Thursday, April 10, 2014

Kembara Pitas CAPSULE 16 : Kejohanan Badminton Daerah Pitas Tahun 2014

Alhamdulillah tahun ini masuk tahun ke 4 bergelumang dengan kokurikulum sama ada diperingkat sekolah ataupun daerah....banyak pengalaman di timba untuk membuat bekalan ke mana sahaja kita pergi...bermacam macam orang hebat juga dalam Kokum dapat aku kenali membuatkan rasa kagum dengan kehebatan mereka dalam sukan sukan/kepakaran masing masing..kadang kadang tertanya mampukanh aku akan menjadi seperti mereka....sementara itu berjumpa juga dengan orang orang yang melepaskan batuk di tangga terutama dalam bab perlaksanaan aktiviti.

Sekolah kami baru selesai menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Pitas bagi Tahun 2014....tak menang tangan kami dibuatnya....perbincangan demi perbincangan akhirnya kami dapat melaksanakan amanah ini dengan baik walaupun sgt penat dan letih...namun alhamdulillah dengan bantuan semua guru dan para pelajar yang membantu kejohanan ini berjalan lancar...


Sesi Pendaftaran Peserta
 Semasa proses pendaftaran saya dpat lihat betapa penuh semangat kesukanan guru guru untuk memastikan yang terbaik untuk peserta mereka. dapat dilihat juga geng geng otai yang sudah biasa dengan kejohanan ini seolah olah sudah menduga apa yang akan berlaku....

Cikgu Hazwan dan Cikgu Firdaus (Urusetia)

Sesi Memanggil Pemain-pemain serta Pengadil untuk beraksi

Para pemain daripada SK Pekan Pitas II

Adik Insyirah (Johan 12 TKB Perseorangan Perempuan)

Adik Insyirah yang mewakili sekolah SK Pekan Pitas II ini menjadi juara untuk kategori perseorangan individu 12 tahun ke bawah. Beliau akan mewakili Daerah Pitas untuk peringkat Pantai Barat Utara (PBU). semoga kejayaan milik beliau insyaALLAH

Para peserta, guru pengiring meyaksikan perlawanan dengan penuh debaran

Perbincangan Heart to Heart....

Posing sambil Menghilangkan Penat


Alhamdulillah selama tiga hari program berjalann dengan ancar sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah. Semasa mengurus dan mengelola membantu pihak pengurusan kebanyakan peserta daripada sekolah menengah adalah anak anak murid aku dahulu...pejam celik pejam celik rupanya sudah mahu masuk tahun ke empat aku berada di bumi waqafan Pitas ini menabur bakti semampu mungkin...mudahan dipermudahkan perjalanan ini walau di mana kita berada..allhumma amin




No comments:

Post a Comment