Saturday, February 22, 2014

Selamat Berbahagia Hingga Akhir Hayat

Syukur alhamdulillah....kami sekeluarga amat tenang dan bahagia mendenagar bahawa kamu sudah bernikah...alhamdulillah dan kami panjatkan kesyukuran kerana walaupun keluarga kami hanya orang biasa namun sedikit sebanyak kami harap doaku dan ibu serta ayah ku agar kau bertemu jodoh setelah apa yang berlaku terkabul juga...

Sebelum kau berangkat meninggalkan kami hari itu.....pastinya sebak di dada kami kerana apa yang kita rancangkan rupanya ada perancangan yang lebih baik untuk kita berdua...maaf atas segala kesalahan dan keterlanjuran keluarga kami selama ini...semoga kau bahagia mengemudi alam rumahtangga bersama orang yang tersayang....sedaya mampu mungkin kita menjaga perhubungan ini...namun andai suratan sudah tertulis....kerana jodoh itu rahsianya...

Apa yang berlaku akan dijadikan pengajaran...itu semuanya ada hikamh dan tidak perlu dipersoalkan mengapa ianya tidak terjadi disebalik perancangan manusia..kerana sesungguhnya perancangan Dia lagi Maha Hebat....kerana dia MAha Mengetahui...aku bersyukur kau bertemu jodoh kerana itu sudah janjiku....mungkin aku tidak dapat memaafkan diriku andai sehingga ini kau masih belum bertemu jodoh...aku menjadi orang yang paling gembira apabila ibu memberitahu kau akan bernikah...amin...sujud syukur ku mendengarnya...

Orang sekeliling mempersoalkan bagaimana kisah ini bermula dan orang juga tertanya mengapa kisah ini berakhir sebegini...namun hanya kita berdua mengerti dan memahami perlunya keputusan ini dilaksankan walau telah mengguris ramai pihak...tidak mengapalah...namun kesan diakhirnya aku dan kamu berpuashati...
selamat Berbahagia Hingga Akhir Hayat...



"SOMEBODY JUST CAN STAY IN YOUR HEART NOT IN YOUR LIFE"

THERE IS ALWAYS SILVER LINING IN THINGS IN YOUR LIFE

1 comment:

  1. In sha Allah. U will meet the right one soon..

    ReplyDelete