Hari nie nak rileks sebentar selepas banyak kerja yang menghimpit untuk merealisasikan amanah yang dipertanggungjawab...apatah lagi sistem SPPBS yang sangat "hebat" ini kadangkala menyebabkan kesabaran guru guru hilang dan teruji....huhu..last last update info..ditutup sehingga 1 Januari 2014...so...huhuhu..hurayy lah kiranya...tapi bukankah tahun 2014 akan ada tugas baru dan tugas tahun 2013 seharusnya selesai...hehe..apapun....YMP lah kita selaku pekerja di dalam sektor kerajaan...nak marah pun bukan sistem tu boleh jadi elok...asalkan kita bahagia..abaikan nbuat sementara sebelum ia menghimpit untuk diselesaikan..So...semalam jumaat terakhir di dalam tahun 1434 hijrah...minggu haapan kita akan melangkah ke arah tahun yang baru...bakal meningkat ke 1435 tahun hijrah..jadi tv dan radio seperti menghidangkan kita dengan lagu yang biasa kita dengar tatkala munculnya maal hijrah...
"Hijrah itu perjuangan..Hijrah itu......"....dulu masa kat sekolah sokmo sokmo kene nyanyi lagu nie depan perhimpunan....selepas itu akan ada ustaz yang akan bagi kuliah...mendidik jiwa supaya menghayati dan mengambil ibrah di sebalik hijrah...
Jadi Hazwan wahai semutkerdil yang tenang..selamat memulakan buku yang baru..ingat janjimu pada dirimu sendiri...Allah itu maha adil dan yakin dengan ketentuanNYA...Allah sedang menguji mu..Allah ingin kau merintih..berbicara...bercakap denganNya...ambillah ibrah disebalik ujian ini...ingat kata ibumu.."Angah ini bahagian hidup angah dari ALLAH"...redha tekad dan tabah menguat jiwa...iringan doa ibu dan ayah tersayang...masih terngiang kata semangat..wlaau mereka tidak mengetahui apa yang tersirat di sebalik tersurat..namun...kata semangat dan doa tidak pernah lekang dari bibir mereka....


No comments:
Post a Comment