"Betapa banyak ALLAh tunjukkan yang Dia ada bersama kamu di setiap ceruk dan ruang lingkup dan nafas kehidupanmu"
"Betapa banyak ALLAH sudah bagi hint bahawa kamu boleh berubah kepada yang lebih baik daripada sebelum ini dan apa yang penting kau masih lagi boleh berubah selagi pintu taubatNya masih lagi terbuka"
"Betapa banyak kejadian dalam hidup mu yang menunjukkan bahawa kamu juga insyaALLAH akan terdiri daripada kalangan mereka"
"Betapa ALLAH sentiasa mendengar setiap rintihan dan apa yang telah kau lalui selama ini kerana Dia yang menciptakan ujian untuk menjahit tikar sajadah yang mungkin semakin hari semakin sirna"
"Betapa dalam setiap lipatan kehidupanmu kau dipertemukan dengan sahabat, kawan, teman yang di kalangan orang baik baik dan punya fikrah seagama denganmu"
"Betapa ALLAH cukup menyayangi mu dengan memberikan setiap kunci dalam saat untuk kau bertemu jawapan dalam persoalan ini namun kau masih belum berjaya untuk membuka pintu itu menggunakan banyak kunci yang telah diberikan...."
"Betapa ALLAH telah merawat jiwa mu dengan tidak mempedulikan rupa parasmu, siapa kamu...namun yang dilihat takwa mu dan bagaimana kamu menjaga hubungan denganNYA, manusia dan alam sekeliling"
"Betapa ALLAH sentiasa melihat usia usaha mu biarpun jatuh bangun lah semula...jangan terpedaya dengan hasutan syaitan yang inginkan kamu terus dalam lembah kesesatan"
"Betapa ALLAH pasti menghitung usahamu walaupun jihad ini terlalu sukar untuk ditempuhi andai tiada iman dalam dada...lantaran kamu perlu yakin bahawa ALLAH tidak akan menguji seseorang jika dia tidak mampu menanngungnya...andai di mata manusia meronta tidak mampu ALLAH tahu caturan yang lebih baik"
"Betapa itu kamu sebagai manusia berstatus HAMBA perlu yakin....Dia datangkan ribut petir dan banjir ditengah tengah panas kerana DIA ingin memberikan pelangi yang sangat indah suatu hari nanti...insyaALLAH"
Betapa kau perlu tahu Hanya Kau dan Aku Mengetahui Kepada Siapa dan Daripada Siapa Ia Ditujukan
Amin.................
No comments:
Post a Comment