Monday, November 12, 2012

Selamat Bercuti boh.....

Akhirnya......sesi persekolahan tahun 2012 sudah melabuhkan tirainya....guru guru berhempas pulas untuk anak anak murid Tahun 6 khususnya juga guru guru yang lain nampaknya berakhir juga cuma untuk tahun 2012...fuh.......lega rasanya habis dah sesi persekolahan 2012.....walaupun baru setahun jagung bergelumang dengan "sistem pendidikan" kita secara total namun tahun ini banyak recam dan garam dipelajari sepanjang perkhidmatan di bumi Pitas itu....huhu....semakin pandai menafsir orang dan menilai percakapan manusia dan diri sendiri.....yang kebanyakkannya mematangkan diri secara terus kerana belajar daripada pengalaman..

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan sepanjang tahun 2012 ini...sedar tak sedar sudah bakal melabuhkan tirainya.....dan apa yang paling menyeronokkan bagi seorang guru seperti aku ada cuti hujung tahun kerana macam macam perancangan sudah dilakukan untuk menikmati CUTI tersebut sepuas-puasnya....biarlah walaupun hari terakhir sekolah hari tu sepertinya diberi satu tugasan yang mencabar tahun 2013 nanti namun diabaikan untuk seketika demi meraikan diri untuk bercuti..kerana dengan bebanan tugas seorang guru mutakhir ini guru memang memerlukan cuti yang panjang...siapa kata tugas guru hanya berakhir jam 2 petang...banyak nau rumors sekrang berkata begitu...ironinya hanya seorang guru yang boleh memberikan komentar sejauh mana berat atau tidak tugas dan amanah yang mereka pikul daripada Ilahi ini....pandangan kasar manusia mungkin benar hanya tamat jam 2 ptg.....namun..huhu...dengan segala kerja kerja pengkeranian dan "online" yang macam siput sedut menunjukkan tidak keterlaluan untuk mengatakan tugas guru boleh mencecah 24 jam sehari...huhu....

Ah....abaikan semua itu....CUTI baru bermula....10.11.12 sampai aku dah di melaka yang tercinta....seperti biasa banyak bangunan yang sudah dibangunkan oleh pihak atasan yang tidak diketahui sebab dan musababnya....apakah ada benefitnya kepada seluruh rakyat jelata atau pun hanya retorik semata-mata...terpulang kepada seseorang individu...tidak mahu menilai dari mata kasar...tapi hakikatnya seiring dengan pembangunan itu, meningkatnya taraf dan kos sara hidup manusia....yang mana mungkin akan meyesakkan fikiran isi rumah setiap insan di bumi Malaysia...jauh betul pemandangan!!!tapi itu kenyataan kan....

Cuti kali ini akan membawaku ke satu tempat yang diharapkan dapat membantu aku mencari jawapan dalam perjuangan kehidupan aku selama ini...diharapkan mudah semuanya dan mendapat ibrah di sebalik setiap apa yang berlaku ketika itu....juga berusaha sehabis mungkin untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat sahabat seperjuangan sama ada di bumi waqafan maktab mahupun sultan muhammad dulu...huhu...

so....check it out......selamat bercuti kepada seluruh guru di Malaysia....hehe!!!!!!!

No comments:

Post a Comment