Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Saturday, January 9, 2010

Jom Derma Darah

Alhamdulilah....dengan izinNya....semalam 8 Januari 2010 aku dengan sahabat aku, Pian mengorak langkah dengan pergi ke Pusat Darah Negara untuk menunaikan tanggungjawab sebagai penderma darah....

Kerapkali berkumandang di Radio dan Televisyen mengatakan negara kita kekurangan bekalan darah...Masya-ALLAH..kasihan mereka yang memerlukan darah tapi tidak mencukupi...mungkin dengan menderma darah yang diberikanNYA ini walau pengorbanan yang sehelai cuma, namun aku harap dapat membantu pada yang memerlukan...Amin....

Sepanjang berada di PDN (Pusat Darah Negara) kami diberikan layanan yang cukup mesra...pertama kali aku jumpa seorang wanita yang sangat peramah dan baik hati...umur macam sama..tapi aku still panggil kakak..huhu..maklumlah dalam keluarga semua lelaki...sejuk hati kami menerima layanan daripada beliau...

"Moga darah yang ALLAH pinjamkan kepada aku ini..ingin aku kongsi kepada yang memerlukan..mudah-mudah bermanfaat"






p/s MOH DERMA DARAH KAMU....

Friday, January 8, 2010

Makanan Anti KolesTrol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

P/S Marilah sesama kita menjaga kesihatan...umur kita semakin meningkat..sedar tak sedar aku dah nak masuk 23 tahun..jadi kesihatan sangat penting bagi aku...maklumlah...keluarga aku ada penyakit keturunan....Jom Jaga Kesihatan