Hari ini....semester 7 pengajian aku melabuhkan tirainya...
Banyak pengalaman dan pengajaran yang di peroleh oleh aku sepanjang semester ini...
Masih terlalu Banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki...
Kepada semua sahabat selamat bercuti..moga tidak terleka dengan dunia tatkala senang lenang berada di kampung halaman nanti "pesan pada diri sebenarnya"
Cuti kali ini aku mengambil keputusan untuk banyak berada di rumah...
Maklumlah...sebelum sebelum nie aku sering habiskan masa aku berkampung di kem motivasi di hulu langat..cuba membantu anak anak bangsa Melayu menyedarkan mereka akan kehidupan untuk mencapai redha ALLAH...insyaALLAH itu merupakan pelaburan aku di akhirat nanti...walaupun sehelai cuma harap dipandang tinggi disisiNYA
Walaupun terlalu rindu untuk pergi menyertai kem semester kali ini, namun aku buat keputusan untuk berehat sebentar bukan berehat dalam berdakwah kerana dakwah tidak pernah berhentu dan perlu sentiasa diteruskan selagi nafas masih dipinjamkan
Cuti kali ini akan lebih berfokuskan untuk MENDAKWAH DIRI SENDIRI yang punya 1001 kelemahan dan kekurangan..mungkin perlu diam diri sebentar sebelum berdakwah untuk orang lain semula...
Aku perlu kumpul semula kekuatan dan semangat yang semakin hari semakin pudar...asif sgt kerana diri ini tidak menggetahui di mana silapnya...lantaran itu...demi mencari hikmah di sebalik mehnah yang terjadi...aku undur diri sebentar untuk mencari permata hati ku yang seakan hilang di telan lipatan sejarah...mudah mudahan dipermudahkanNYA
Diharapkan cuti kali ini dapat mengembalikan AKU yang dulu disulam dengan AKU yang sekarang mampu menjadikan satu acuan lelaki yang walau bukan terbaik dimata manusia namun biarlah terbaik di mata diri yang kerdil ini.....
InsyaALLAH...mudah mudahan segalanya terbaik buat aku...
Walau ingin dikhabarkan apa yang terbuku dihati namun terpaksa diri yang hina ini berdiam diri daripada menyuratkan apa yang tersirat kerana ku khuatir dan bimbang tafsiran manusia akan berbeza....
Moga HARI INI lebih baik dan indah daripada SEMALAM
Ya ALLAH aku redha atas apa yang kau berikan kepada ku...Andai ada keterlanjuran dan kerosakan yang telah ku lakukan di bumi waqafan ini..siap sedia menerima apa jua hukuman daripada Mu..mudah mudahan akan kurang siksaan dan azab ku di akhirat nanti..amin
"Cukuplah ALLAH untuk ku, dan Ia sebaik-baik Pengurus"
-(Surah A-Li' Imran : 173)
-(Surah A-Li' Imran : 173)
No comments:
Post a Comment