Alhmadulillah...setelah sudah mahu hampir masuk 4 tahun perjuangan di bumi Pitas ini..akhirnya....aku terpaksa berundur diri dan bakal memulakan pengembaraan di tempat lain pula....tatkala menerima berita ini sudah tentu gembira dan bersyukur namun tersemat perasaan sebak dan sedih dalam fikiran diri....2 minggu ini menghitung hari namun kadangkala tertitis juga air mata dek kerana mengenang perjuangan di sini...
Kelmarin 6/7 orang anak murid yang sudah berada di sekolah menengah datang terjah ke sekolah aku untuk berjumpa dengan aku untuk mengucapkan selamat tinggal...terasa terharu sangat kerana walaupun kita nie hanya lah guru matematik dan guru biasa sahaja..namun nama ini masih ligan bermain di fikiran mereka..semoga mereka semua berjaya dunia dan akhirat.

![]() |
| Antara Pemandangan Yang akan Dirindui/ Kampung Pinggan-Pinggan |
Terasa berat kaki untuk melangkah meninggalkan semua ini pergi begitu sahaja...sungguh dan jujur tiada semangat untuk melangkah ke tempat baru...bukan tidak bersyukur namun biasalah...tautan ukhuwah itu yang menyebabkan kita terkadang berat untuk meninggalkannya pergi demi meneruskan kehidupan yang seterusnya...
Masih teringat 10 Februari 2011 dahulu, aku kali pertama menjejakkan kaki ke bumi pitas..terasa masih sangat baharu....datang dengan tidak tahu apa apa apatah lagi mengenali sesiapa..namun guru-guru yang sudah bertapak di sini tidak pernah segan silu menghulurkan pertolongan sama ada mental, fizikal juga kewangan...terlalu banyak kenangan terindah..terasa berat untuk melangkah..namun peluang dan rezeki pemberiaan ALLAH ini mungkin tidak akan aku kecapi lagi...moga dikuatkan jiwa dan hati dan ditetapkan pendirian aku insan lemah hina dan dina ini...alhumma amin...

No comments:
Post a Comment