Tuesday, April 5, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 1 : Februari Yang Lalu

Salam buat diri yang sentiasa mengharap segalanya indah menjadi pengharapan hidup namun pasti tingkah akan diuji tanda kasihNya pada kita......Sedar tak sedar sudah hampir sebulan lebih aku berada di Borneo ini mencari rezeki mengemis kasih insan di perantauan..namun tetap mengharap kasihNYA sebagai bekalan hakiki.....


Alhamdulillah...baru hari ini dapat aku coretkan sedikit catatan supaya tidak aku terlupa siapa sebenarnya aku ini di bumi waqafan ini....setelah itu aturannya...amin dan syukur ibu dan ayah boleh menerima takdir bahawa rezeki aku jauh daripada pandangan mereka....

Tanggal 9 Februari, seawal paginya aku bersama ibu dan ayah bergerak ke lapangan terbang KLIA untuk menghantar aku ke negeri Sabah itu...Sedikit sebanyak hati ku berdebar menanti apakah yang akan berlaku seterusnya...mampukah aku berjuang seorang diri di sana nanti...aku tabahkan juga supaya ibu dan ayah tidak risau...bermacam macam pesanan dilontarkan kepadaku supaya aku tidak terleka dengan dunia seisinya...
"Ngah nanti....jangan cari orang Sabah ye...kesian lah kat mak ayah...."
"kahkahkahakah..ada ada je mak...."tergelak besar aku....huhu
"Mak cakap betul2 nie.....bukan main2..gelak pulak die..."
"InsyaALLAH mak....jangan risau....pandailah jaga diri nanti....huhu..."

Setelah semuanya siap belaka.......semua guru-guru yang ditempatkan di Sabah diarahkan untuk bersiap sedia untuk berlepas......macam pergi oversea pulak aku rasa...gupanya over the semenanjung jerk...hahaha.....

Perkara pertama aku buat sebelum pergi...haha...sebak jugak masa tu....
"Mak Ayah ngah pergi dulu....redhakan angah yerk...."

Air mata mak tak henti henti menangis....huhu...bangga jugak aku coz neok mak lain tak nangis pon...hehe...takper...mak aku syg kat aku..muahahahaha.....Daripada balai pelepasan sehinggalah ke pemeriksaan imigresen....mak memandang jauh dengan sayu...tidak mampu ku gambarkan hati seorang ibu ketika itu...aku tetapkan hati..bulatkan pengharapan yang semua ini hanyalah cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh aku...tak semua orang dapat pengalaman seperti ini....

Paling bestlah pengalaman aku naik kapal terbang..haha...cuak jugaklah masa naik tu...tapi cover macho lah..hahaha....boleh naek kapal terbang selalu...huhu....segonok sgt....muahaha....Sampai sahaja di lapangan terbang Kota Kinabalu kami berpech mengikut daerah masing-masing....Alhamdulillah...di daerah yang sama dengan aku ada 8 orang..kebanyakkannya member maktab..huhu...taklah cuak sangat.....

Perjalanan yang diambil untuk ke Pitas...satu daerah dihujung Sabah mengambil masa yang agak lama...mungkin 3-5 jam melalui jalan darat....takperlu jalan laut....malam sudah hampir menjengah aksinya kami tiba di Pitas....kami diarahkan untuk menginap di hotel berdekatan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Pitas supaya memudahkan urusan taklimat esok hari.....

Usung beg besar di pagi hari untuk menghadiri taklimat guru baru

Member se sabahan.....

sampai putus beg kawan aku sorang nie...hahaha....

Selepas selesai sesi taklimat wakil daripada sekolah masing-masing hadir untuk mengambil guru masing-masing dan selepas itu kami pin berpisah....selamat berjuang semuanya.....moga kita diberkati dan dipermudahkan perjuangan kita disini....Amin InsyaALLAH....

Banyak lagi coretan indah ingin dikhabarkan...insyaALLAH dalam masa akan datang............

1 comment:

  1. ko melatah x ms naik 'belon' tu weh?ha33...terbayang muka gayat naik taming sari..kah3....

    ReplyDelete