Alhamdulillah dalam kesibukan seminggu dua nie....masih diberi kesempatan untuk mendengar sedikit pencerahan dan perkongsian ilmu dari Ustaz Ahmad Dusuki TV9...syukur dengan adanya internet di hujung jari boleh dapat makanan rohani secara maya....maklumlah duduk di perantauan nie betul-betul rohani nie perlu belaian dan makanan agar tidak mudah lena dan alpa...nauzubillah...mudah mudahan mendapat bekalan dalam kehidupan pada masa akan datang
Tazkirah ini cukup memberikan aku pengajaran dan tunjuk ajar bahwa selama nie banyak dah kesilapan dan tingkah kata yang pada dasarnya kita anggap biasa...namun dianggap dosa dalam agama Islam...huhu....map mak ayah....kesilapan yang kadang kala kita tidak sedar rupanya kita sudah menyinggung perasaan mereka berdua....nak nak anak lelaki cukup besar tanggungjawab sama telah atau belum berkahwin...berbanding dengan seorang perempuan...
Perkongsian untuk diri sebenarnya..mudah mudahan ingat mantap terus lekat di dalam hati wahai diri yang hina dan lemah...
..................................................................................................................................
(check it out)
Secara umumnya terdapat tiga tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu dan bapanya......tiga fasa kehidupan ini akan dilalui oleh setiap insan bernama manusia (jika umur pnjg) dan di setiap fasa kehidupan ini banyak kesilapan yang telah kita lakukan kepada mereka.....sama sama kita renungkan.....
Kesilapan sebelum berumahtangga
Satu fasa apabila bermulanya hidup bani Adam...tatkala sudah boleh membezakan mana yang baik dan buruk dan telah baligh sebelum seseorang itu bernikah atau berumah tangga.
- meninggikan suara dan berkata perkara yang menyebabkan mereka tersinggung dan sedih
- membiarkan ibu bapa menangis di atas perbuatan dan kesalahan yang telah sengaja kita lakukan kerana keegoan kita sendiri
- perlunya kita menjaga luaran dan dalaman mereka....dalaman bermaksud hati mereka perlu dijaga sejaganya...ibarat menjaga sebuah permata yang amat kita sayang lebih dari diri kita sendiri
- "memalingkan wajah" dan tidak melakukan perkara yang mereka suruh
- ketika kita berkata dengan mereka kita tidak memandang wajah mereka..Ya ALLAH...kadang-kadang buat sokmo benda nie...
- Memasamkan muka dan tidak bertegur sapa dengan ibu bapa..selalu buat masa kecik dulu.....sory mak ayah
- Jangan mendahului mereka...sehinggakan makan tidak mengajak mereka atau mendahului mereka juga boleh dikira kesalahan kita kepada mereka
Kesilapan selepas berumahtangga
Satu fasa kehidupan di alam dewasa...orang lelaki memikul tanggungjawab yang besar kerana mereka perlu menjaga 4 HATI..ibu dan bapa mereka dan ibu bapa mertua kerana selepas berkahwin ibu dan ayah mertua juga menjadi tanggungjawab seorang suami...berbanding seorang perempuan selepas berkahwin perlu menjaga 1 HATI iaitu suaminya sendiri....
- memilih pasangan hidup yang ibu bapa mereka tidak redha...
- membiarkan ibu bapa sendirian di kampung sedangkan kita berseronok dengan pasangan kita
- sekiranya ibu bapa tinggal di dalam satu rumah jangan jadikan mereka hamba seperti membasuh pakaian, memasak untuk kita, isteri dan anak anak kita sendiri
- elakkan bertengkar dengan pasangan/adik beradik di hadapan mereka
- sekiranya tinggal berasingan pula jangan tidak menjenguk atau bertanya khabar kepada mereka...sehingga ibu/bapa terpaksa menelefon bertanyakan khabar....Shiekh Ahmad Ghazali berkataa..jika ada ibu bapa yang mulakan bertanya khabar kepada anak mereka...di dalam agama sudah dianggap menjadi satu kesalahan oleh seorang anak itu..nauzubillah
- menambah dan menceritakan beban kewangan kita kepada mereka...perbuatan ini akan meyesakkan dada mereka dan membuatkan mereka risau.....kecuali hingga sungguh terdesak..
- bercakap dengan mak ayah kasar dengan pasangan bukan main lembut pijak semut pun tak mati..
Kesilapan selepas mereka telah tiada
Ustaz Ahmad berkata selepas ketiadaan mereka kita masih membuat kesilan terhadap mereka...masih membuat kesalahan pada mereka...
- tidak mendoakan mereka......
- bersedekah boleh niatkan atas nama mereka..supayaa tersambung pahala mereka
- melangsaikan hutang mereka berbanding merebut harta pusaka
- berdendam dengan ibu bapa..sering mengungkit kesalahan mereka
..................................................................................................................................
Banyak kesilapan pada mereka...the apple of my eyes...hatta duduk di perantauan nie pon kadangkala takut takut tersalah bergurau dengan mereka dalam telefon sehingga mengguris hati mereka....adeh..nauzubillah....semoga terus memperbaiki diri dan menjadi anak yang soleh..sayu dengar doa yang dibaca oleh ustaz tersebut..
"Ya ALLAh ya Tuhan kami ampun kan segala dosa dosa kami...dasa besar kami dosa kecil kami, dosa yang sengaja dan tidak sengaja kami lakukan Ya ALLAH...
Ya ALLAH ya Tuhan kami izinkan bibir kami mengucapkan kalimah Lailahaillah Muhammad Rasulullah...jadikanlah kami hamba hamba yang soleh.....terimalah amalan suratan kami ya ALLAH....masukkanlah kami dalam syurga firdaus Ya ALLAH..
Ya ALLAH ya Tuhan kami izinkan bibir kami mengucapkan kalimah Lailahaillah Muhammad Rasulullah...jadikanlah kami hamba hamba yang soleh.....terimalah amalan suratan kami ya ALLAH....masukkanlah kami dalam syurga firdaus Ya ALLAH..
Ya ALLAH, ampunkan lah segala dosa kami khususnya dosa kepada kedua ibu bapa kami ya ALLAH...dosa kami pernha menyinggung hati, meninggikan suara...menengking...dosa kami melihat air mata lesu di mata mereka...kami tidak sengaja melukakan hati ibu bapa kami yaALLAH.....ampunkan lah kami ketika itu...andai kerana dosa dosa ini menyebabkan kami terus diuji di muka bumi...andai kerana dosa dosa ini yang menyebabkan Kau berpaling pada kami Ya ALLAh...andai kerana dosa dosa ini ampunkanlah kami....kerana kami hamba Mu dan Kau Rabb kami Ya ALLAH" amin.............................
P/S....tanamkan azam wahai diri untuk mendidik diri sebaiki umat yang taat kepada ibu bapa....Mak Ayah ampunkan angah kerana banyak telah melakukan kesilapan pada kamu berdua =(...amin....
like! =)
ReplyDelete