Saturday, May 7, 2011

"Mak Ayah I Love You"

Owg kata hari ini hari ini hari ibu lah lusa hari bapa lah...macam macam...huhu...biasalah kat dunia ini macam macam hari untuk diraikan...adakala untuk menghargai insan yang tersayang adakala untuk memperingati kematian dan pengorbanan seseorang...meriah dengan hari hari....hehe.....

Penuh kat facebook hari ini masing masing mengucapkan selamat hari ibu dan ayah dan jutaan penghargaan kerana infiniti pengorbanan yang mereka berikan demi menjadikan seorang manusia itu manusia.......banyak sungguh pengorbanan mereka kepada aku dan aku yakin orang lain juga begitu....

sedetik itu...hati aku berbisik.....apa yang aku dah lakukan untuk ibu dan ayahku...adakah atau pernahkah aku membuatkan mereka mengalir air mata kerana kederhakaanku....pernahkah aku tinggikan suara ku pada mereka...adakah pernah aku cebikkan muka tatkala mereka mengemis perhatian daripada anak mereka sendiri...Ya ALLAH jauhkan lah daripada semua itu....aku rela dibenci oleh semua manusia namun tak redha andai aku menyakiti ibu dan ayahku.....

Mutakhir ini...sering sahaja kita disajikan dengan pelbagai berita dalam akhbar tentang keegoaan seorang anak dalam mengenepikan ibu bapa mereka sendiri demi memperjuangkan hidup yang penuh dengan hedonisme ini...tiada kata untuk dilafazkan apabila seorang anak sanngup membelakangkan ibu bapa mereka sendiri demi harta, pangkat, dan darjat mereka sendiri.....sehingga ada anak sanggup membuang ibu dan ayah mereka ke pusat jagaan rumah orang tua.....nauzubillah.......di mana erti kasih dan sayang seorang anak kepada ibu dan ayahnya...apakah sudah tidak punya makna kalimah "I LOVE U MAMA. I LOVE U ABI, I LOVE YOU UMMI"...atau ianya hanya kalimah functional untuk mereka yang sudah digelapkan oleh hawa dan nafsu....

"Saya sayaaaaaaaaang Mak & Ayah"
Buat ibu dan ayah.....angah sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang mak dan ayah......mak dan ayahlah di dunia dan akhirat....semoga kalian panjang umur murah rezeki....moga segala kegembiraan dan kebahagian di dunia dan akhirat ini milik kamu berdua dan dijauhkan dari segala kesengsaraan yang menikam jiwa dan perasaan....bertabah mak..bertabah ayah...insyaALLAH segalanya akan berakhir..biar apapun natijahnya...ngah sayaang mak dan ayah...amin...=p

No comments:

Post a Comment