Thursday, July 28, 2011

:: ~ HARI INI AIR MATANYA MENITIS LAGI ::~


Sudah lama tidak mendengar suaranya…..rindu padanya tidak terkata.......

Sudah lama tidak mendengar hilai tawanya...........

Sudah lama tidak bermanja dengannya.....

Hanya berkirim sms setiap hari tanda kasih dan sayang padanya yang mengunung tinggi…Hari ini terpanggil untuk mendengar suaranya untuk mengubat kerinduan di hati…..

Lama jugak berborak dengannya…….banyak perkara yang diceritakan untuk dikongsi bersama….dengan tidak semena-mena hilai tawa kami mengubat kerinduan bersilih ganti dengan air mata dan sedu sedan…..diri ini tidak mengerti apa yang terjadi kerana aku terlalu jauh untuk memahami penderitaan yang di alaminya….

Sayu hati mendengar tangisannya…tiada kata terlafaz untuk mengungkap penderitaan yang di alami….Ya ALLAH kuatkanlah Dia…andai utara dan selatan itu mampu bergabung…malam dan siang boleh bersatu...akan aku gagahi bertemu dengannya….walau di mana aku berada….Aku tahu apa yang dialaminya….tetapi aku tidak cukup kuat untuk memahami hati seorang perempuan…terlalu banyak yang terpaksa yang dirahsiakan daripada lelaki yang amat dicintainya..bimbang lelaki itu tidak kuat mendengar sebuah perkhabaran yang datangnya tidak pernah diundang dan hadirnya dinatijahkan tidak sama sekali….

Hanya aku menjadi teman dia berbicara untuk mengubat jiwa serta kegundahan yang saban hari menghimpit dirinya…..YA ALLAH kuatkanlah dia untuk menghadapi mehnah mu ini…..andai ada kebahagian yang ingin Kau curahkan kepada hambaMu..maka aku merayu kau berikanlah kepada dia agar dia tahu Kau masih bersamanya….
Atas apa yang berlaku…aku harapkan tidak akan berterusan…tidak sanggup untuk melihatnya terus sedih bermuram durja menantikan sebuah jawapan yang tidak pasti…jadi semampu mungkin dalam setiap sms dan percakapanku…akan aku cipta seribu satu kegembiraan untuk menghiburkan hatinya yang gundah itu….biarpun tak sempat aku kongsikan apa yang aku alami padanya…tapi aku puas melihatnya tersenyum dan gembira tatkala bersama dengan aku…..sayang, cinta,kasih dia melebihi diriku sendiri jua kerana ALLAH….

Kata kata semangat aku kalungkan dalam setiap perkhabaran aku kepadanya..doa kudus aku acap panjatkan kepada MAHA PENCIPTA agar dia mengecapi kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat….agar hatinya tenang meneruskan sisa kehidupan yang masih berbaki….doaku untukmu agar senyum sentiasa terukir di bibirmu lantaran mencoretkan sedikit kegembiraan dijiwamu….

Kelak aku bertambah risau dan gundah…lelaki yang dicintainya sudah mengetahui apa yang sebenarnya yang dirahsiakan……YA ALLAH….lelaki itu tidak kuat untuk menerima semua ini…hanya padaMu aku panjatkan doa agar kau selamatkan dua insan ini daripada sebarang mehnah dan perkara yang tidak diingini…..di saat ini sepatutnya mereka gembira menikmati kehidupan setelah berhempas pulas berjuang dalam kehidupan mereka…..

Kerisauan dan kegundahan menghimpit aku bimbangkan mereka nun jauh di sana….aku tidak bersama mereka yang saban hari dapat mernung ke dalam diri mereka apa yang berlaku…..aduh…rasa serba salah yang amat sangat…Ya ALLAH…..kami akur dengan ujian Mu ini…berikan kami kekuatan agar kami tidak rasa putus asa akan adaNya Kau di sisi kami…..Sabarlah….satu masa nanti….aku akan kembali ke sisi mu dan akan aku cipta dunia kecil ku sendiri bersama mu…akan aku pastikan kegembiraan dan kebahagiaan bersama mu senantiasa….amin………………InsyaALLAH…..

No comments:

Post a Comment