Wednesday, November 14, 2012

:: Tekadku Awal Muharam Ini ::


Sebentar lagi semua umat Islam akan menjengah ke tahun hijrah yang baru...mungkin perkara ini tidak disedari oleh insan insan yang alpa...mungkin hanya tatapan banner "Salam Maal Hijrah" terpampang di dada akhbar aptahlagi kain rentang merata bangunan dan pejabat kerajaan....sehinggakan ibrah di sebalik awal muharam ini jarang di ambil kira masuk ke dalam hati...
Allah....bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri yang penuh hina dan noda...Nauzubillah....Layakkah insan seperti aku ini berjalan dengan penuh megah? Sedangkan aku ini hanya berasal daripada setitis air mani yang hina. kononnya gah..namun entahlah..susah untuk digambarkan....
Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan sehingga tidak terhitung olehku. Aku alpa ya Allah.. Aku lupa bahawa aku ini hanya insan yang lemah. Tanpa sebarang kekuatan, dan jika Engkau tiada untuk membantu, apalah dayaku.. Namun, seringkali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala dan dosa. 
Ya Allah, aku merasa beratnya beban yang ditanggung ini. Sepatutnya aku menjadi pendokong dalam meneruskan dakwah islam, namun aku sendiri menghancurkan diri sendiri. Aku malu ya Allah.. Malu padaMu dan malu pada semua yang memandang tinggi kepadaku. Hidup sering berselang seli dosa dan pahala...terasa diri cukup dekat denganMu namun kerana dosa yang diazamkan untuk ditinggalkan seumur hidup membuatkan rasa jauh dan berdosa di hadapanNYA...
Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Mungkinkah suatu hari nanti, dengan kasih sayangMu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu?
Ku akui, amat susah untuk meninggalkan perkara yang sudah menjadi tabiat. Maksiat itu seakan sebati dengan diriku. Saat aku melakukannya, tiada rasa dosa dan bersalah di dalam diriku. Meskipun ia suatu kemungkaran, kerana sudah terbiasa.., ku fikirkan banyak lagi masa untuk bertaubat.
Hakikatnya aku sedar ya Allah... Hari demi hari umurku semakin berkurang.. dan berkurang.. sehinggakan pada suatu masa nanti.. sudah tidak mampu lagi untuk bertaubat kerana kesakitan menghadapi sakaratul maut. Dan mungkin juga tiada sempat untuk aku bertaubat lantaran nyawaku ini hanyalah satu pinjaman. Bila-bila sahaja Engkau akan mengambilnya tanpa ku duga.
Penghirahan ini perlu tekad dan nekad...walaupun terpaksa berjuang sendiri kerana bimbang tafsiran manusia mendengar berbeza...mungkin banyak yang akan menghukum daripada yang memberikan nasihat jalan keluar....itu dugaan yang perlu aku tempuhi...ingat...ALLAH takkan uji seseorang andai dia tak mampu untuk menanggungnya...
Demi Kehidupan akan datang...dan demi insan-insan yang amat aku sayang.....jalan harus di pilih....dan jalan yang diredhai wajib direncanakan untuk mendapatkan mardhatillah...dan ketenangan hidup..moga Hijrah 1434 kali ini akan meninggalkan jauh segala noda dalam lipatan sejarah jauh sejauhnya......amin
Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali,  betapa kerdilnya diri ini.
Kredit to Ummi Sumaiya Bt Samsuddin@Yasin-iluvislam

No comments:

Post a Comment