Saturday, March 24, 2012

Demi Waktu Dhuha


Pagi ini bukak youtube jumpo satu lagu@dikir berkenaan dengan solat dhuha....solat sunat yang banyak kelebihannya tapi kita jarang nak buat mungkin kerana SINDROM SIBUK yang melanda diri....ingat lagi dulu ustaz kat sekolah paksa buat solat dhuha sebab banyak kelebihannya..buka pintu rezeki dan macam macam lagi kelebihannya.....

Teringat gak dulu satu masa pernah member ajak solat dhuha..pahtu ada orang datang kata "dik kamu ajaran sesat mana duk sembahyang pukul 10 pagi"...haha....senyap sebentar kami demi menjaga kemaslahatan masyarakat sekeliling....huhu...

Beberapa hadis tentang solat sunat ini : ...banyak lagi kat tenet...

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Ini doa dia.....senang nak hafal bila dah dilagukan begini...=p





Jadi....jom sama sama beramal andai ada kelapangan.....nasihat 100% buat diri sendiri dan buat yang terbaca secara langsung dan tidak langsung...amin....

Hanya Kau dan Aku Mengetahui Kepada Siapa dan Daripada Siapa Ia Ditujukan

"Betapa banyak Allah menyokong kau dalan setiap lingkah perjalanan kehidupan mu sebagai tanda untuk menyahut doa mu siang dan malam"

"Betapa banyak ALLAh tunjukkan yang Dia ada bersama kamu di setiap ceruk dan ruang lingkup dan nafas kehidupanmu"

"Betapa banyak ALLAH sudah bagi hint bahawa kamu boleh berubah kepada yang lebih baik daripada sebelum ini dan apa yang penting kau masih lagi boleh berubah selagi pintu taubatNya masih lagi terbuka"

"Betapa banyak kejadian dalam hidup mu yang menunjukkan bahawa kamu juga insyaALLAH akan terdiri daripada kalangan mereka"

"Betapa ALLAH sentiasa mendengar setiap rintihan dan apa yang telah kau lalui selama ini kerana Dia yang menciptakan ujian untuk menjahit tikar sajadah yang mungkin semakin hari semakin sirna"

"Betapa dalam setiap lipatan kehidupanmu kau dipertemukan dengan sahabat, kawan, teman yang di kalangan orang baik baik dan punya fikrah seagama denganmu"

"Betapa ALLAH cukup menyayangi mu dengan memberikan setiap kunci dalam saat untuk kau bertemu jawapan dalam persoalan ini namun kau masih belum berjaya untuk membuka pintu itu menggunakan banyak kunci yang telah diberikan...."

"Betapa ALLAH telah merawat jiwa mu dengan tidak mempedulikan rupa parasmu, siapa kamu...namun yang dilihat takwa mu dan bagaimana kamu menjaga hubungan denganNYA, manusia dan alam sekeliling"

"Betapa ALLAH sentiasa melihat usia usaha mu biarpun jatuh bangun lah semula...jangan terpedaya dengan hasutan syaitan yang inginkan kamu terus dalam lembah kesesatan"

"Betapa ALLAH pasti menghitung usahamu walaupun jihad ini terlalu sukar untuk ditempuhi andai tiada iman dalam dada...lantaran kamu perlu yakin bahawa ALLAH tidak akan menguji seseorang jika dia tidak mampu menanngungnya...andai di mata manusia meronta tidak mampu ALLAH tahu caturan yang lebih baik"

"Betapa itu kamu sebagai manusia berstatus HAMBA perlu yakin....Dia datangkan ribut petir dan banjir ditengah tengah panas kerana DIA ingin memberikan pelangi yang sangat indah suatu hari nanti...insyaALLAH"

Betapa kau perlu tahu Hanya Kau dan Aku Mengetahui Kepada Siapa dan Daripada Siapa Ia Ditujukan
Amin.................