Alhamdulillah....cuti persekolahan yang lalu seperti biasa destinasi utama aku selain daripada mengabdikan diri di rumah ialah Kampung Sungai Lui....Semenjak daripada maktab cuti sekolah pasti aku tunggu untuk gerak gempur di Sungai Lui bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang lain...rindunya tidak bertemu setelah sekalian kalinya berpisah..alhamdulillah tautan ukhuwah kurniaan Ilahi ini bukan sekadar omong kosong tapi demi meyahut apa yang dinamakan kemanisan dalam persahabatan.
Walaupun tidak dapat bergiat aktif sangat kerana sudah dihantar berkhidmat di negeri Borneo, namun kesempatan yang ada diluangkan semaksimum mungkin untuk membahagikan masa bersama keluarga melaka dan keluarga sungai lui...huhuhu....boleh lah..kali nie dapat join KJDR n Summer Camp....dpd takda alhamdulillah Dia masih bagi peluang.
![]() |
| Abg Hazim, Abg Wafiy, Abg Long@Faiz, dan Kak Najwa |
Kem kali nie banyak yang aku blaja.Pertamanya, akhirnya dapat jugak berkumpul semula bersama abg dan kakak setelah lama berpisah.macam macam kisah baru didengar. yang paling terkezut mendengar ialah kak syud sudah berkahwin...huhu.....walau pada hakikatnya kem nie tujuan dia untuk membantu adik adik sedar akan tanggungjawab hakiki sebagai khalifah di bumi pinjamanNya ini namun sebagai fasilitatorr@pembantu terkesan juga melihat dan mendengar setiap masalah yang disimpan oleh adik adik selama ini...
Sungguh menyedihkan dan mengharukan mendengar kisah dan cerita sedih mereka. terlalu banyak yang diceritakan lantas terdetik di hati, alhamdulillah aku punya seorang ibu dan ayah yang sangat sayang akan aku. walau sibuk mana ayah dan ibu aku, alhamdulillah didikan mantap mereka menjadikan aku seorang guru ketika ini. hakikatnya institusi keluarga mutakhir ini semakin hari semakin sirna...apa yang aku lalui, dengar di sini tidak keterlaluan untuk aku katakan institusi kelurga yang semakin sirna ini kadangkala bersifat "factory" demi untuk melahirkan ramai dan banyak anak. hakikatnya lahir nya seorang insan dimuka bumi ini maka di galas bahu seorang ibu dan ayah selautan tanggungjawab yang menggunung tinggi.
![]() |
| Aktiviti Sukan yang menguji ketahanan...denda dia..mandi tepung..haha |
Kebanyakan anak anak yang datang menyertai kem ini menyimpan 1001 rahsia dalam hidup mereka. kat sini lah aku tahu dengan lebih mendalam bagaimana ritual Black Metal dilakukan yang diceritakan oleh seorang budak yang masih di bawah umur...bagaimana kisah hidup seorang budak yang baru berumur belasan tahun yang kepingin dan menagih kasih sayang seorang ibu yang menidakkan kewujudannya...ALLAH......kesian neok anak anak Melayu nie....masih teringat n terngiang ngiang tatkala ini ketika budak tu bercerita di lubuk lumpur pada jam 3 pagi sehingga menjelang subuh terlampau banyak kisah diceritakan olehnya...kami semua fasilitator dan adik adik yang lain berderai air mata mendengarnya..benar kata pepatah, berat yang mendengar berat lagi bahu hok yang memikulnya...
Terkadang hati terfikir dan memikir dimanakah silap semuanya ini...ini baru kisah beberapa anak-anak belum lagi yang ada di sekeliling kita yang kita jumpa di shopping complex, di kawasan kawasan tepi pantai yang hanyut dengan arus cinta dunia...fuh...sangat menakutkan....nak dikatakan kalu pergi shopping complex kat melaka tu....aduh/.....cari hok yang betul betul melayu yang gamaknya dikatakan penuh dengan adat ketimuran sudah boleh dikira dengan jari....macam macam fesyen dan penampilan yang aku sendiri takur nak neok...apa yang menyedihkan mereka orang kita...bangsa AKU..Bangsa Melayu....
![]() |
| Dengan Abg Wafiy duk sibuk membarbequekan ayam tuk adik2.... |
Di sinilah....dengan ilmu yang ada walau tidak banyak dan lengkap..namun semampu upaya menyuntik perasaan untuk berubah menjadi seorang manusia bukan "sampah" yang menumpang di sudut dunia menunggu untuk dipanggil menghadapNya...
Kadang kadang bila terfikir dan memikir....gasa sedih n takut untuk berumah tangga..apakah mampu aku menjadi seorang bapa kepada anak-anak, suami kepada seorang isteri, ketua kepada sebuah keluarga...dengan ilmu yang sehelai cuma....mampukah aku menjadi seorang ayah seperti berjayanya ibu dan ayah aku mendidik keenam enam anak nya menjadi seorang manusia....berat tanggungjawab yang akan dipikul nanti....subhanallah....permudahkan kami.....
Apapun...semoga ALLAH selamatkan semua kaum muslimin dan muslimat di dunia ini daripada sebarang kehancuran....moga ALLAH selamatkan diri, ahli kelurga, dan orang orang yang aku sayang serta semua umat Islam daripada terjebak dalam hanyut arus dunia...amin......




uuuuu..rindunya pada kem :'(
ReplyDeletep.s: tabuh la gambaq cheq sikit. hahahaha :D
hahaha...gambo demo....tak datang guano nok bubuh..huhhu
ReplyDelete