Tatkala ini...alhamdulillah...aku dan seluruh umat islam yang masih lagi menghirup udara segar kurniaan Ilahi diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan...malam tadi pertama kali aku terawih di bulan ramadhan di negeri orang..nun jauh daripada hiruk pikuk kesengsaraan fatahmorgana dunia.....Pitas....huhu....Malam itu juga sementara menunggu pengumuman untuk Puasa daripada televisyen....kami dikhabarkan dengan pemergian seorang iaitu datuk kepada salah seorang guru di sini...
Entah kenapa...berita kematian itu walau aku tak kenali insannya....namun membuatkan aku terfikir dan memikir tidak kesempatan arwah untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini...sudah dijemput menghadapNYA....Ya Allah....segala kuasa jelas hanya pada Mu....Namun..kita...aku dan insan insan lain yang bernama manusia sering lupa dan lalai dengan deras arus dunia yang tiada penghentinya.......ah.....tabahkanlah hati hambamu ini.....
Apapun....bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk beribadah...peluang untuk bertaubat....peluang untuk memperbaiki diri...dan apa yang penting menjadikan ramadhan kali ini sebagai platform dan landasan utama untuk melakukan sesuatu perubahan....insyaALLAH...Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga. Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar....
Justeru aku ingin hilangkan kehausan dan kedahagaan aku selama ini....ingin aku akhiri segala impian dan cita cita yang terbuku selama ini dengan penterjemahan fi'li yang hakiki bukan hanya ak'li semata mata....Bak kata ustaz tu pada aku suatu ketika dulu..."Wan....ingat pesan ustaz....kau perlu berusaha lebih....kau tak macam orang lain....nak diibaratkan...kalau orang solat 100 rakaat kau perlu buat 200 rakaat...kau perlu usaha dua kali ganda daripada orang itu..."......terpana dengan kata-kata ustaz itu....tapi aku jadikan sandaran untuk aku berubah kepada yang lebih baik...amin.....
Di bulan yang Barakah ini ayuh perbaiki diri kearah daerah
yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan
ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya aku seorang yang mudah terbakar namun selepasnya aku perlu menjadi seorang yang
sabar, jika sebelumnya aku seorang yang kedekut tetapi selepasnya
segala sumbangan aku sambut, dan jika sebelumnya aku seorang pembuat
maksiat namun selepasnya aku ingin menjadi seorang ahli ibadat....insyaALLAH
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.."Allahumma Ballighna Ramadhan. Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "

slmt berpuasa a.wan. may Allah bless us :)
ReplyDelete