Alhamdulillah....sudah lama tidak dapat mengupdate diari maya ku ini...terlalu banyak untuk disingkap sepanjang ketidakberadaanku di alam maya ini...sahaja mengasingkan diri cuba mencari ketenangan abadi di bumi waqafan ini.
Seronoknya.....aku kini dan seluruh umat Islam sudah berada dalam Ramadhan..hari ini kalau tidak silap sudah melangkah ke 8 Ramadhan..sudah 8 hari berlalu Ramadhan...masih berbaki 22 Ramadhan untuk mengumpul amalan dan pahala sebanyak-banyaknya...
Azam aku tahun ini, aku ingin berubah untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini...aku ingin tinggalkan segala masa silam yang sering menghantui ku lantaran bersorak gembira kerana berjaya membantutkan perkembangan potensi diri aku....insyaALLAH taubat ini biarlah yang sejati.....
- Qiamullail
- Iftar jami Kelab Asy-syakirin
- Tadarus
- Sedekah
- Solat Sunat Syuruk dan Dhuha
- banyak lagi...
Ini antara banyak lagi amalan yang dapat aku dan semua umat Islam dilaksanakan..namun ia tidak semudah berzam dan hanya dibibir sahaja...sebaliknya..ianya perlu diberikan dan diterjemahkan sebagai satu istiqamah dalam amalan yang hakiki....supaya meraih cinta Ilahi..amin....
P/S Selamat Berjaya Semut Kerdil.....Kau perlu berusaha lebih dan lebih lipat kali ganda..kerana Kau dan ALLAH tahu Kau Insan Istimewa....Hanya ALLAH yang tahu....apa yang tersirat tak mampu disuratkan.

No comments:
Post a Comment