Tuesday, July 20, 2010

Celotehmu Menghiburku

Fuh...letih juga menyiapakn mural kat sekolah internship nier...huhu....tak pakar pon dalam bab colour n lukis nier...tapi alhamdulilah...walau kita tak pandai...tapi biarlah kita buat kerja tu komitmen dier tinggi dan mantOp.

Tengah tengah buat kerja tu..huhu..aku diserang oleh sekumpulan oleh murid-murid asli...

"Apa kamu semua buat kat sini, nape tak masuk kelas"
"Ala cikgu, cikgu takderlah"
"Sekarang masa siapa"
"Cikgu Musytari"
"Owh, dier takder...ha, kalau macam tu kamu semua letak beg dan teman cikgu mewarna nier..nak tak??"
"Yeay!! nak cikgu...."

Cukup gembira mereka dapat neok aku mewarna dinding tersebut....
Mereka sangat peramah....best sangat..penat aku daripada pagi tadi mewarna hilang terus...seronok dengan mereka berbual dan ketawa..mereka punya  dunia mereka sendiri....

Sempat juga aku belajar bahasa asli....seronok petua petua dan keeprcayaan mereka juga dikongsi mereka...mereka sangat seronok coz ada orang bertanya pada mereka tentang kehidupan mereka...

Daripada astro, cerita kegemaran, sehinggalah kepada cita-cita mereka......

"Cikgu suka neok channel 616...103....huhuhu"
"Cikgu rama rama datang..itutandanya ada orang nak datang kat cikgu...."
"Cikgu dah ada anak"
"Cikgu suka neok cerita apa"

Masing masing bercerita kisah mereka..menarik sungguh..suziana (baju biru) sangat peramah

Amirul...macam melayu muka dia

Nielah kanak-kanak asli yang tak kenal apa itu kehidupan..mereka tak tahu apa akan berlaku pada mereka esok...
Tak larat rasanya melihat mereka berceloteh....penat melayannya...tapi sangat seronok......

Melihat kan mereka...terasa bimbang di hati...apakah akan berlaku pada mereka nanti..tahap akademik mereka sangat membimbangkan...mereka juga seorang insan yang perlukan kemajuan..namun hakikatnya mereka terlalu unik dan perlukan bimbingan dari semasa kesemasa....Tambahan pula dari segi agama, mubaligh kristian giat menjalankan propaganda untuk menarik mereka ini masuk ke agama mereka....Mereka mudah bertukar agama asalkan mereka mendapat banyak habuan dan imbuhan sebagai umpan pada mereka...Ya Allah, dimana peranan aku....Moga mereka terusmaju dari semasa ke semasa....

1 comment:

  1. sbb tu la ko kena posting kt lui...supaya dorg ada yg neok kn..he3...

    HIDUP SUNGAI LUI...


    p/s:
    soalan cikgu ada anak tu x tahan tu...ngeh3....

    ReplyDelete