Showing posts with label Rintihan. Show all posts
Showing posts with label Rintihan. Show all posts

Saturday, February 22, 2014

Selamat Berbahagia Hingga Akhir Hayat

Syukur alhamdulillah....kami sekeluarga amat tenang dan bahagia mendenagar bahawa kamu sudah bernikah...alhamdulillah dan kami panjatkan kesyukuran kerana walaupun keluarga kami hanya orang biasa namun sedikit sebanyak kami harap doaku dan ibu serta ayah ku agar kau bertemu jodoh setelah apa yang berlaku terkabul juga...

Sebelum kau berangkat meninggalkan kami hari itu.....pastinya sebak di dada kami kerana apa yang kita rancangkan rupanya ada perancangan yang lebih baik untuk kita berdua...maaf atas segala kesalahan dan keterlanjuran keluarga kami selama ini...semoga kau bahagia mengemudi alam rumahtangga bersama orang yang tersayang....sedaya mampu mungkin kita menjaga perhubungan ini...namun andai suratan sudah tertulis....kerana jodoh itu rahsianya...

Apa yang berlaku akan dijadikan pengajaran...itu semuanya ada hikamh dan tidak perlu dipersoalkan mengapa ianya tidak terjadi disebalik perancangan manusia..kerana sesungguhnya perancangan Dia lagi Maha Hebat....kerana dia MAha Mengetahui...aku bersyukur kau bertemu jodoh kerana itu sudah janjiku....mungkin aku tidak dapat memaafkan diriku andai sehingga ini kau masih belum bertemu jodoh...aku menjadi orang yang paling gembira apabila ibu memberitahu kau akan bernikah...amin...sujud syukur ku mendengarnya...

Orang sekeliling mempersoalkan bagaimana kisah ini bermula dan orang juga tertanya mengapa kisah ini berakhir sebegini...namun hanya kita berdua mengerti dan memahami perlunya keputusan ini dilaksankan walau telah mengguris ramai pihak...tidak mengapalah...namun kesan diakhirnya aku dan kamu berpuashati...
selamat Berbahagia Hingga Akhir Hayat...



"SOMEBODY JUST CAN STAY IN YOUR HEART NOT IN YOUR LIFE"

THERE IS ALWAYS SILVER LINING IN THINGS IN YOUR LIFE

Friday, November 1, 2013

Cintaku kerana AgamaMu


Tidak diketahui adakah ini hanya mainan perasaan...atau adakah bisikan syaitan...tetapi semakin hari semakin aku cuba ingin mengenali dan mengetahui mu apa ada nya....

Semenjak kali pertama kau melangkah ke bumi waqafan ini....hati ini berdebar untuk mengenali mu...walau aku tidak pernah bersua dan berbicara tak aku ketahui perassan gila apakah ini yang sedang melanda dan semakin hari semakin menebal perasaan ini...

Lantas ku panjatkan doa..padaNYa...

"Andai ada jodoh antara kami...mohon rapatkan hati kami dalam cara yang diredhai
namun andai perasaan ini ialah mainan syaitan...damaikanlah hati ini dan jauhkanlah dengan cara yang baik"

Aku tidak mudah untuk meluahkan..bukan kerana ego..tetapi aku dididik dan punya prinsip yang insyaALLAH yang aku pegang dari sekolah lagi...tidak mahu mudah melafazkan cinta kerana bimbang natijahnya negatif, akan membuatkan sedih dan bermuram durja..cukuplah hanya ALLAH yang mengetahui perasaan ini...dan biarlah bila masa dan ketika betul masanya..ia akan hadir juga walau bagaimana pun cara dan siapa pun dia....

Ustazah Fatimah Syarha pernah membahaskan isu ini...biarlah orang lain..yang penting kamu...banyakkan "MENJADI" daripada "MENCARI"...Have Faith in ALLAH..insyaALLAH akan hadir orang yang seiiring dengan mu seperti kamu juga...

Memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelum ini juga merupakan satu USAHA ke arah mendapatkan jodoh yang baik...banyak orang kata kene USAHA kene USAHA...hati ini damai dengan ketetapan tatkala ini masa ini dan detik ini MEMPERBAIKI DIRI dan banyakkan MENJADI adalah sebagai satu usaha..amin...mohon keberkatan daripadaNya..moga berubah semata mata kerana ALLAH...

Pagi ini sempat mendengar kuliah "CINTA HIGH CLASS di youtube...ahli forum pasangan bahagia Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi....cukup seronok mendengar kuliah itu....mudahan bermanfaat ilmu yang diperoleh secara maya ini....

InsyaALLAH....sempena maal hijrah ini..moga azam dan ketetapan ini mendapat manis akhirnya...
Mudahan kesabaran itu ada manisnya...

Bukan Menafikan Fitrah...Namun tidak Mahu tertipu dengan apa yang dinamakan Fitrah
Dan berusaha semampu mungkin untuk Tidak mahu menjadikan Fitrah yang suci ini satu fitnah...nauzubillah
Mungkin diri tidak punya ilmu yang banyak sangat jahil..tetapi insyaALLAH moga untuk perkara ini...kita tetap terus kuat...

Andai empunya diri entah dimana ia berada, membaca membaca artikel ini...

InsyaALLAH akan aku perbaiki dan persiapkan diri semampu mungkin
Wahai Allah yang mencipta CINTA..aku tangguhkan dulu hasrat ini untuk aku melakukan perkara yang lebih penting iaitu memperbaiki diri agar menjadi hambaMu yang taat
Tidak mahu meluahkan apatah lagi mengajak mu bernikah sedang diri masih terumbang ambing
Sedang kapal ku masih belum terbina..yang ada hanya sampan yang masih kukuh berdiri..
Andai satu masa nanti, diri sudah betul betul bersedia akan aku carimu dan sunting mu menjadi pendamping hidup ini...namun andai kau sudah dimiliku tatkala itu..insyaALLAH moga ALLAH gantikan yang lebih baik...allhumma amin...
Aku hanya insan biasa namun aku ingin bina "CINTA HIGH CLASS" bersama mu...
dan Aku mencintaimu kerana agama dan akhlak yang ada padamu.....
Moga azam ini kekal tersemat dihati sehingga nafas yang terakhir untuk menjadi hambaMu yang Soleh

4 CIRI UTAMA CINTA HIGH CLASS (Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi)

  • cintamu kepadanya mendaulatkan ALLAH sebagai prioriti utama
  • cintamu kepadanya hanya kerana ALLAH
  • cintamukepadanya bermujahadah melawan hawa nafsu
  • cintamu kepadanya dan hambluminnas seiring dan sekata


"Sesiapa yang kahwin kerana nak menjaga diri dia, agama dia, Allah Taala akan bantu, wajib Allah Taala membantunya. Jangan risau, tapi dengan syarat dia kahwin bukan nak seronok semata-mata. Memang dia kahwin untuk menjaga diri dia, waktu tu dia akan ada rasa tanggungjawab." (prof muhaya)

Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jofree

" Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, 
anggap sahajalah tidak ada kebaikan "


Antara ciri2 Wanita /lelaki yg baik :
-Tak akan berpanggilan sayang/abang/ dan lain2 dengan yg belum halal baginya.
-Tak akan keluar berdua-duaan dengan yang belum halal kerana ia akan membuka pintu zina.
-Tak akan mudah percaya janji manis lelaki /terima cinta lelaki kerana menjaga hatinya untuk yang halal.
-Tak akan mudah goyah dengan kecantikan duniawi kerana tahu ia sementara.




Saturday, August 31, 2013

Teruskan Mujahadah Semut Kerdil

Jika benar ingin berubah;

Mohon hidayah, cari ilmu, fahami, hayati dan terus amalkannya. 

Wajib gigih bermujadah dan istiqamah. Dan sentiasa berdoa. 

Jangan lupa bersama guru, berdamping dengan sahabat sealiran, duduk dalam lingkungan yang baik, dan hadiri program-program amal.


Teruskan perjuangan kamu wahai diri....ini bahagian  kamu dalam kehidupan...tetap terus redha dan bersyukur atas apa yang dimiliki namun jangan dikesalkan tidak sama seperti orang lain..nescaya dan insyaALLAH hati akan menjadi tenang

Tuesday, August 27, 2013

Setitik Tinta Ingin Diluahkan


Sekian lama sudah tidak diupdate di blog ini...sepi dan rasa berdosa kerana meningggalkan minat yang telah sekian lama ditinggalkan....terlalu lama tidak menulis...terlalu lama tidak melemparkan tafsiran pada dunia...mungkin blog ini akan terkubur begitu sahaja..namun semakin hari semakin rasa diri ini terlalu gelap dan perlunya booooooost diri sendiri demi memaknakan sebuah kehidupan.


Dik kerana kesibukan tugas dan menunaikan amanah ALLAH yang seringkali dipermainkan membuatkan hampir lena dibuai arus dunia...suatu ketika dulu hamparan ini menjadi teman sejati untuk menjadi terus kuat dan terus kuat menghadapi minhah dan mehnah daripada NYA.....


Hari ini terdetik untuk kembali aktif bukan untuk menunjukkan betapa tingginya ilmu yang cetek ini namun untuk mengabdikan seberapa banyak ilmu supaya menjadi suber rujukan dan inspirasi insan hina ini sehingga titisan nafas terakhir...INSYA ALLAH...amin....

Sunday, October 14, 2012

Kesilapan Kepada Kedua Ibu Bapa

Alhamdulillah dalam kesibukan seminggu dua nie....masih diberi kesempatan untuk mendengar sedikit pencerahan dan perkongsian ilmu dari Ustaz Ahmad Dusuki TV9...syukur dengan adanya internet di hujung jari boleh dapat makanan rohani secara maya....maklumlah duduk di perantauan nie betul-betul rohani nie perlu belaian dan makanan agar tidak mudah lena dan alpa...nauzubillah...mudah mudahan mendapat bekalan dalam kehidupan pada masa akan datang

Tazkirah ini cukup memberikan aku pengajaran dan tunjuk ajar bahwa selama nie banyak dah kesilapan dan tingkah kata yang pada dasarnya kita anggap biasa...namun dianggap dosa dalam agama Islam...huhu....map mak ayah....kesilapan yang kadang kala kita tidak sedar rupanya kita sudah menyinggung perasaan mereka berdua....nak nak anak lelaki cukup besar tanggungjawab sama telah atau belum berkahwin...berbanding dengan seorang perempuan...

Perkongsian untuk diri sebenarnya..mudah mudahan ingat mantap terus lekat di dalam hati wahai diri yang hina dan lemah...
..................................................................................................................................
(check it out)

Secara umumnya terdapat tiga tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu dan bapanya......tiga fasa kehidupan ini akan dilalui oleh setiap insan bernama manusia (jika umur pnjg) dan di setiap fasa kehidupan ini banyak kesilapan yang telah kita lakukan kepada mereka.....sama sama kita renungkan.....

Kesilapan sebelum berumahtangga
Satu fasa apabila bermulanya hidup bani Adam...tatkala sudah boleh membezakan mana yang baik dan buruk dan telah baligh sebelum seseorang itu bernikah atau berumah tangga.
  • meninggikan suara dan berkata perkara yang menyebabkan mereka tersinggung dan sedih
  • membiarkan ibu bapa menangis di atas perbuatan dan kesalahan yang telah sengaja kita lakukan kerana keegoan kita sendiri
  • perlunya kita menjaga luaran dan dalaman mereka....dalaman bermaksud hati mereka perlu dijaga sejaganya...ibarat menjaga sebuah permata yang amat kita sayang lebih dari diri kita sendiri
  • "memalingkan wajah" dan tidak melakukan perkara yang mereka suruh
  • ketika kita berkata dengan mereka kita tidak memandang wajah mereka..Ya ALLAH...kadang-kadang buat sokmo benda nie...
  • Memasamkan muka dan tidak bertegur sapa dengan ibu bapa..selalu buat masa kecik dulu.....sory mak ayah
  • Jangan mendahului mereka...sehinggakan makan tidak mengajak mereka atau mendahului mereka juga boleh dikira kesalahan kita kepada mereka
Kesilapan selepas berumahtangga
Satu fasa kehidupan di alam dewasa...orang lelaki memikul tanggungjawab yang besar kerana mereka perlu menjaga 4 HATI..ibu dan bapa mereka dan ibu bapa mertua kerana selepas berkahwin ibu dan ayah mertua juga menjadi tanggungjawab seorang suami...berbanding seorang perempuan selepas berkahwin perlu menjaga 1 HATI iaitu suaminya sendiri....
  • memilih pasangan hidup yang ibu bapa mereka tidak redha...
  • membiarkan ibu bapa sendirian di kampung sedangkan kita berseronok dengan pasangan kita
  • sekiranya ibu bapa tinggal di dalam satu rumah jangan jadikan mereka hamba seperti membasuh pakaian, memasak untuk kita, isteri dan anak anak kita sendiri
  • elakkan bertengkar dengan pasangan/adik beradik di hadapan mereka
  • sekiranya tinggal berasingan pula jangan tidak menjenguk atau bertanya khabar kepada mereka...sehingga ibu/bapa terpaksa menelefon bertanyakan khabar....Shiekh Ahmad Ghazali berkataa..jika ada ibu bapa yang mulakan bertanya khabar kepada anak mereka...di dalam agama sudah dianggap menjadi satu kesalahan oleh seorang anak itu..nauzubillah
  • menambah dan menceritakan beban kewangan kita kepada mereka...perbuatan ini akan meyesakkan dada mereka dan membuatkan mereka risau.....kecuali hingga sungguh terdesak..
  • bercakap dengan mak ayah kasar dengan pasangan bukan main lembut pijak semut pun tak mati..
Kesilapan selepas mereka telah tiada
Ustaz Ahmad berkata selepas ketiadaan mereka kita masih membuat kesilan terhadap mereka...masih membuat kesalahan pada mereka...
  • tidak mendoakan mereka......
  • bersedekah boleh niatkan atas nama mereka..supayaa tersambung pahala mereka
  • melangsaikan hutang mereka berbanding merebut harta pusaka
  • berdendam dengan ibu bapa..sering mengungkit kesalahan mereka
..................................................................................................................................

Banyak kesilapan pada mereka...the apple of my eyes...hatta duduk di perantauan nie pon kadangkala takut takut tersalah bergurau dengan mereka dalam telefon sehingga mengguris hati mereka....adeh..nauzubillah....semoga terus memperbaiki diri dan menjadi anak yang soleh..sayu dengar doa yang dibaca oleh ustaz tersebut..

"Ya ALLAh ya Tuhan kami ampun kan segala dosa dosa kami...dasa besar kami dosa kecil kami, dosa yang sengaja dan tidak sengaja kami lakukan Ya ALLAH...
Ya ALLAH ya Tuhan kami izinkan bibir kami mengucapkan kalimah Lailahaillah Muhammad Rasulullah...jadikanlah kami hamba hamba yang soleh.....terimalah amalan suratan kami ya ALLAH....masukkanlah kami dalam syurga firdaus Ya ALLAH..

Ya ALLAH, ampunkan lah segala dosa kami khususnya dosa kepada kedua ibu bapa kami ya ALLAH...dosa kami pernha menyinggung hati, meninggikan suara...menengking...dosa kami melihat air mata lesu di mata mereka...kami tidak sengaja melukakan hati ibu bapa kami yaALLAH.....ampunkan lah kami ketika itu...andai kerana dosa dosa ini menyebabkan kami terus diuji di muka bumi...andai kerana dosa dosa ini yang menyebabkan Kau berpaling pada kami Ya ALLAh...andai kerana dosa dosa ini ampunkanlah kami....kerana kami hamba Mu dan Kau Rabb kami Ya ALLAH" amin.............................

P/S....tanamkan azam wahai diri untuk mendidik diri sebaiki umat yang taat kepada ibu bapa....Mak Ayah ampunkan angah kerana banyak telah melakukan kesilapan pada kamu berdua =(...amin.... 


Saturday, March 24, 2012

Hanya Kau dan Aku Mengetahui Kepada Siapa dan Daripada Siapa Ia Ditujukan

"Betapa banyak Allah menyokong kau dalan setiap lingkah perjalanan kehidupan mu sebagai tanda untuk menyahut doa mu siang dan malam"

"Betapa banyak ALLAh tunjukkan yang Dia ada bersama kamu di setiap ceruk dan ruang lingkup dan nafas kehidupanmu"

"Betapa banyak ALLAH sudah bagi hint bahawa kamu boleh berubah kepada yang lebih baik daripada sebelum ini dan apa yang penting kau masih lagi boleh berubah selagi pintu taubatNya masih lagi terbuka"

"Betapa banyak kejadian dalam hidup mu yang menunjukkan bahawa kamu juga insyaALLAH akan terdiri daripada kalangan mereka"

"Betapa ALLAH sentiasa mendengar setiap rintihan dan apa yang telah kau lalui selama ini kerana Dia yang menciptakan ujian untuk menjahit tikar sajadah yang mungkin semakin hari semakin sirna"

"Betapa dalam setiap lipatan kehidupanmu kau dipertemukan dengan sahabat, kawan, teman yang di kalangan orang baik baik dan punya fikrah seagama denganmu"

"Betapa ALLAH cukup menyayangi mu dengan memberikan setiap kunci dalam saat untuk kau bertemu jawapan dalam persoalan ini namun kau masih belum berjaya untuk membuka pintu itu menggunakan banyak kunci yang telah diberikan...."

"Betapa ALLAH telah merawat jiwa mu dengan tidak mempedulikan rupa parasmu, siapa kamu...namun yang dilihat takwa mu dan bagaimana kamu menjaga hubungan denganNYA, manusia dan alam sekeliling"

"Betapa ALLAH sentiasa melihat usia usaha mu biarpun jatuh bangun lah semula...jangan terpedaya dengan hasutan syaitan yang inginkan kamu terus dalam lembah kesesatan"

"Betapa ALLAH pasti menghitung usahamu walaupun jihad ini terlalu sukar untuk ditempuhi andai tiada iman dalam dada...lantaran kamu perlu yakin bahawa ALLAH tidak akan menguji seseorang jika dia tidak mampu menanngungnya...andai di mata manusia meronta tidak mampu ALLAH tahu caturan yang lebih baik"

"Betapa itu kamu sebagai manusia berstatus HAMBA perlu yakin....Dia datangkan ribut petir dan banjir ditengah tengah panas kerana DIA ingin memberikan pelangi yang sangat indah suatu hari nanti...insyaALLAH"

Betapa kau perlu tahu Hanya Kau dan Aku Mengetahui Kepada Siapa dan Daripada Siapa Ia Ditujukan
Amin.................

Sunday, February 19, 2012

Entri Tidak Bertajuk

Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak. Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diri menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?

Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh ALLAH? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?

Malam ini…termenung seketika di hadapan laptop ….tangan terasa menari nari untuk mencoret segunung kata kata yang terbuku di hati yang mungkin tidak dapat diluahkan pada tempat yang sepatutnya…namun Alhamdulillah ALLAH ada sebagai sumber utama tempat mengadu..pengaduan pada manusia lantaran akan membuat bermacam macam konspirasi dan spekulasi yang entahkan tidak dan entahkan betul…bukan tidak percaya pada manusia namun kadangkala diam lebih baik daripada bertempik berkata-kata…..penyelesaiannya….‘Hasbunallah wani’mal wakil‘ (QS. Ali Imran: 173)…

Kadangkala dalam kehidupan nie kita banyak melakukan perkara untuk membahagiakan orang lain sehingga kadangkala kita jarang mengambil kira perkara yang akan membahagiakan diri kita sendiri..betul tak…walau macam mana pon kita sebagai manusia…tidak terlepas kita akan melakukan perkara yang akan menyenangkan orang di sekeliling kita….huhu..itu common or lumrah kehidupan sebagai manusia yang sentiasa perlukan sokongan dan harapan…


Kadangkala ada orang cakap….kau kau…aku dengan cara aku….dan ada yang juga mengatakan aku nak buat apa yang aku suka hal dan perasaan orang lain aku tak heran…huhu…bermacam macam kerenah sekeping jasad bernama manusia…tetapi bila kita renung sejenak bila melibatkan perasaan orang yang paling kita sayang di dunia dan akhirat..maka kita wajib akur dengan kehendak tersebut walupun kadangkala bukan dengan kerelaan kita secara hakiki…
Namun..jangan bimbang…. tenangkan hati dengan kata kata pujangga dan puitis dodoian manusia tetapi dapat meningkatkan semangat dan memupuk cinta pada harga sebuah redha…
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..


"Moga keputusan dan ketetapan ini yang terbaik untuk semua insan yang mengetahui dan tidak mengetahui…..apa pun natijahnya….segalanya diserahkan kepada yang Maha Berkuasa setelah doa dan harapan diadukan padaNYA..Amein…

Apa yang membanggakan..ku dengar suaranya sudah tidak bermuram durja menunjukkan dia sudah tenang dan redha denganku…mendengarnya sudah boleh tersenyum dan tidak risau akan diriku sudah cukup menenangkan aku di sini.tiada apa yang lebih mmebahagiakan tatkala dia menjadi seperti sebelum ini…tidak mahu dan gentar mahu menyakitinya kerana syurgaku ditentukan olehnya….

P/S….Kita tidak mengerti apa yang direncanakan olehNYA….namun insyaALLAH mungkin ini yang terbaik dan ada hikmah di sebaliknya..moga bahagia akan menanti di penghujungnya…ALL IS WELL..INSYA-ALLAH......

Ayat daripadaNYA memantapkan lagi akan harga sebuah redha pada apa yang diberikan daripada Ilahi…
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216.

-Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala’l-haqq
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi. 

Cinta-Mu ingin selalu dekat dalam hatiku, cintanya adalah inspirasi yang bertaut dalam fitrah-Mu... Padang pasir duniawi menjerluskan kakiku melangkah di pasir yang berbutir mempesona. Ya ILAHI, bantulah daku bangkit dari lompang dan cela dunia ini. Bersama cinta-Mu dan cintanya agar ia menjadi bagai benteng kekuatan menghunus di lembah pasir yang kelam dan dalam..Pimpinlah Aku dalam kalimah LAILAHAILLAH di akhir pengembaraan ini. Amein.”

Sunday, January 29, 2012

Alangkah Indahnya Hidup Ini

Malam ini...hati terusik.....hati terdidik....terasa hati ingin dibelai oleh kasih sayang kekasih ALLAH...terasa ingin berjumpa dengan kekasih Allah dan mengadukan segala pa yang dialami selama ini....seperti ingin dilontarkan segalanya agar mendapat segala jawapan yang dilemparkan kepada aku selama ini.....

Kadang kadang terfikir dan memikir ke mana arah dan hala tuju kehidupan ini akan membawa aku pergi...di sebalik setiap mehnah dan minhah...membawa menjunam kan dikiran aku agar mencari satu solusi demi solusi supaya terjawab segala persoalan selama ini...

Malam ini layan lagu Alangkah Indahnya Hidup ini...terusik hati mendengar bait dan senikata lagunya...beruntung sangat buat siapa yang berpeluang untuk melihat, bersama berjuang atau hidup di zaman Kekasih ALLAH ini....subhanallah.....

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenganganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu.

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Kutahu cintamu kepada umat
"Ummati ummati"
Kutahu bimbangnya engkau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Terimalah kami sebagi umatmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kurniakanlah syafaatmu
Dihayati bait demi bait...buat insan yang mengerti dan dimengerti pastinya boleh melahirkan air mata...

P/s Salam Maulidur Rasul...moga dipermudahkan ALLAH setiap segala minhah dan mehnah dan ditunjukkan jalan yang benar...pesan pada diri supaya sentiasa terus dan terus berusaha memperbaiki diri walau kadang kala tersungkur dan terhantuk tempang di tengah jalan....tidak mengapalah..bertatih dikit demi sedikit supaya tiada yang tercicir di tengah jalan....insyaALLAH...ALLAH maha menerima taubat hambanya....


Friday, September 23, 2011

Law Kana Bainana

Kali nie juz nak kongsi sebuah lagu Arab yang entahlah bila dengar dan hayati seni katanya...tertusuk jiwa yang sedang gersang mengharap mardhatillah ini...kalau dengar lagu sorang2..kadangkala boley menitiskan air mata...mungkin sediy mengenangkan dosa2 yang telah dilakukan..terasa sayu mendengar muziknya yang walau agak mendayu tetapi dapat membawa pendengar untuk berfikir dan terfikir akan hakikat Kekasih Allah yang tiada tandingannya....

Law Kana Bainana........Andai Kau (Nabi Muhammad S.A.W) ada di kalangan kami...trentunya aman hidup di dunia ini.....Subhanallah..andai Baginda masih ada di sisi kita tatkala ini pastinya tidak akan ada kerosakan demi kerosakan berlaku dihidangkan di seluruh dunia tatkala ini....pastinya segalanya pasti indah dan hidup terasa penuh keimanan dan ketakwaan .....

Law Kana Bainana...Tentunya pemimpin kita pada hari ini tentunya hidup dan memerintah berlandaskan syariat Islam yang tiada cacat celanya....tidak akan pertelagahan antara pemimpin mutakhir ini...tidak akan ada manusia bertikam lidah mencari "kambing hitam" untuk setiap isu yang merupakan hanya retorik belaka....tidak akan ada lagi isu bertikam lidah sebaliknya bersatu padu memajukan diri masyarakat dan negara dari semasa ke semasa.....

Law Kana Bainana....pastinya tiada kemaksiatan berlaku di setiap pelusuk corong tempat di dunia ini...tiada lagi zina...pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.tiada lagi aurat terdedah sana sini...perempuan semakin menjaga adab dan menjaga batas batas mereka secara total....tiada lagi budaya hedonisme di canang sana sini menjajah fikiran hamba hambanya..nauzubillah....tiada lagi segala macam perkataan yang sinonim dengan kerakusan hawa nafsu yang tidak pernah puas!!

Law Kana Bainan..tentunya tiada lagi penindasan di kalangan umat Islam....tiadalagi penyeksaan umat Islam berlaku di Bosnia....Di Iraq...Di bumi Palestin...tiada lagi teragutnya nyawa hamba ALLAH yang tidak berdoasa kerana terkorban menegakkan nama ALLAH di bumi mereka sendiri....tentunya Islam menjadi sebuah agama dan masyarakat yang paling di segani seantero dunia.....


Law Kana Bainana....ingin aku berjumpa dengannya..ingin aku khabarkan apa yang aku alami..ingin aku adukan apa yang tersurat di sebalik tersurat..ingin aku dapatkan jawapaan untuk segala persoalan yang acap menerjah ruangan fikiran menagih seribu satu jawapan yang tidak pernah kunjung tiba....mengembara dunia mencari ketenangan dalam melayari sebuah hidup bernama KEHIDUPAN.....

P/s Betapa indahnya seorang Kekasih ALLAH ini..walau bersifat maksum namun bibirnya tidak pernah lekang daripada memohon istigfar kepada Allah...Subhanallah hinanya kita sebagai manusia kerdil di bumi waqafan ini......Apa tidaknya....kita manusia yang diciptakan dari setitis air mani yang hina masih bermegah megah menelusuri dunia, ibarat tiada akhirat dan balasan yang menanti setiap tingkah yang dilakukan...mulut tidak pernah dan jarang di basahi dengan zikrullah....bibir tidak pernah basah dalam mengalunkan setiap ayat KurniaaNnya.....macam macam perkara kita terlepas pandang untuk lakukannya....moga moga kita tidak tergolong dalm glongan ini...Amin..........

Sunday, July 3, 2011

Namaku Remaja

Ya ALLAH......."namaku remaja" terlalu abstrak untuk diceritakan......cukup sengit untuk dikhabarkan pada seseorang yang tidak pernah mengerti makna sebuah pengertian......terhuyung hayang mengejar nafsu gelojak dunia yang tidak pernah puas mengonggong manusia agar terus sesat ke lembah penuh kehinaan....

"Namaku remaja" cubalah renung ke dalam diri yang jijik dengan penuh rasa kehambaan."Namaku Remaja" sudah lupa akan siapa pencipta segala langit dan bumi...."Namaku Remaja" sudah lupa ke mana harus di bawa diri..ke mana harus dikemudi diri yang sepatutnya menelusuri ke jalannya......"Namaku Remaja" mengabaikan janji denganNYA semasa di dalam kandungan....bahwa HIDUPku, SOLATku, IBADAHku,MATIku hanyalah kerana ALLAH SWT........"Namaku Remaja" terlalu rapuh sehingga tidak mampu berdiri dengan betul hapus dimamah angin sesepoi bahasa lantaran mengundang ribut murka MAHA PENCIPTA...

"Namaku Remaja" kini lupa tentang siapa diri ini..lupa tentang RAJA segala raja di dunia ini......"Namaku remaja" lupa dan tiada lagi sauh untuk berpaut tatkala betul betul jatuh....."namaku remaja" terlalu taksub dengan diri, kemewahan, ketampanan dan kecantikan sehingga lupa bahwa asal segala insan hanyalah daripada setitis air mani yang sgt jijik dan kotor....

"Namaku remaja" renung diri ini sejenak..apa yang telah dilakukan..apa yang kita lihat dengan mata kurniaanNYA..apa yang kita buat dengan kaki dan tangan hadiah daripadaNYA....apa yang kita buat dengan mulut hasil belas ihsan daripadaNYA...YA ALLAH banyaknya dosa dan titik hitam telah terlukis di hati "namaku remaja".....sedikit sebanyak..semakin hari semakin "namaku remaja" jauh denganNYA....

"Namaku Remaja" kini butuhkan satu batu loncatan untuk terus memperbaiki diri dan tidak mahu lagi terus berpaling ke lembah kemaksiatan....."namaku remaja" perlukan iman dan takwa buat bekalan di dunia juga diakhirat nanti...."namaku remaja" perlu berubah menjadi orang yang lebih baik...."namaku remaja" tidak perlu menjadi USTAZ/USTAZAH....tetapi cukup menjalankan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang diharamkan olehNYA.....cukup itu "namaku remaja".....walau lebih daripada itu lebih baik...namun cukuplah istiqamah dengan yang basic dan asas sahaja dahulu....

Hari ini "namaku remja" melihat wajah yang penuh dengan dosa dihadapan cermin...melemparkan pandangan yang cukup mendalam akan apa yang telah dilakukan selama ini...mampukan "namaku remaja" melaungkan dengan penuh pengertian bahawa AKU PEJUANG ALLAH satu laungan yang penuh pengertian buat yang mengerti tafsiran yang hakiki......"namaku remaja" tidak boleh menyalahkan permata Ayah Bonda sebagai kambing hitam...kelak ditujukan mereka 1 jari kembali 4 jari kepada "namaku remaja"......

"Namaku remaja" ingin menjadi yang lebih baik...bertaubat dan hidup bahagia diceruk mana "namaku remaja" ditetapkan..biar "namaku remaja" mengerti bahawa insan sekeliling lebih baik....namun biarlah berusaha menjadi yang lebih baik dari masa ke semasa.....

Ya ALLAH..permudahkan "namaku remaja"........
Masa Lalu Tak MungkinKan Kembali
Detik Yang Lampau Tak Mungkin Dikupas Untuk Diperbaiki
Masa Akan Datang Alhamdulillah berada Dalam PengetahuanNYA
Namun, Masa ini Perlu Dicanang Untuk Mendidik Diri Menjadi Sebaik Hamba
 
 

Sunday, February 6, 2011

Harapan Masih Mekar Di Hati

Hari ini, 7 Februari 2011, kehangatan semakin terasa….huhu…..ada sahabat Sabahan & Sarawakian sudah bertolak memulakan perjuangan di sana….Fight aku lusa..jadi lambek lagi lah…barang tak kemas lagi…huhu…seluar semua dah ketat…maklumlah dah gemuk balik duduk umah asik in jer….outnya kurang……hahaha….

Semalam duk sembang dengan ayah….
“Ngah…hurm…ayah ada mintak tolong kawan ayah nak pindahkan angah ke Semenanjung” “Walaupun ayah rasa dah terlewat tapi ayah usaha je lah…Esok, kalau ada dapat panggilan apa-apa, kalau dia cakap ngah nak pindah tak ke Semenanjung…ngah cakap “nak” ye…Kalau tak malu plak ayah nanti…ayah dah mintak tolong dia….itu pun kalau dia nak tolong”

“Baiklah ayah..ngah ikut je mana yang baik untuk mak dan ayah..”..Terkejut gak aku…ayah kata macam tu…terpancar sinar harapan di wajah sucinya itu…terpaksalah mengiyakan…huhu…dalam hati berbisik…ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya….
Pagi tadi…..Mak talifon…..huhu…

“Ngah…ada orang call tak setakat nie…cakap pape pasal ngah punya posting…” “Alhamdulillah mak…setakat nie takda..”……..nada aku bersahaja…hehe “Ala ngah..janganlah cakap macam tu…sampai sekarang nie mak masih mengharap semua nie tak jadi” “Baik mak…tapi sekarang nie masih takde lagi…takde orang talipon pape pon…huhu”

Huhu…..hari semakin menunjukkan takdir itu pasti…tapi bimbang tergenggam kemas dalam benak fikiran aku kerana ibu dan ayah masih mengharap semua ini hanya mimpi….Namun aku tetap yakin apaon natijah nya ALLAh dah tetapkan yang terbaik buat aku, ibu dan ayah….huhu…..

P/S…Andai takdir ku ini tidak menyebelahi ibu dan ayah…harapan ku harap2lah mak dan ayah redha akan aku…huhu…tetiba sebak coz teringat cerita Cerekarama kelmarin “Biarkan Aku Menangis…”..huhu..Moga kita semua menjadi anak soleh wa musleh dunia dan akhirat….

Saturday, January 29, 2011

Mak Masih Mengharap Ianya Adalah Khayalan

Semenjak semalam wajah mak sugul sangat....jarang bercakap dengan aku........aku agak sedihlah jugak....insyaALLAH aku yakin aku bukan buat silap...cuma mungkin ibu sedih dan masih belum terima kenyataan akan hakikat yang baru sahaja diketahuinya.....

Dalam pada itu...aku tetap menyiakan semua kelengkapan untuk berangkat 7hb nanti...surat daripada kementerian pelajaran pon baru sahaja sampai dan ada beberapa perkara yang perlu aku lakukan sebelum berangkat ke Sabah....

Petang Itu kami baru pulang daripada majlis nikah kawan ayah aku....aku, mak dan ayah dalam satu kereta....senyap sepi tidak seperti sebelum ini....mungkin ayah dan mak masih lagi terkejut....cuma kadangkala aku hamburkan pertanyaan untuk mendamaikan sebentar sunyi yang menjengah kami......

Tidak semena-mena...mak menangis dengan sesedihnya....tanpa kata tanpa suara hanya esakan tangisan mak kedengaran...semakin lama esakan mak semakin kuat....aku hanya mampu mendiamkan diri bimbang menambah kesedihannya lagi....

Hati berbicara sepi "Mak..menagislah mak....mungkin itu sahaja yang terbaik untuk mak lakukan"....
Tiba-tiba ayah bersuara "La...sabarlah...cuba bawak mengucap..".....
"Sabar Mak..." aku bersuara dengan nada perlahan...

Entahlah....Mak mungkin masih berharap agar hakikat itu adalah satu kesilapan....aku dah tak tahan nak neok mak sedih....takut ganggu kesihatannya.....Suatu hari dia bersuara....
"Ngah..mak nak buat rayuan...ini usaha terakhir mak....kalau tak dapat...mak relakan ngah pergi..."....kenyataan itu diiringi tangisan sedih....

"Mak....kalau itu yang mak mahukan..mak buatlah..ngah tak kisah nank kene mengajar kat mana....mak buatlah..."..balasku tanda setuju...biarlah ibu memuaskan hatinya sendiri....aku hanya anak dan tak mampu menghalang....

"Ya ALLAH aku terima apa sahaja yang terbaik untuk ku....moga ada hikmah disebalik setiap satu kejadian...aku hanya menghitung hari menunggu tarikh itu tiba...moga segalanya berjalan lancar...moga segalanya di sana dan di sini baik baik sahaja dan dalam perlindunganNya......Amin...Aku bulatkan tekad untuk redha atas apa yang berlaku....Ya ALLAH aku tak kisah dapat mengajar kat mana...cuma Kau bantulah untuk lembutkan hati ibu dan ayah aku....Amin....'

Relakan Angah Pergi Mak Ayah =(

Jumaat itu hati agak tidak tenang...Entah Mengapa dan apakah akan terjadi hari ini...mungkin kerana hari ini akan diketahui tempat aku berposting..insyaALLAh diharapkan dapatlah tempat yang sepatutnya yang diharapkan ibu dan ayah....

Petang itu...usai Solat Jumaat aku menanti penuh debaran akan khabar berita berkenaan dengan posting aku...nak tenangkan hati aku call kawan segila aku kat maktab dulu
"Salam emy...dah boleh check ke kat internet tu"
"Belum lagi lah wan..aku pun tengah cuak nie...dpd td duduk depan komputer "
"Emy kalau dah boleh check, ko roger aku...aku nak g cc"
"Ko nak aku tolong checkkan tak??"
"Takper emy...aku nak check sendiri....nanti bile ko dah dapat check terus miscal aku k..."

Tepat jam 4.00 petang....emy miscall aku...pahamlah aku bahawa berita posting sudah diketahui....dengan penuh debaran...aku g cc dan terus check tempatnya......

Belum sempat aku check...handphone berbunyi....tut tut tut....
"Wan ko dapat sabah??"...

Bagaikan satu kejutan persoalan tiu...tanpa berlengah lagi aku terus check dengan menekan no ic yang sepatutnya.....SABAH...itu perkataan yang tertulis dibawah nama aku.....

Mahu menangis atau ketawa atau apa aku tak pasti...dasar dan hakikatnya...bagaimana aku nak beritahu ibu dan ayah aku.....uishhh...sah dan memg betul...itu destinasi yang telah ALLAH hantarkan kepada aku setelah 5 tahun pengajian...kine aku harus berbakti dan curahkan ilmu di sana......

"Salam mak....ngah dah tahu posting nie...mak jangan terkejut yer...."
"Ngah dapat Sabah mak..."
"Ngah tipu mak kan??...."..air mata dan esakan tangisannya sudah aku dengar
"Maaf mak..memang itu yang ngah dapat mak"...tup...talipon dimatikan

Kesian mak aku...tak tahu macam mana dia nak terima takdir ini....tak berapa minit mak talifon semula...

"Ngah.....mak tak leh terima ngah dapat Sabah...kita cuba buat rayuan yerk...mana tahu leh tukar...mak tak kisah ngah pergi kedah ke,kelantan ke..mak tak kisah...tapi ngah dapat Sabah...mana mak tak sediy"....suaranya cukup sedih dan sayu....tetiba je aku jadi sebak dan sedih....

"Mak....mak balik dulu...kita bincang nanti...ngah rasa ngah nak pergilah mak...ngah takut buat rayuan terus ngah kene postpone...."
"Ngah tak sayang mak kan??...." "Mak..bukan tu maksud ngah....".. tup...talipon di matikan sekali lagi.....

Ya ALLAH...apa harus aku lakukan ni.....tak mahu aku jadi anak derhaka....Ya ALLAH semoga ibu aku dapat terima ketetapan ini walaupun pahit....

Hati yang agak lemah ini hanya mampu berbisik ~..terbayang wajah ibu dan ayah yang tersayang...

"Mak Ayah..ketahuilah andai diberikan pilihan...ngah takkan terima nak pergi Sabah ni...tapi kita bukan sesiapa mak...takperlah mak...ngah hanya mintak mak relakan ngah pergi..mak izinkan dan redhakan ngah pergi....Ngah Sayang mak ayah...redhakan lah mak ayah...takder berkat keredhaan dalam hidup ngah andai mak tak relakan ngah pergi"....rintih hati yang seakan dalam dilemma.... Ya ALLAH kuatkan lah ibu kuatkan lah ayah....

Ibu dan Ayah Tersayang
"Takdir Itu Perlu Di Terima Walaupun kadangkala Pahit"