Showing posts with label Persahabatan. Show all posts
Showing posts with label Persahabatan. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

Apakah Itu Pengakhiran Sebuah Ukhuwah

 -"Kau jangan terasa ati kalau aku mule jauhkan diri daripada kau lepas nie taw wan.."
"Lah...nape plak abang...."
"Aku tak nak kisah silam aku yang lama ilang berulang kembali..."
"Dah tekad?..lebey kurangla. tak nak dan takut  menyayangi orang sangat-sangat"
"dahla aku ni sukar menyayangi dan disayangi..........."
"Takperlah...asalkan kamu bahagia...sudah memadai bagiku"
"alhamdulillah....... tapi aku tau ko mudah disayangi makhluk lain nnt..............."
"isk isk isk.... payah benar diri bile diruntun jiwa yang derita...... ''


Persahabatan...ukhuwah...sayang sebuah persahabatan..adakah ia memberikan kesan di runtunan hati..tidak bergetarkah jiwa melihat betapa  tingginya ukhuwah Saidina Abu Bakar kepada Nabi Muhammad SAW....tidak terpanakah kita pada pengorbanan Saidina Ali menggantikan tempat tidur Nabi ketika peristiwa hijrah.....atau adakah hanya dilemparkan diketerpanaan celahan mata yang penuh dengan noda..
Saban hari mengharungi kehidupan di bumi waqafan ini, kita dipertemukan dengan bermacam macam insan dan manusia yang mempunyai pelbagai ceritera dan perangai....
Ada yang kita rasa cukup kita sayang namun di mata mereka kita hanya sampah dan cebisan hina yang tidak bernilai....ada yang kita rasa kehadirannya sangat menggangu dan menyemak dalam kehidupan kita namun di mata mereka kita cukup berharga dan tidak terperi nilaiya...alangkah indahnya mengharungi mehnah kehidupan ini andainya kita dipertemukan dengan teman/sahabat yang cukup baik di mata kita dan baik juga dimata mereka....ahh......indahnya hidup itu...terasa seperti ukhuwah itu manis dan mantop madunya....
Buat yang memahami...bagiku kau cukup berharga..peluang untuk mengenalimu cukup ku rasakan satu anugerah...sayang dan kasih yang kau curahkan cukup ku rasa untuk membahagiakan ku...gurau dan tawa mu cukup buatku terus tersenyum menghitung hari....kau ibarat sebutir permata yang di mataku paling bersinar antara yang berjuta...ku tidak atur pertemuan ini...apa yang ku harapkan Cuma bahagia...ku ingin mengharungi pancaroba ciptaan Ilahi ini dengan penuh semangat dan andai diizinkan kau berada di sisi bersama...
Jutaan terima kasih dan sekalung syukran jazilan kerana membawaku dan mengenalkanku kepada dunia mu..walau katamu dunia mu agak kecil...namun padaku kau cukup segalanya...terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan ceritera untuk dijadikan motivasi mengharungi kehidupan...namun ku ketahui apa yang disuratkan untuk kita pasti ada tersiratnya....sesungguhnya...hanya kasih sayang ALLAH pada kita tidak akan ada akhirnya...cintakan bunga...bunga pasti akan layu..sayangkan manusia...manusia akan pergi...namun sayangkan ALLAH..itulah cinta kekal abadi..itulah yang ALLAH ingin suratkan pada kita....
Andai benar ingin menjauhi..itu tidak mengapa..kerana ku mengerti danku memahami...ku akui aku juga sedang melakukan perkara yang sama pada rakan-rakan ku yang lain yang ku sayang lebih daripada diri sendiri...hati ini sudah banyak dilukai dan dicoretkan derita dan duka...mungkin kau hanya sekali....namun ku sudah berkali kali...usai seorang hadir yang lain usai juga seorang..begitulah silih berganti sebuah kehidupan bernama aku....justeru tatkala kau melafazkan kata itu...ku gembira berulam sediy kerana ku tidak mahu pisang berbuah dua kali dalam kehidupan kamu......ku akui diri tidak boleh mementingkan diri sendiri..alhamdulilah....apa yang ingin kau lakukan itu.....kotakanlah....insyaALLAH ku sedar aklan batasan yang terbatas sepatutunya.....
Jauh di sudut hati...ku doakan kau bahagia....ingat “Jangan pilih jalan yang susah untuk bahagia”...
P/S Ada pepatah mengatakan andai kita jumpa orang yang amat baik dan sayang pada kita jangan dilepaskan mereka kerana mungkin kita takkan berjumpa lagi dengan orang sepertinya....sekurang-kurangnya..bahagiakanlah insan yang anda sayang dan hargailah mereka sebaik mungkin sebelum perpisahan menjengah kehidupan pasti kita akan menyesal di kemudian hari...Janji ALLAh itu pasti...tiap pertemuan pasti akan ada sebuah pengakhiran kalimat bernama perpisahan....Renung-renungkan dan selamat beramal.....

Saturday, January 16, 2010

PeNCaRiaN Yang TiaDa PengAkhiRaN

Ungkapan "sahabat", "teman" dan "kawan"mempunyai maksud yang sama dari segi literalnya...namun andai di singkap pengertian di sebalik pengorbanan dan penterjemahan akal fikiran...tentunya tafsiran yang berbeza menerjah benak fikiran....

Sudah 22 tahun aku mengembara menelusuri bumi waqafan yang ALLAh hadiahkan untuk hamba Nya ini...kerap juga ungkapan lagu bermain menari di fikiran berkonsepkan persahabatan sejati...namun sudah dimengerti apa itu sahabat, kawan dan teman... sejauh manakah ianya penting dalam kehidupan seseorang...apakah begitu signifikan mereka dalam kehidupan insan bergelar hamba kerdil....

Adakah pengembaraan selama 22 tahun ini sudah ke temui insan yang betul-betul signifikan dalam kehidupan insan hina seperti aku ini..sudah kah aku temui insan yang sudi berjuang bersama tidak kira penat lelah sehingga nafas yang terakhir...sudah terbinakah kasih dan cinta sebuah persahabatan yang entah di mana pengertiannya perlu di lontarkan...

Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kita...ada yang datang sementara sahaja dan ia pergi tanpa meninggalkan jejak yang sukar untuk ditemui...ada yang datang sebentar namun pemergiannya terlalu sukar untuk diterima...ada yang datang untuk tempoh yang lama dan meninggalkan jejak yang terlalu sakit untuk diingati..itulah kita sebagai hamba Nya yang kerdil...tiap apa yang berlaku ada caturan yang telah disuratkan dan disiratkan sehingga terungkai setiap hikmah di sebalik perjuangan...

Hakikatnya..tiada yang abadi dalam kehidupan seseorang manusia..kata seorang insan yang pernah aku kenali suatu ketika dahulu..."andai meyayangi seorang insan bernama manusia, kita perlu bersedia untuk kehilangannya"....betul ker?

Hakikatnya...ada kebenarannya....namun andai kita menyayangi Pencipta tentunya segalanya indah..manusia hanya lelah untuk dicintai..pasti ada kekurangan kerana aku kau dan orang lain hanya insan bergelar manusia yang tidak pernah sempurna...

Kepada insan bergelar sahabat...andai anda punya sahabat....cubalah jadi yang terbaik dan hargailah mereka seadanya...carilah mereka walaupun tatkala kita sedang diuji dengan rahmat kegembiraan daripada ALLAH...ku khuatir..andai sampai satu masa..apabila terencana dihati untuk menidakkan kehadiran mu dihati sebagai insan bernama sahabat kamu tidak akan mampu mencarinya semula..walaupun kamu ketemui semula..tentunya tidak seindah dahulu...

Kita hanya manusia yang sentiasa bergantung antara satu sama lain...Pergantunggan segalanya pada ALLAH...namun sahabat diperlukan buat sokongan mengharungi perjuangan penuh pancaroba...janganlah dilupakan mereka walaupun kamu sudah punya teman di hati...hakikatnya...itu yang terjadi namun diri ini menidakkan fenomena yang melanda....

selamat berjuang...sahabat pencarian kamu tiada pengakhirannya...memahami mu satu anugerah...pertemuan dengan mu satu rahmat...kenangan bersama mu satu hadiah dari Ilahi...
semoga ke temu insan yang dicari walau ianya tiada pengakhiran....

P/S Mohon maaf atas segala khilaf yang berlaku...ampun di pinta andai pernah terlanjur kata terluah bahasa terguris di jiwa. InsyaALLAH aku mencintaimu kerana ALLAH dan aku redha andai perpisahan menjengah sebentar sebuah ikatan bernama persahabatan..kerana ku mengetahui dan ku akui kita adalah MILIKNYA...