Penuh tanda tanya dan rasa takjub dengan apa yang telah disaksikan minggu lalu seekor makhluk ciptaan ALLAH telah mendarat di pantai Kampung Pinggan-Pinggan, berdekatan dengan rumah aku...Entry kali nak kongsilah sedikit rasa untuk tatapan insan yang mahu menilai dgn mata kasar apa lagi yang hakiki..huhu....
Minggu lepas....seawal jam 6 pagi kami geng-geng pinggan-pinggan siap sedia nak turun g Kota Kinabalu maklumlah gajis baru jah keluar bha...mau lah juga membeli apa yang patut dan tak patut dibeli...ironinya...kami gerak dua buah kereta..huhu...selalu naek satu kereta ja....gamai kali..hehe...lepas je keluar nak g amik salah seorang membe kat umah dia...Ustaz talipon Syed kata ada PENYU kat pantai...apa lagi...kami terus bergegas ke tempat kejadian....huhu
Subhanallah.....huhu..terpana seketika melihat seekor penyu yang besau lah jugak baru mahu pulang ke laut selepas bertelur di pantaisedang berusaha bertarung nyawa untuk menuju ke laut semula dan untuk mengelak manusia yang kadangkala sukar diduga kekejamannya...huhu....
![]() |
| Penyu ini berusaha untuk kembali ke laut |
Jadi..aku pon apa lagi..ambillah kesempatan untuk peta gambar mana yang sempat sementara sempat..mana yang sempat posing tu kami peta lah gambar...dapatlah beberapa tuk buat kenangan dan renungan bersama..
![]() |
| Wif Ustaz Zakri dan Taufiq |
![]() |
| Dengan Taufiq dan Khairul |
Apa yaaaang menariknya ialah di sini kepintaran penyu ini dalam memilih lokasi untuknya bertelur..apa tidaknya ia meninggalkan banyak jejak memandu manusia untuk bertemu dengan lokasi nya bertelur namun ke semua lokasi tersebut pada dasarnya hanyalah helahnya untuk tidak tewas di tangan seorang insan bernama manusia..
Ibrah yang mungkin boley di ambil ek..huhu...neok sekarang orang sibuk buang anak...tak nak anak...anak luar nikah..nauzubillah...hurm...tapi bila direnung ke dalam mata penyu ini di pastinya bertemu dengan hakikat kasih ibu dalam memastikan keselamatan anaknya untuk melihat dunia...kita manusia??...dah selamat bayi2 yang tidak dikehendaki lahir melihat dunia dibuang merata-rata sebelum sempat diberikan nama bayi ini...Ya ALLAH rakusnya manusia kan...entahlah...apa nak jadi dengan manusia zaman mutakhir ini...
Apapun...wlau kita bukan tak sebaik mana...namun saban hari perlu didik diri, hati dan iman menjadi yang lebih baik dan mendapat keredhaan ALLAh suatu hari nanti..amin...



No comments:
Post a Comment