Showing posts with label Penenang Jiwo. Show all posts
Showing posts with label Penenang Jiwo. Show all posts

Sunday, November 3, 2013

When You Sad


Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu:



"Inilah perjalanan hidupku.. Allah Ta'ala yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan Allah.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.."


Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.. Terima kasih Allah, kerana mengasihiku. Selepas itu, buka matamu dan senyumlah..
Lah Tahzan InnallahaMaana

Friday, November 1, 2013

Cintaku kerana AgamaMu


Tidak diketahui adakah ini hanya mainan perasaan...atau adakah bisikan syaitan...tetapi semakin hari semakin aku cuba ingin mengenali dan mengetahui mu apa ada nya....

Semenjak kali pertama kau melangkah ke bumi waqafan ini....hati ini berdebar untuk mengenali mu...walau aku tidak pernah bersua dan berbicara tak aku ketahui perassan gila apakah ini yang sedang melanda dan semakin hari semakin menebal perasaan ini...

Lantas ku panjatkan doa..padaNYa...

"Andai ada jodoh antara kami...mohon rapatkan hati kami dalam cara yang diredhai
namun andai perasaan ini ialah mainan syaitan...damaikanlah hati ini dan jauhkanlah dengan cara yang baik"

Aku tidak mudah untuk meluahkan..bukan kerana ego..tetapi aku dididik dan punya prinsip yang insyaALLAH yang aku pegang dari sekolah lagi...tidak mahu mudah melafazkan cinta kerana bimbang natijahnya negatif, akan membuatkan sedih dan bermuram durja..cukuplah hanya ALLAH yang mengetahui perasaan ini...dan biarlah bila masa dan ketika betul masanya..ia akan hadir juga walau bagaimana pun cara dan siapa pun dia....

Ustazah Fatimah Syarha pernah membahaskan isu ini...biarlah orang lain..yang penting kamu...banyakkan "MENJADI" daripada "MENCARI"...Have Faith in ALLAH..insyaALLAH akan hadir orang yang seiiring dengan mu seperti kamu juga...

Memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelum ini juga merupakan satu USAHA ke arah mendapatkan jodoh yang baik...banyak orang kata kene USAHA kene USAHA...hati ini damai dengan ketetapan tatkala ini masa ini dan detik ini MEMPERBAIKI DIRI dan banyakkan MENJADI adalah sebagai satu usaha..amin...mohon keberkatan daripadaNya..moga berubah semata mata kerana ALLAH...

Pagi ini sempat mendengar kuliah "CINTA HIGH CLASS di youtube...ahli forum pasangan bahagia Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi....cukup seronok mendengar kuliah itu....mudahan bermanfaat ilmu yang diperoleh secara maya ini....

InsyaALLAH....sempena maal hijrah ini..moga azam dan ketetapan ini mendapat manis akhirnya...
Mudahan kesabaran itu ada manisnya...

Bukan Menafikan Fitrah...Namun tidak Mahu tertipu dengan apa yang dinamakan Fitrah
Dan berusaha semampu mungkin untuk Tidak mahu menjadikan Fitrah yang suci ini satu fitnah...nauzubillah
Mungkin diri tidak punya ilmu yang banyak sangat jahil..tetapi insyaALLAH moga untuk perkara ini...kita tetap terus kuat...

Andai empunya diri entah dimana ia berada, membaca membaca artikel ini...

InsyaALLAH akan aku perbaiki dan persiapkan diri semampu mungkin
Wahai Allah yang mencipta CINTA..aku tangguhkan dulu hasrat ini untuk aku melakukan perkara yang lebih penting iaitu memperbaiki diri agar menjadi hambaMu yang taat
Tidak mahu meluahkan apatah lagi mengajak mu bernikah sedang diri masih terumbang ambing
Sedang kapal ku masih belum terbina..yang ada hanya sampan yang masih kukuh berdiri..
Andai satu masa nanti, diri sudah betul betul bersedia akan aku carimu dan sunting mu menjadi pendamping hidup ini...namun andai kau sudah dimiliku tatkala itu..insyaALLAH moga ALLAH gantikan yang lebih baik...allhumma amin...
Aku hanya insan biasa namun aku ingin bina "CINTA HIGH CLASS" bersama mu...
dan Aku mencintaimu kerana agama dan akhlak yang ada padamu.....
Moga azam ini kekal tersemat dihati sehingga nafas yang terakhir untuk menjadi hambaMu yang Soleh

4 CIRI UTAMA CINTA HIGH CLASS (Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi)

  • cintamu kepadanya mendaulatkan ALLAH sebagai prioriti utama
  • cintamu kepadanya hanya kerana ALLAH
  • cintamukepadanya bermujahadah melawan hawa nafsu
  • cintamu kepadanya dan hambluminnas seiring dan sekata


"Sesiapa yang kahwin kerana nak menjaga diri dia, agama dia, Allah Taala akan bantu, wajib Allah Taala membantunya. Jangan risau, tapi dengan syarat dia kahwin bukan nak seronok semata-mata. Memang dia kahwin untuk menjaga diri dia, waktu tu dia akan ada rasa tanggungjawab." (prof muhaya)

Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jofree

" Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, 
anggap sahajalah tidak ada kebaikan "


Antara ciri2 Wanita /lelaki yg baik :
-Tak akan berpanggilan sayang/abang/ dan lain2 dengan yg belum halal baginya.
-Tak akan keluar berdua-duaan dengan yang belum halal kerana ia akan membuka pintu zina.
-Tak akan mudah percaya janji manis lelaki /terima cinta lelaki kerana menjaga hatinya untuk yang halal.
-Tak akan mudah goyah dengan kecantikan duniawi kerana tahu ia sementara.




Awal Muharam 1435





Punyeeeeeeeeerrrlah lama tak ternak update blog nie...huhu...biasalah menjalankan tugas sebagai guru kadangkala tidak mempunyai ruang dan waktu untuk beruzlah bersama diri dan blog ini...mintak maaf banyak wahai mrs blog...huhu.....

Hari nie nak rileks sebentar selepas banyak kerja yang menghimpit untuk merealisasikan amanah yang dipertanggungjawab...apatah lagi sistem SPPBS yang sangat "hebat" ini kadangkala menyebabkan kesabaran guru guru hilang dan teruji....huhu..last last update info..ditutup sehingga 1 Januari 2014...so...huhuhu..hurayy  lah kiranya...tapi bukankah tahun 2014 akan ada tugas baru dan tugas tahun 2013 seharusnya selesai...hehe..apapun....YMP lah kita selaku pekerja di dalam sektor kerajaan...nak marah pun bukan sistem tu boleh jadi elok...asalkan kita bahagia..abaikan nbuat sementara sebelum ia menghimpit untuk diselesaikan..So...semalam jumaat terakhir di dalam tahun 1434 hijrah...minggu haapan kita akan melangkah ke arah tahun yang baru...bakal meningkat ke 1435 tahun hijrah..jadi tv dan radio seperti menghidangkan kita dengan lagu yang biasa kita dengar tatkala munculnya maal hijrah...

"Hijrah itu perjuangan..Hijrah itu......"....dulu masa kat sekolah sokmo sokmo kene nyanyi lagu nie depan perhimpunan....selepas itu akan ada ustaz yang akan bagi kuliah...mendidik jiwa supaya menghayati dan mengambil ibrah di sebalik hijrah...

Jadi Hazwan wahai semutkerdil yang tenang..selamat memulakan buku yang baru..ingat janjimu pada dirimu sendiri...Allah itu maha adil dan yakin dengan ketentuanNYA...Allah sedang menguji mu..Allah ingin kau merintih..berbicara...bercakap denganNya...ambillah ibrah disebalik ujian ini...ingat kata ibumu.."Angah ini bahagian hidup angah dari ALLAH"...redha tekad dan tabah menguat jiwa...iringan doa ibu dan ayah tersayang...masih terngiang kata semangat..wlaau mereka tidak mengetahui apa yang tersirat di sebalik tersurat..namun...kata semangat dan doa tidak pernah lekang dari bibir mereka....








Monday, September 9, 2013

LoneLy

BERSENDIRIAN

Kita memerlukannya. 

Ia untuk merenung diri. Bersendirian tidak perlu memisahkan diri dengan manusia lain apatah lagi dengan 



isteri(suami), anak-anak atau masyarakat.

Jemaah haji boleh bersendirian lebih sebulan di kedua-dua Haram. Tiada siapa yang 


mempedulikan walaupun 

ratusan ribu berada hampir.
Mereka yang berada di Malaysia boleh bersendirian setiap hari dengan bangun pada 1/3 

malam tersisa.
Itulah konsep bersendirian yang boleh dipertimbangkan. (Ustaz Kamil Ibrahim)


Bak kata Prof Muhaya...ore hok yang tak suko duduk sore2 ialah orang yang tidak yakin 

pada diri nya sendiri dan tidak boleh menerima kekurangan dirinya sendiri....



Cuba hayati ibrah di sebalik bersendirian ini mampu muhasabah diri kita dan boleh turn on 


kita jadi seseorang yang baru dan turn off kita yang lama...








Serah PadaNYA


Itulah ajaibnya hati manusia ciptaan Allah ini.


Bila dalam hati ada Allah, tak payah nak susah-susah. Serahkan pada Dia, Dia lah yang 

menghubungkan dua hati.


Perkara yg paling sweet adalah ketika dua insan saling merindui,

Namun, mereka tidak berkomunikasi melainkan kedua-dua nya saling mendoakan di dalam 

sujud pada Illahi Rabbi.. Tidak ada hadiah yang paling INDAH melainkan DOA..

Sunday, September 8, 2013

Pesan Untuk Hati

Mukmin tidak pernah kecewa, berputus asa, atau bersedih diatas musibah yg menimpa

dirinya, ini kerena ia menyakini setiap apa yg terjadi ini semuanya diatas 'skrip' yg telah

diatur dan disusun oleh pengarahnya 'Allah', kita hanyalah pelakon pelakon yang

melakonkan watak mengikut 'skrip' yg telah tersedia itu. Sebab itulah agama yg indah ini

mengajar supaya kita bertawakkal kepada Allah setiap masa dan ketika, kerana kita kan

hambaNya... sirru 'ala barakatillah..