Friday, January 15, 2010

GerHana MataHari

Alhamdulilah.....sudah masuk minggu kedua aku dalam tahun 2010...dah lama rasanya tidak update blog aku ni...maklumlah internet maktab laju semacam..nak access pon mudah sangat....

Alhamdulilah..macam macam terjadi minggu ni...moga-moga dapat meyingkap maghfirah di sebalik setiap satu kejadian yang terjadi dalam kehidupan kita...mudah mudahan ia mampu memuhasabah nurani seterusnya mencambahkan pohon amalan yang extravaganza demi mencapai mardotillah (keredhaan Allah)...

"Aku ader perjumpaan denga lecturer sempena MQA...adush....lemahnya nak pergi jumpa lecturer jumaat ri tu:

..bukan tak suka jumpa lecturer...nauzubillah..namun ada satu destinasi yang aku nak pergi ...satu tempat yang aku nak saksikan kebesaran ALLAH hari itu..memang itu impian aku selepas terselak majalah KOSMO tempoh hari...

"Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku pada Jumaat ini, bermula pada pukul 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 4.26 petang.Sumber :KOSMO"

Hehehe...tercapai juga hajat aku...lepas sahaja perjumpaan aku terus pecut merempit ke Masjid Negara..nak neok gerhana matahari dan yang penting aku nak Solat Sunat Kusuf khas untuk menunjukkan keyukuran sempena Gerhana Matahari yang berlaku jumaat yang lalu...

alhamdulilah...sampai sahaja aku di sana..imam baru sahaja menyebut "Dirikan saff"..memang rezeki aku...terima kasih Ya Allah...huhu...dapat juga aku merasa solat sunat Kusuf...

Camne nak solat...??

(Sahih Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam..

Seusai solat sunat kusuf...ada khutbah/ceramah ringkas daripada imam masjid negara...terharu dengar ustaz tu bagi ceramah...menitis dan menangis air mata ustaz tu masa menyampaikan ceramah tersebut..betapa beliau sudah merasai kemanisan iman pada ALLAH...insaf seketika...terasa hinanya diri ini...terlampau banyak dosa dan noda sudah aku canang di hadapan DIA...

Menyedarkan yang lena dan hanyut pada dunia. Mengubat kecewa dan duka hati pada dusta dan mungkir janji manusia.
Melembutkan egois dan meleburkan amarah pada segala khilaf dan salah manusia. Menenangkan jiwa yang sesak pada dunia. Menginsafkan yang bersalut dosa. Mengetuk pintu taubat yang jika sebelumnya masih tertutup rapat.


Inilah Fenomena Ge rhana yang berlaku pada 15 Januari 2010. Betapa besar keajaiban dan kebesaran ALLAH..











Meremang jiwa dan raga mendengar ceramah berbentuk nasihat daripada ustaz tersebut..


Andai tatkala ini diri di hisab?...di mana aku...syurga/neraka













P/S Kata Ustaz dalam ceramahnya....hendaklah sentiasa jaga diri...fenomena gerhana ini merupakan salah satu peringatan buat hambaNya....kerna ALLAH andai ingin menurunkan bala bukan hamba yang munkar yang terima malah umat islam seisinya akan kena bala dari ALLAH...pesan pada diri...jaga diri..hati..iman dan cuba elakkan diri daripada melakukan maksiat...amin...

No comments:

Post a Comment