Sunday, April 13, 2014

Kembara Pitas CAPSULE 17 : Selamat Pendek Umur

Antara salah satu program guru penyayang yang dilaksanakan di sekolah ambo ialah menyambut hari jadi murid murid bersama guru-guru. Dalam program ini akan diadakan sesi ucapan ringkas dan aktiviti nyanyian lagu hari jadi beserta makan kek beramai-ramai. Jadi untuk entri kali ini, sekolah kami menyambut hari lahir untuk mereka yang lahir pada bulan Januari hingga Mac.

Jadi banyak kek yang ditempah untuk sambutan kali ini. kira kira 22 kek yang setiap satu beratnya ialah1kg ditempah untuk menjayakan aktiviti majlis sambutan hari jadi ini. Aneka jenis dan bewarna warni...satu pengalaman yang sangat indah kerana hari jadi di sambut secara pukal...hehehe...

Meniup belon untuk menghias Dewan Perdana sebelum Sambutan Hari Jadi

PK HEM (Kak Sinazin) yang amat aku kagumi dari segi kerja dan perwatakkannya yang sangat keibuan


Kek Kek yang akan diagihkan kepada semua murid-murid

Kek Lagi....sangat menyelerakan


Guru-guru memotong kek kepada lebih kurang 400 bahagian kecil

Antara murid murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac



Teringat satu entri Ustaz Pahrol Juoi....dan sketsa serta perbualannya dengan masyrakat sekeliling....kebanyak manusia akan wish Happy Birthday...Selamat hari Jadi dan Sebagainya....namun Ustaz Pahrol apabila ada rakannya ketika itu tiba hari lahirnya lantas mengucapkan SELAMAT PENDEK UMUR...Secara dasarnya kita pelik mengapa ungkapan ini terjadi...apakah untuk mendoakan kawan kawan kita supaya pendek umur dan sebagainya...kadangkala ambo buat begini pada kawan kawan ada yang mengatakan "is kau ni...doakan aku nak mati ker..."

Sebaliknya, ia adalah satu 'sikologi terbalik' atau dalam bahasa mudahnya untuk kita muhasabah ke dalam diri dari semasa ke semasa. Semakin kita meningkat usia..hakikatnya semakin kita dekat untuk satu perkara yang sangat pasti iaitu kematian..Semakin hari kita semakin ke arah itu...

Persoalan yang bermain di dalam fikiran...sudah bersediakah kita...jujur belum lagi kerana tersentap dan terkesima dengan dosa yang pernah dilakukan..nauzubillah...mudah mudahan dipermudahkan urusan menghadapi dugaan ini...dikuatkan  jiwa dan raga untuk bermujahadah dalam meneruskan kehidupan.

Allahumma Amin

No comments:

Post a Comment