Saat ini, tika ini, hati seakan
terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai
hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati
sebak. Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata
seringkali diri menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa?
Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?
Dulu hati itu dapat merasai
sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh
siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh ALLAH? Atau kerana dosa-dosa yang
dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak
mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?
Malam ini…termenung seketika di hadapan laptop ….tangan
terasa menari nari untuk mencoret segunung kata kata yang terbuku di hati yang
mungkin tidak dapat diluahkan pada tempat yang sepatutnya…namun Alhamdulillah
ALLAH ada sebagai sumber utama tempat mengadu..pengaduan pada manusia lantaran
akan membuat bermacam macam konspirasi dan spekulasi yang entahkan tidak dan
entahkan betul…bukan tidak percaya pada manusia namun kadangkala diam lebih
baik daripada bertempik berkata-kata…..penyelesaiannya….‘Hasbunallah wani’mal wakil‘ (QS. Ali Imran:
173)…
Kadangkala dalam kehidupan nie kita banyak
melakukan perkara untuk membahagiakan orang lain sehingga kadangkala kita
jarang mengambil kira perkara yang akan membahagiakan diri kita sendiri..betul
tak…walau macam mana pon kita sebagai manusia…tidak terlepas kita akan
melakukan perkara yang akan menyenangkan orang di sekeliling kita….huhu..itu
common or lumrah kehidupan sebagai manusia yang sentiasa perlukan sokongan dan
harapan…
Kadangkala ada orang cakap….kau kau…aku dengan cara aku….dan ada yang juga mengatakan aku nak buat apa yang aku suka hal dan perasaan orang lain aku tak heran…huhu…bermacam macam kerenah sekeping jasad bernama manusia…tetapi bila kita renung sejenak bila melibatkan perasaan orang yang paling kita sayang di dunia dan akhirat..maka kita wajib akur dengan kehendak tersebut walupun kadangkala bukan dengan kerelaan kita secara hakiki…
Namun..jangan bimbang…. tenangkan hati dengan kata kata pujangga dan
puitis dodoian manusia tetapi dapat meningkatkan semangat dan memupuk cinta
pada harga sebuah redha…
"Kadang2
Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..
"Moga keputusan dan ketetapan ini yang terbaik untuk semua insan yang mengetahui dan tidak mengetahui…..apa pun natijahnya….segalanya diserahkan kepada yang Maha Berkuasa setelah doa dan harapan diadukan padaNYA..Amein…
Apa yang membanggakan..ku dengar suaranya sudah tidak bermuram durja menunjukkan dia sudah tenang dan redha denganku…mendengarnya sudah boleh tersenyum dan tidak risau akan diriku sudah cukup menenangkan aku di sini.tiada apa yang lebih mmebahagiakan tatkala dia menjadi seperti sebelum ini…tidak mahu dan gentar mahu menyakitinya kerana syurgaku ditentukan olehnya….

P/S….Kita tidak mengerti apa yang direncanakan olehNYA….namun insyaALLAH
mungkin ini yang terbaik dan ada hikmah di sebaliknya..moga bahagia akan
menanti di penghujungnya…ALL IS WELL..INSYA-ALLAH......
-Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala’l-haqq
Ayat daripadaNYA memantapkan lagi akan harga sebuah redha
pada apa yang diberikan daripada Ilahi…
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah
ayat 216.
-Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala’l-haqq
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu,
pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian
sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu
disisi.
Cinta-Mu ingin selalu dekat dalam hatiku, cintanya adalah inspirasi yang bertaut dalam fitrah-Mu... Padang pasir duniawi menjerluskan kakiku melangkah di pasir yang berbutir mempesona. Ya ILAHI, bantulah daku bangkit dari lompang dan cela dunia ini. Bersama cinta-Mu dan cintanya agar ia menjadi bagai benteng kekuatan menghunus di lembah pasir yang kelam dan dalam..Pimpinlah Aku dalam kalimah LAILAHAILLAH di akhir pengembaraan ini. Amein.”

No comments:
Post a Comment