Showing posts with label MoTivasi Hati. Show all posts
Showing posts with label MoTivasi Hati. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

Kembara Pitas CAPSULE 17 : Selamat Pendek Umur

Antara salah satu program guru penyayang yang dilaksanakan di sekolah ambo ialah menyambut hari jadi murid murid bersama guru-guru. Dalam program ini akan diadakan sesi ucapan ringkas dan aktiviti nyanyian lagu hari jadi beserta makan kek beramai-ramai. Jadi untuk entri kali ini, sekolah kami menyambut hari lahir untuk mereka yang lahir pada bulan Januari hingga Mac.

Jadi banyak kek yang ditempah untuk sambutan kali ini. kira kira 22 kek yang setiap satu beratnya ialah1kg ditempah untuk menjayakan aktiviti majlis sambutan hari jadi ini. Aneka jenis dan bewarna warni...satu pengalaman yang sangat indah kerana hari jadi di sambut secara pukal...hehehe...

Meniup belon untuk menghias Dewan Perdana sebelum Sambutan Hari Jadi

PK HEM (Kak Sinazin) yang amat aku kagumi dari segi kerja dan perwatakkannya yang sangat keibuan


Kek Kek yang akan diagihkan kepada semua murid-murid

Kek Lagi....sangat menyelerakan


Guru-guru memotong kek kepada lebih kurang 400 bahagian kecil

Antara murid murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac



Teringat satu entri Ustaz Pahrol Juoi....dan sketsa serta perbualannya dengan masyrakat sekeliling....kebanyak manusia akan wish Happy Birthday...Selamat hari Jadi dan Sebagainya....namun Ustaz Pahrol apabila ada rakannya ketika itu tiba hari lahirnya lantas mengucapkan SELAMAT PENDEK UMUR...Secara dasarnya kita pelik mengapa ungkapan ini terjadi...apakah untuk mendoakan kawan kawan kita supaya pendek umur dan sebagainya...kadangkala ambo buat begini pada kawan kawan ada yang mengatakan "is kau ni...doakan aku nak mati ker..."

Sebaliknya, ia adalah satu 'sikologi terbalik' atau dalam bahasa mudahnya untuk kita muhasabah ke dalam diri dari semasa ke semasa. Semakin kita meningkat usia..hakikatnya semakin kita dekat untuk satu perkara yang sangat pasti iaitu kematian..Semakin hari kita semakin ke arah itu...

Persoalan yang bermain di dalam fikiran...sudah bersediakah kita...jujur belum lagi kerana tersentap dan terkesima dengan dosa yang pernah dilakukan..nauzubillah...mudah mudahan dipermudahkan urusan menghadapi dugaan ini...dikuatkan  jiwa dan raga untuk bermujahadah dalam meneruskan kehidupan.

Allahumma Amin

Saturday, November 16, 2013

Sebening Pengharapan Di Airport

Sebening Sajak Di Airport Kota Kinabalu

Ya ALLAH
Ku bersujud padamu
Berdoa pada yang satu
Padamu aku mengadu
ALLAH yang satu

Ya ALLAH
Mohon petunjuk dan hidayah darimu
Berderai air mataku
Ku ingin dekat dengan mmu
Ampuni segala dosa ku yang lalu

Ya ALLAH
Hambamu ini mencari ketenangan
Berilah aku secebis ketenangan untuk ku
Agar aku kuat untuk menghadapi UjianMU ini

YA ALLAH
Aku pencari ketenangan
Bantulah aku harus aku apa untuk mendapat ketenangan ini
Aku merayu merintih padaMu
Kau Maha Mendengar rintihan jiwa yang perlukan MU ini
Amin……

Friday, November 1, 2013

Awal Muharam 1435





Punyeeeeeeeeerrrlah lama tak ternak update blog nie...huhu...biasalah menjalankan tugas sebagai guru kadangkala tidak mempunyai ruang dan waktu untuk beruzlah bersama diri dan blog ini...mintak maaf banyak wahai mrs blog...huhu.....

Hari nie nak rileks sebentar selepas banyak kerja yang menghimpit untuk merealisasikan amanah yang dipertanggungjawab...apatah lagi sistem SPPBS yang sangat "hebat" ini kadangkala menyebabkan kesabaran guru guru hilang dan teruji....huhu..last last update info..ditutup sehingga 1 Januari 2014...so...huhuhu..hurayy  lah kiranya...tapi bukankah tahun 2014 akan ada tugas baru dan tugas tahun 2013 seharusnya selesai...hehe..apapun....YMP lah kita selaku pekerja di dalam sektor kerajaan...nak marah pun bukan sistem tu boleh jadi elok...asalkan kita bahagia..abaikan nbuat sementara sebelum ia menghimpit untuk diselesaikan..So...semalam jumaat terakhir di dalam tahun 1434 hijrah...minggu haapan kita akan melangkah ke arah tahun yang baru...bakal meningkat ke 1435 tahun hijrah..jadi tv dan radio seperti menghidangkan kita dengan lagu yang biasa kita dengar tatkala munculnya maal hijrah...

"Hijrah itu perjuangan..Hijrah itu......"....dulu masa kat sekolah sokmo sokmo kene nyanyi lagu nie depan perhimpunan....selepas itu akan ada ustaz yang akan bagi kuliah...mendidik jiwa supaya menghayati dan mengambil ibrah di sebalik hijrah...

Jadi Hazwan wahai semutkerdil yang tenang..selamat memulakan buku yang baru..ingat janjimu pada dirimu sendiri...Allah itu maha adil dan yakin dengan ketentuanNYA...Allah sedang menguji mu..Allah ingin kau merintih..berbicara...bercakap denganNya...ambillah ibrah disebalik ujian ini...ingat kata ibumu.."Angah ini bahagian hidup angah dari ALLAH"...redha tekad dan tabah menguat jiwa...iringan doa ibu dan ayah tersayang...masih terngiang kata semangat..wlaau mereka tidak mengetahui apa yang tersirat di sebalik tersurat..namun...kata semangat dan doa tidak pernah lekang dari bibir mereka....








Saturday, October 12, 2013

Jom Try

Secara umumnya, kita perlu banyak bahagiakan orang lain untuk bahagiakan diri sendiri. 

Caranya? Adalah melakukan sedikit perubahan. Ketika ke tempat kerja.. mulakan dengan:

1. Senyuman - Maniskan muka selalu

2. Beri salam - Kepada semua orang yang kita jumpa

3. Sedekah Doa pada orang lain - Bila lihat orang susah hati, biasanya hati tertanya,

"Kenapala muka dia ni ketat sangat?"

"Dia ni time solat je ngelat la tu!"

"Rugged nya minah ni, tak reti-reti ke nak pakai tudung?"

Gantikan kalimah-kalimah tersebut dengan niat:

"Ya Allah, gembirakanlah dia"

"Ya Allah, berilah hidayah pada sahabatku ini untuk berubah"

4. Beri hadiah - Tanpa perlu tunggu hari jadi/ perayaan.

- Contoh beli tudung untuk kawan pejabat.. dengan niat saja-saja. Kerana Nabi sebut:

"Kalau kita nak saling berkasih-sayang hendaklah saling memberi hadiah"

Sesungguhnya perasaan ini akan mewujudkan rasa seronok,jika ada orang yang niat buat jahat pada kita pun tak jadi.

- Seorang pengkaji Barat pernah menguji samada membahagiakan orang akan membuatkan kita bahagia.

Contoh, dalam keadaan sedang stress dalam kereta, ketika membayar tol, dia bayarkan untuk orang di kereta belakangnya walaupun tak kenal. Walau tak tahu apa reaksi orang tersebut, tapi ternyata ia amat menggembirakan diri sendiri! (amalan ini boleh dibuat sesekali/ bila mampu)

Nabi pernah juga berpesan.. "Kita penuhi hajat orang lain, orang penuhi hajat kita."

- Isi beg dengan coklat/gula-gula.. beri pada mana-mana kanak-kanak bila berjumpa.

- Buat cekodok/jemput-jemput.. beri pada kanak-kanak di taman perumahan kita makan.

- Beli selipar jepun RM2, letak di mana-mana masjid/surau

Waktu susah hati.. jangan tunggu orang selesaikan masalah kita. Buat sesuatu untuk gembirakan orang lain.

Nabi sebelum balik ke rumah, pasti di tangannya ada buah tangan.

*Cubalah tips -tips di atas, Allah akan beri kurniaan dan ganjarannya, insyaAllah.

Sunday, October 14, 2012

Kesilapan Kepada Kedua Ibu Bapa

Alhamdulillah dalam kesibukan seminggu dua nie....masih diberi kesempatan untuk mendengar sedikit pencerahan dan perkongsian ilmu dari Ustaz Ahmad Dusuki TV9...syukur dengan adanya internet di hujung jari boleh dapat makanan rohani secara maya....maklumlah duduk di perantauan nie betul-betul rohani nie perlu belaian dan makanan agar tidak mudah lena dan alpa...nauzubillah...mudah mudahan mendapat bekalan dalam kehidupan pada masa akan datang

Tazkirah ini cukup memberikan aku pengajaran dan tunjuk ajar bahwa selama nie banyak dah kesilapan dan tingkah kata yang pada dasarnya kita anggap biasa...namun dianggap dosa dalam agama Islam...huhu....map mak ayah....kesilapan yang kadang kala kita tidak sedar rupanya kita sudah menyinggung perasaan mereka berdua....nak nak anak lelaki cukup besar tanggungjawab sama telah atau belum berkahwin...berbanding dengan seorang perempuan...

Perkongsian untuk diri sebenarnya..mudah mudahan ingat mantap terus lekat di dalam hati wahai diri yang hina dan lemah...
..................................................................................................................................
(check it out)

Secara umumnya terdapat tiga tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu dan bapanya......tiga fasa kehidupan ini akan dilalui oleh setiap insan bernama manusia (jika umur pnjg) dan di setiap fasa kehidupan ini banyak kesilapan yang telah kita lakukan kepada mereka.....sama sama kita renungkan.....

Kesilapan sebelum berumahtangga
Satu fasa apabila bermulanya hidup bani Adam...tatkala sudah boleh membezakan mana yang baik dan buruk dan telah baligh sebelum seseorang itu bernikah atau berumah tangga.
  • meninggikan suara dan berkata perkara yang menyebabkan mereka tersinggung dan sedih
  • membiarkan ibu bapa menangis di atas perbuatan dan kesalahan yang telah sengaja kita lakukan kerana keegoan kita sendiri
  • perlunya kita menjaga luaran dan dalaman mereka....dalaman bermaksud hati mereka perlu dijaga sejaganya...ibarat menjaga sebuah permata yang amat kita sayang lebih dari diri kita sendiri
  • "memalingkan wajah" dan tidak melakukan perkara yang mereka suruh
  • ketika kita berkata dengan mereka kita tidak memandang wajah mereka..Ya ALLAH...kadang-kadang buat sokmo benda nie...
  • Memasamkan muka dan tidak bertegur sapa dengan ibu bapa..selalu buat masa kecik dulu.....sory mak ayah
  • Jangan mendahului mereka...sehinggakan makan tidak mengajak mereka atau mendahului mereka juga boleh dikira kesalahan kita kepada mereka
Kesilapan selepas berumahtangga
Satu fasa kehidupan di alam dewasa...orang lelaki memikul tanggungjawab yang besar kerana mereka perlu menjaga 4 HATI..ibu dan bapa mereka dan ibu bapa mertua kerana selepas berkahwin ibu dan ayah mertua juga menjadi tanggungjawab seorang suami...berbanding seorang perempuan selepas berkahwin perlu menjaga 1 HATI iaitu suaminya sendiri....
  • memilih pasangan hidup yang ibu bapa mereka tidak redha...
  • membiarkan ibu bapa sendirian di kampung sedangkan kita berseronok dengan pasangan kita
  • sekiranya ibu bapa tinggal di dalam satu rumah jangan jadikan mereka hamba seperti membasuh pakaian, memasak untuk kita, isteri dan anak anak kita sendiri
  • elakkan bertengkar dengan pasangan/adik beradik di hadapan mereka
  • sekiranya tinggal berasingan pula jangan tidak menjenguk atau bertanya khabar kepada mereka...sehingga ibu/bapa terpaksa menelefon bertanyakan khabar....Shiekh Ahmad Ghazali berkataa..jika ada ibu bapa yang mulakan bertanya khabar kepada anak mereka...di dalam agama sudah dianggap menjadi satu kesalahan oleh seorang anak itu..nauzubillah
  • menambah dan menceritakan beban kewangan kita kepada mereka...perbuatan ini akan meyesakkan dada mereka dan membuatkan mereka risau.....kecuali hingga sungguh terdesak..
  • bercakap dengan mak ayah kasar dengan pasangan bukan main lembut pijak semut pun tak mati..
Kesilapan selepas mereka telah tiada
Ustaz Ahmad berkata selepas ketiadaan mereka kita masih membuat kesilan terhadap mereka...masih membuat kesalahan pada mereka...
  • tidak mendoakan mereka......
  • bersedekah boleh niatkan atas nama mereka..supayaa tersambung pahala mereka
  • melangsaikan hutang mereka berbanding merebut harta pusaka
  • berdendam dengan ibu bapa..sering mengungkit kesalahan mereka
..................................................................................................................................

Banyak kesilapan pada mereka...the apple of my eyes...hatta duduk di perantauan nie pon kadangkala takut takut tersalah bergurau dengan mereka dalam telefon sehingga mengguris hati mereka....adeh..nauzubillah....semoga terus memperbaiki diri dan menjadi anak yang soleh..sayu dengar doa yang dibaca oleh ustaz tersebut..

"Ya ALLAh ya Tuhan kami ampun kan segala dosa dosa kami...dasa besar kami dosa kecil kami, dosa yang sengaja dan tidak sengaja kami lakukan Ya ALLAH...
Ya ALLAH ya Tuhan kami izinkan bibir kami mengucapkan kalimah Lailahaillah Muhammad Rasulullah...jadikanlah kami hamba hamba yang soleh.....terimalah amalan suratan kami ya ALLAH....masukkanlah kami dalam syurga firdaus Ya ALLAH..

Ya ALLAH, ampunkan lah segala dosa kami khususnya dosa kepada kedua ibu bapa kami ya ALLAH...dosa kami pernha menyinggung hati, meninggikan suara...menengking...dosa kami melihat air mata lesu di mata mereka...kami tidak sengaja melukakan hati ibu bapa kami yaALLAH.....ampunkan lah kami ketika itu...andai kerana dosa dosa ini menyebabkan kami terus diuji di muka bumi...andai kerana dosa dosa ini yang menyebabkan Kau berpaling pada kami Ya ALLAh...andai kerana dosa dosa ini ampunkanlah kami....kerana kami hamba Mu dan Kau Rabb kami Ya ALLAH" amin.............................

P/S....tanamkan azam wahai diri untuk mendidik diri sebaiki umat yang taat kepada ibu bapa....Mak Ayah ampunkan angah kerana banyak telah melakukan kesilapan pada kamu berdua =(...amin.... 


Monday, October 10, 2011

~: : Mutiara Hikmah : : ~

Ketika diriku bercermin dikaca, aku menjadi MALU..kulihat PAKAIAN yang berjilbab putih, itulah diriku..tapi nyatanya HATI dan TINGKAH LAKU KU belum sesuai dengan pakaianku..

Sering MEYAKITI INSAN..
Menderhakai SURUHANMU..
Berbuat KEJAHATAN.. 
IRI HATI sesama insan..
Sukar melakukan ISTIQAMAH..
DOSAKU makin menggunung TINGGI..
 
Ya ALLAH, sungguh aku MALU padaMu kerana belum MAMPU menjadi HAMBA yang terbaik..:'(