserta kumpulan 5

Guru Pengiring bersama anak buahnya...edzhar, gray, zarida n kerol

Dengan GPK Kokurikulum
Secara keseluruhannya...huhu....seronok, mantop..namun perlu diperbaiki dari segi pengurusan dan pelaksanaannya....zazzzzzzzzz...


Kembara Pitas CAPSULE 12 : Pelancaran Susu 1 Malaysia

Fuh.......dah lama tak mengarut dalam enti nie...so ri nie sambil tengah sakit2 nie nak update beberapa entri dan pics yang menarik dan tok menyemakkan blog aku nie...bereh....tak tahulah mengapa dan kenapa pelancaran  susu 1 Malaysia ini dilaksanakan setelah sekian lama ia dilaksanakan di seluruh Malaysia....mungkin kekangan masa dan tenaga yang menyebabkan ianya ditangguhkan...alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun sedikit sebanyak ada perkara yang perlu diperbaiki...banyak aku belajar dalam bagaimana menguruskan sesebuaah majlis...walau hanya tolong tolong mana yang mampu tapi semua segi perlu diambil kira bukan untuk mengelakkan "orang berkata" tetapi demi memastikan majlis lancar lah bha...think positive....huhuhu...

Sempena majlis ini...sekolah aku selaku tuan rumah kene urus macam macam...almaklumlah...pucuk pimpinan kan MANTOOP...jadi YMP lah jawabnya....tapi itu bukan persoalannya...tapi seronok pulak neok kanak-kanak nie berpakaian mengikut budaya dan adat masing masing....apatah lagi konsep 1 Malaysia perlu diterapkan dari semasa ke semasa...so layan jerklah gmbo gmbo nie...huhuhu...pagi-pagi budak budak nie dah serang bilik guru dengan pakaian dan posing masing masing...so layannnnnnnnn..

Pakaian masyarakat dusun ke bajau tah...lupo...

dengan dak daniel n elizabeth...last day bagi elizabeth...dia nak pindah sarawak...huhu

Cacamerba Warna dan Jenis Pakaian..hahha

Adik Virginie...
Dengan si Awang...
seronok neok budak budak nie buat perembahan lagu 1 Malaysia...dalam masa yang singkat rebung yang  semakin meningkat dewasa yang terdiri dari murid tahun 6 kebanyakkannya masih boleh dilentur...huhuhu....syabas Kak Elnie yang gigih mengajar dan melatih murid murid ini walaupun sedang sarat mengandung....roger n out!!!

Tuesday, October 25, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 11 : Gelagat Musim Peperiksaan

Alhamdulillah sesi persekolahan kian melabuhkan tirainya....semua guru sedang sibuk dengan pelbagai tugaasan dengan menanda kertas peperiksaan, key in markah, bincang kertas soalan dengan SAPS nya dengan e-laporannya...haha.....semua nya perlu diselesaikan sebelum cuti hujung tahun menjelma tiba....

Minggu yang lalu sekolah aku macam biasalah dah habiss study..silibus pon dah Khatoom...apa lagi budak budak pon periksa lah untuk hujung tahun...haha....macam macam lah gelagat budak mengambil peperiksaan...ada yang seronok...gembira tak kurang yang tertidur agaknya...mungkin kerana senang sangat kot soalan tu...hopefully...hehe.....nia ada gmbar nak kongsi..huhu..kelakau pon adaa jugak...haha..hai anak anak murid ku....
huhu.......lena budak nie tidoq....


tekun hingga ke titisan pena yang terakhir

jangan tekan sangat tulis jwapan tu dik oooiii...
Tengok gelagat murid murid nie ambil peperiksaan, terimbau dulu masa tengah amik exam kat maktab tu.....blajo kumpulan...group study...huhu....pahtu hentam dalam exam...selesai exam..press EX5 broooommm pergi kampung baru melantak bagai nak gila...bosan2..pergi Putrajaya merempit dengan member baik sampai tengah pagi....sampai kene halau dengan polis...hahaha...nak buat keje gila sikit..pergi UIA..huhu..masa tu dengar kuliah Ustazah Siti Norbahyah dengan suaminya yang tercinta....peh..hebat....smpai lah habis maktab...gitu ar...pantang ada event yang boleh masuk dalam pale...roger n hello jah...hahaha.....really miss that moment..

Monday, October 10, 2011

~: : Mutiara Hikmah : : ~

Ketika diriku bercermin dikaca, aku menjadi MALU..kulihat PAKAIAN yang berjilbab putih, itulah diriku..tapi nyatanya HATI dan TINGKAH LAKU KU belum sesuai dengan pakaianku..

Sering MEYAKITI INSAN..
Menderhakai SURUHANMU..
Berbuat KEJAHATAN.. 
IRI HATI sesama insan..
Sukar melakukan ISTIQAMAH..
DOSAKU makin menggunung TINGGI..
 
Ya ALLAH, sungguh aku MALU padaMu kerana belum MAMPU menjadi HAMBA yang terbaik..:'(

Kembara Pitas CAPSULE 10 : Teladani Kepintaran Seekor Penyu

Gempar!!! Terkezut!!! Takjub!!

Penuh tanda tanya dan rasa takjub dengan apa yang telah disaksikan minggu lalu seekor makhluk ciptaan ALLAH telah mendarat di pantai Kampung Pinggan-Pinggan, berdekatan dengan rumah aku...Entry kali nak kongsilah sedikit rasa untuk tatapan insan yang mahu menilai dgn mata kasar apa lagi yang hakiki..huhu....

Minggu lepas....seawal jam 6 pagi kami geng-geng pinggan-pinggan siap sedia nak turun g Kota Kinabalu maklumlah gajis baru jah keluar bha...mau lah juga membeli apa yang patut dan tak patut dibeli...ironinya...kami gerak dua buah kereta..huhu...selalu naek satu kereta ja....gamai kali..hehe...lepas je keluar nak g amik salah seorang membe kat umah dia...Ustaz talipon Syed kata ada PENYU kat pantai...apa lagi...kami terus bergegas ke tempat kejadian....huhu

Subhanallah.....huhu..terpana seketika melihat seekor penyu yang besau lah jugak baru mahu pulang ke laut selepas bertelur di pantaisedang berusaha bertarung nyawa untuk menuju ke laut semula dan untuk mengelak manusia yang kadangkala sukar diduga kekejamannya...huhu....

Penyu ini berusaha untuk kembali ke laut
Jadi..aku pon apa lagi..ambillah kesempatan untuk peta gambar mana yang sempat sementara sempat..mana yang sempat posing tu kami peta lah gambar...dapatlah beberapa tuk buat kenangan dan renungan bersama..

Wif Ustaz Zakri dan Taufiq

Dengan Taufiq dan Khairul
Apa yaaaang menariknya ialah di sini kepintaran penyu ini dalam memilih lokasi untuknya bertelur..apa tidaknya ia meninggalkan banyak jejak memandu manusia untuk bertemu dengan lokasi nya bertelur namun ke semua lokasi tersebut pada dasarnya hanyalah helahnya untuk tidak tewas di tangan seorang insan bernama manusia..

Ibrah yang mungkin boley di ambil ek..huhu...neok sekarang orang sibuk buang anak...tak nak anak...anak luar nikah..nauzubillah...hurm...tapi bila direnung ke dalam mata penyu ini di pastinya bertemu dengan hakikat kasih ibu dalam memastikan keselamatan anaknya untuk melihat dunia...kita manusia??...dah selamat bayi2 yang tidak dikehendaki lahir melihat dunia dibuang merata-rata sebelum sempat diberikan nama bayi ini...Ya ALLAH rakusnya manusia kan...entahlah...apa nak jadi dengan manusia zaman mutakhir ini...

Apapun...wlau kita bukan tak sebaik mana...namun saban hari perlu didik diri, hati dan iman menjadi yang lebih baik dan mendapat keredhaan ALLAh suatu hari nanti..amin...

Friday, September 23, 2011

Law Kana Bainana

Kali nie juz nak kongsi sebuah lagu Arab yang entahlah bila dengar dan hayati seni katanya...tertusuk jiwa yang sedang gersang mengharap mardhatillah ini...kalau dengar lagu sorang2..kadangkala boley menitiskan air mata...mungkin sediy mengenangkan dosa2 yang telah dilakukan..terasa sayu mendengar muziknya yang walau agak mendayu tetapi dapat membawa pendengar untuk berfikir dan terfikir akan hakikat Kekasih Allah yang tiada tandingannya....

Law Kana Bainana........Andai Kau (Nabi Muhammad S.A.W) ada di kalangan kami...trentunya aman hidup di dunia ini.....Subhanallah..andai Baginda masih ada di sisi kita tatkala ini pastinya tidak akan ada kerosakan demi kerosakan berlaku dihidangkan di seluruh dunia tatkala ini....pastinya segalanya pasti indah dan hidup terasa penuh keimanan dan ketakwaan .....

Law Kana Bainana...Tentunya pemimpin kita pada hari ini tentunya hidup dan memerintah berlandaskan syariat Islam yang tiada cacat celanya....tidak akan pertelagahan antara pemimpin mutakhir ini...tidak akan ada manusia bertikam lidah mencari "kambing hitam" untuk setiap isu yang merupakan hanya retorik belaka....tidak akan ada lagi isu bertikam lidah sebaliknya bersatu padu memajukan diri masyarakat dan negara dari semasa ke semasa.....

Law Kana Bainana....pastinya tiada kemaksiatan berlaku di setiap pelusuk corong tempat di dunia ini...tiada lagi zina...pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.tiada lagi aurat terdedah sana sini...perempuan semakin menjaga adab dan menjaga batas batas mereka secara total....tiada lagi budaya hedonisme di canang sana sini menjajah fikiran hamba hambanya..nauzubillah....tiada lagi segala macam perkataan yang sinonim dengan kerakusan hawa nafsu yang tidak pernah puas!!

Law Kana Bainan..tentunya tiada lagi penindasan di kalangan umat Islam....tiadalagi penyeksaan umat Islam berlaku di Bosnia....Di Iraq...Di bumi Palestin...tiada lagi teragutnya nyawa hamba ALLAH yang tidak berdoasa kerana terkorban menegakkan nama ALLAH di bumi mereka sendiri....tentunya Islam menjadi sebuah agama dan masyarakat yang paling di segani seantero dunia.....


Law Kana Bainana....ingin aku berjumpa dengannya..ingin aku khabarkan apa yang aku alami..ingin aku adukan apa yang tersurat di sebalik tersurat..ingin aku dapatkan jawapaan untuk segala persoalan yang acap menerjah ruangan fikiran menagih seribu satu jawapan yang tidak pernah kunjung tiba....mengembara dunia mencari ketenangan dalam melayari sebuah hidup bernama KEHIDUPAN.....

P/s Betapa indahnya seorang Kekasih ALLAH ini..walau bersifat maksum namun bibirnya tidak pernah lekang daripada memohon istigfar kepada Allah...Subhanallah hinanya kita sebagai manusia kerdil di bumi waqafan ini......Apa tidaknya....kita manusia yang diciptakan dari setitis air mani yang hina masih bermegah megah menelusuri dunia, ibarat tiada akhirat dan balasan yang menanti setiap tingkah yang dilakukan...mulut tidak pernah dan jarang di basahi dengan zikrullah....bibir tidak pernah basah dalam mengalunkan setiap ayat KurniaaNnya.....macam macam perkara kita terlepas pandang untuk lakukannya....moga moga kita tidak tergolong dalm glongan ini...Amin..........

Monday, September 5, 2011

Biar Cinta Kita Tumbuh Harum Mewangi

Nak kongsi pada entri kali ini sebuah kisah yang agak menyayat hati...pada mulanya...kawan aku yang post kat fb aku...mula mula malasnya nak baca.....aduh..panjang beb...last last...tak sedar sedar aku baca baca baca dan terus membaca sehinggalah tamat cerita dalam bingkisan ini...touching gile...terus copy...takut tak jumpa lagi cerita nie lagi...sapa sapa yang berkunjung ke blog ini...bacalah dulu yerk...kalau adda cinta di hati antum...nescaya akan tersentuh juga pabila membaca bait bait kata2 dalam cerita ini....renungkan dan selamat beramal....huhu
_________________________________________________________________________________________

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. 

Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.


Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.


Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.


Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?


Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! 


Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.


Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. 


Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
 

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. 


Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.


“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” 

Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” 

Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.

Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
 

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. 

Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....

Assalamualaikum.......

Tatkala ini...alhamdulillah...aku dan seluruh umat islam yang masih lagi menghirup udara segar kurniaan Ilahi diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan...malam tadi pertama kali aku terawih di bulan ramadhan di negeri orang..nun jauh daripada hiruk pikuk kesengsaraan fatahmorgana dunia.....Pitas....huhu....Malam itu juga sementara menunggu pengumuman untuk Puasa daripada televisyen....kami dikhabarkan dengan pemergian seorang iaitu datuk kepada salah seorang guru di sini...

Entah kenapa...berita kematian itu walau aku tak kenali insannya....namun membuatkan aku terfikir dan memikir tidak kesempatan arwah untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini...sudah dijemput menghadapNYA....Ya Allah....segala kuasa jelas hanya pada Mu....Namun..kita...aku dan insan insan lain yang bernama manusia sering lupa dan lalai dengan deras arus dunia yang tiada penghentinya.......ah.....tabahkanlah hati hambamu ini.....

Apapun....bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk beribadah...peluang untuk bertaubat....peluang untuk memperbaiki diri...dan apa yang penting menjadikan ramadhan kali ini sebagai platform dan landasan utama untuk melakukan sesuatu perubahan....insyaALLAH...Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga. Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar....

Justeru aku ingin hilangkan kehausan dan kedahagaan aku selama ini....ingin aku akhiri segala impian dan cita cita yang terbuku selama ini dengan penterjemahan fi'li yang hakiki bukan hanya ak'li semata mata....Bak kata ustaz tu pada aku suatu ketika dulu..."Wan....ingat pesan ustaz....kau perlu berusaha lebih....kau tak macam orang lain....nak diibaratkan...kalau orang solat 100 rakaat kau perlu buat 200 rakaat...kau perlu usaha  dua kali ganda daripada orang itu..."......terpana dengan kata-kata ustaz itu....tapi aku jadikan sandaran untuk aku berubah kepada yang lebih baik...amin.....

P/S...Sedikit Pesanan Buat Diri yang Hina...Masukkan Dalam Hati mu yerk..yang terbaca untuk kamu juga =p

Di bulan yang Barakah ini ayuh perbaiki diri kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya aku seorang yang mudah terbakar namun selepasnya aku perlu menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya aku seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan aku sambut, dan jika sebelumnya aku seorang pembuat maksiat namun selepasnya aku ingin menjadi seorang ahli ibadat....insyaALLAH

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.."Allahumma Ballighna Ramadhan. Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "


Thursday, July 28, 2011

:: ~ HARI INI AIR MATANYA MENITIS LAGI ::~


Sudah lama tidak mendengar suaranya…..rindu padanya tidak terkata.......

Sudah lama tidak mendengar hilai tawanya...........

Sudah lama tidak bermanja dengannya.....

Hanya berkirim sms setiap hari tanda kasih dan sayang padanya yang mengunung tinggi…Hari ini terpanggil untuk mendengar suaranya untuk mengubat kerinduan di hati…..

Lama jugak berborak dengannya…….banyak perkara yang diceritakan untuk dikongsi bersama….dengan tidak semena-mena hilai tawa kami mengubat kerinduan bersilih ganti dengan air mata dan sedu sedan…..diri ini tidak mengerti apa yang terjadi kerana aku terlalu jauh untuk memahami penderitaan yang di alaminya….

Sayu hati mendengar tangisannya…tiada kata terlafaz untuk mengungkap penderitaan yang di alami….Ya ALLAH kuatkanlah Dia…andai utara dan selatan itu mampu bergabung…malam dan siang boleh bersatu...akan aku gagahi bertemu dengannya….walau di mana aku berada….Aku tahu apa yang dialaminya….tetapi aku tidak cukup kuat untuk memahami hati seorang perempuan…terlalu banyak yang terpaksa yang dirahsiakan daripada lelaki yang amat dicintainya..bimbang lelaki itu tidak kuat mendengar sebuah perkhabaran yang datangnya tidak pernah diundang dan hadirnya dinatijahkan tidak sama sekali….

Hanya aku menjadi teman dia berbicara untuk mengubat jiwa serta kegundahan yang saban hari menghimpit dirinya…..YA ALLAH kuatkanlah dia untuk menghadapi mehnah mu ini…..andai ada kebahagian yang ingin Kau curahkan kepada hambaMu..maka aku merayu kau berikanlah kepada dia agar dia tahu Kau masih bersamanya….
Atas apa yang berlaku…aku harapkan tidak akan berterusan…tidak sanggup untuk melihatnya terus sedih bermuram durja menantikan sebuah jawapan yang tidak pasti…jadi semampu mungkin dalam setiap sms dan percakapanku…akan aku cipta seribu satu kegembiraan untuk menghiburkan hatinya yang gundah itu….biarpun tak sempat aku kongsikan apa yang aku alami padanya…tapi aku puas melihatnya tersenyum dan gembira tatkala bersama dengan aku…..sayang, cinta,kasih dia melebihi diriku sendiri jua kerana ALLAH….

Kata kata semangat aku kalungkan dalam setiap perkhabaran aku kepadanya..doa kudus aku acap panjatkan kepada MAHA PENCIPTA agar dia mengecapi kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat….agar hatinya tenang meneruskan sisa kehidupan yang masih berbaki….doaku untukmu agar senyum sentiasa terukir di bibirmu lantaran mencoretkan sedikit kegembiraan dijiwamu….

Kelak aku bertambah risau dan gundah…lelaki yang dicintainya sudah mengetahui apa yang sebenarnya yang dirahsiakan……YA ALLAH….lelaki itu tidak kuat untuk menerima semua ini…hanya padaMu aku panjatkan doa agar kau selamatkan dua insan ini daripada sebarang mehnah dan perkara yang tidak diingini…..di saat ini sepatutnya mereka gembira menikmati kehidupan setelah berhempas pulas berjuang dalam kehidupan mereka…..

Kerisauan dan kegundahan menghimpit aku bimbangkan mereka nun jauh di sana….aku tidak bersama mereka yang saban hari dapat mernung ke dalam diri mereka apa yang berlaku…..aduh…rasa serba salah yang amat sangat…Ya ALLAH…..kami akur dengan ujian Mu ini…berikan kami kekuatan agar kami tidak rasa putus asa akan adaNya Kau di sisi kami…..Sabarlah….satu masa nanti….aku akan kembali ke sisi mu dan akan aku cipta dunia kecil ku sendiri bersama mu…akan aku pastikan kegembiraan dan kebahagiaan bersama mu senantiasa….amin………………InsyaALLAH…..

::~ 6 Bulan Sudah Berlalu ~::



Lama sangat sudah tidak menaip….terlalu banyak tugasan dan amanah serta projek projek yang perlu dijalankan sehingga terlupa menconteng lukisan kehidupan dalam lembaran ini…..Lama sudah berlalu….sudah hampir 6 bulan rupanya aku berada di bumi BORNEO ini…terasa sekejab sahaja…rasa baru naek van dengan Adeng bersama sahabat aku yang lain ketika pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Pitas ini…

6 bulan ek…huhu….macam macam sudah berlaku….mengenali banyak manusia yang jelas dan nyata mempunyai peel dan sikap yang cacamerba untuk bawaan masing2 dan bagaimana mereka mengharungi kehidupan…aku dengan cara aku yang bila orang tnya aku akan jawab “AKU OK JAK BHA….” Hehehe……Cuma terkadang terfikir dan memikir akan apa yang telah dan sedang berlaku di sekeliling…..tidak biasa membuat tafsiran terhadap manusia hanya lebih suka memerhati berbanding menilai apa yang tersurat…barangkali ada yang tersirat yang masih di Luh MahfuzNya….huhu….

Setelah 6 bulan….berada di perantauan ianya memerlukan aku untuk berdikari secara total dan berdiri dengan kaki aku sendiri tanpa mengharapkan pergantungan kepada orang lain…jika dulu masa belajar kita boleh ajak kengkawan seperjuangan..wei jom pergi Sogo, Jalan Tar, Putrajaya!! Beruuuuuuuuuuuummmm!! Nek motor EX5 aku tu dengan pian….hehe…tapi kehidupan di alam pekerjaan jauh lebih berbeza dengan campus life….haha…sekarang belajar urus kewangan sendiri….merasa gaji atas titik peluh setelah berhempas pulas “memanusiakan manusia” di dalam bilik darjah dan apa yang penting sudah perlu untuk memikirkan masa depan masing masing…memikirkan kemana harus dikemudi bahtera ini agar senantiasa berada di bawah naunganNya…

Bermacam macam orang kita jumpa kan dan we learn to adapt and deal with all types of people as we go through our life….Ada orang begini…ada orang begitu..ah!! cukup mudah kita menilai manusia kan…sedangkan bak kata dalam cerita DONUT tu….”1 jari tunding ke arah orang./….4 jari lagi ke arah kita”….nauzubillah…moga terlindung daripada manusia manusia seperti dalam tafsiran surah As-Saf itu….besar kecelakaan kepada manusia seperti ini…..biasalah tu manusia…asam garam dalam kehidupan…warna warni..kalau nak semua warna hijau kesukaan aku jak…tak boleh lah..kena juga ada warna merah, hitam, biru, kuning dan sebagainya….baru best….ingat dalm diri….bukan kita sorang sahaja yang betul kat dunia nie….give and takes really important to make our life smoothly…huhu….
Nie nak habaq mai….banyak jugak perkara yang masa belajar dulu aku tak buat sekarang aku dah mula buat…haha…macam macam….tak kiralah negatif atau positif…biasalah manusia….huhu…kalau dulu tak pernah nak tendang bola coz maen bola adalah sport yang paling bahaya bagi aku dah aku try maen…penat memang lah penat..tak kiralah kaki bangku ke….kaki kerusi ker..dapat jak bola kasi tendang saja bha….men badminton pulak dulubaru nak belaja turun..ini jam...ada jer peluang aku turun maen dengan ustaz -ustaz dan cikgu-cikgu kat sini....huhu...layan jak....

Malam plak..kalau tak maen badminton kat Pitas...aku lepak dengan housemate kesayangan aku yang dua orang tu....huhu....budak baik dua orang tu..maka jadi lah baik sikit  aku nie...huhu..kalau tak..pasti hanyut dengan dunia yang penuh dengan fatahmorgana ini..menunggu mangsanya untuk dibaham ditelan meenjadi hamba hamba dunia...hurm...banyak aku blaja dengan mereka berdua nie....huhu..... kami masak, solat sesama neok citer pahtu ketawa macam tutttt...haha....seronok bha.....moga tergolong dalam orang yang bersyukur......insyaALLAH.....

Setiap minggu plak.......pasti ada program Usrah bersama-sama ustaz kat sini...seronok...kami berkumpul dapat berkongsi sedikit ilmu dengan mereka...menariknya...setiap minggu ada rumah akan diamanahkan menjadi Tuan Rumah untuk mengendalikan majlis dan apa yang penting menyediakan santapan untuk seisi ahli usrah selesai sahaja program.....best kan?? Time gaji keluar dan nak buat bayaran untuk segala tuntutan kami keluar ke Kota Marudu.....nak best sikit pergi Kota Kinabalu..shoppinglah sebelum masuk semula ke Pitas/Pinggan-Pinggan......begitulah rutin aku dan kebanyakan rakan rakan yang lain yang ada di sini......

Apapun tetap bersyukur dengan segalanya...Amin.......BOLEY BHA KALAU KAU!!!!

Thursday, July 7, 2011

Selesai Sudah Temuduga SPP

Alhamdulillah.......beberapa hari yang lalu....5 hb Julai 2011 tarikh agak mendebarfkan bagi aku coz masa tu ada temuduga di Kudat....Permohonan aku untuk memohon jawatan DG 41 iaitu PPPS yang hakiki iaitu Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah....aku tak keseorangan coz member seposting dengan aku....Naz dari Dalas dan Baihaqi dari Kesagaan juga ada interview pada hari yang sama....

Selesai semuanya..setelah berhempas pulas baca mana yang terpatut..huhu..masuk jak bha dalam dewan temuduga tu...membebel lah selama sejam..mana yang tahu tahulah..mana yang tak tahu tu main hemtam berilmu jak lah....kelakor ada....agak pening jugak memikirkan pasal temuduga tempoh hari....walau dah lepas..tapi penemuduga tu memang kene yang kakki teori agaknya..habis teori dia tnya semua...aku nie dah lama tak study..so...kepala otak jem lah sikit....
Antara soalan soalan yang lucu aku kene..haha.....napa nama awak hazwan...bukan khairi....huhu...aduh....hok tu pon demo nok tnyo....huhu...kawe royak lah apa yang patut....dia tak puas hati jugak..haha..nak dia jerk yang betul...wawawa.....

Tapi takpa...selesai sudah...aku puas hati....moga lulus dan moga dipermudahkan untuk melangkah ke peringkat seterusnya....insyaALLAH...,.


Alhamdulillah...Aku SUDAH DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP..huhu...baru dapat surat baru baru nie...terima kasih semua kepada yang mendoakan.....penat kena hentam dalam dewan temuduga pon aku tak kisah....asalkan lulus....alhamdulillah.....