Saturday, June 25, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 9 : JOM HEBOH

Alhamdulillah...minggu nie...ALLAH bagi rezeki gaji keluar setelah penat berhempas pulas menjalankan amanah yang diamanahkan sebaik mungkin.....adalah ongkosnya...hehe.....elaun wilayah aku pon.....baru sahaja masuk....terima kasih Kak Ana-kerani sekolah aku....

Seperti yang telah dirancangkan...kami geng TIGA LC.....bersama-sama dengan Ustaz Zakri berjimba di Kota Kinabalu.....bukan apa banyak barang keperluan sudah habis dan barang barang kehendak yang perlu dipenuhi sedikit sebanyak supaya dapat memuaskan sedikit kendiri dalam diri....Tambahan pulak housemate aku nak beli KERETA SAGA FL untuk keperluan dirinya...jadi aku selaku memenuhi PIAGAM TIGA LC menemani dan jadi eskot untuk memenuhi hasrat beliau...cewaaaahhh....kebaikannya...aku belajar serba sedikit tentang selok belok bagaimana prosedur untuk membeli kereta ini...peh bukan senang bha...macam macam kita perlu bersedia....specially MONEY....huhu...

Sambil tu sempat jugak lah aku rikie dan neok neok kereta-kereta nasional dan kumpul semua brochure tentang semua jenis kereta keluaran PROTON dan PERODUA....masing masing ada kelebihan dan punya kesesuaian yang tersendiri.....aku pon belum terfikir dan memikir akan kereta yang akan aku beli untuk aku harungi kehidupan dalam dunia nie....jumpa hok ore nie die cadang kete nie....jumpo ore laen cadang kete laen pulak...last last poning den....haha....tapi serius....PERSONA ELEGANCE SOLID WHITE yang masih belum keluar on the road SANGAT SANGAT menambat hati aku...huhu...tapi malas lah nak pikir dulu....bio dulu....belum sampai keperluan ag..mungkin tahap kehendak ag...

Lepas settle pasal urusan pembelian kereta....kiteorang g shopping membeli belah untuk membawa keperluan masuk ke dalam gua....masuk pitas lah......alang alang dah kat Kota Kinabalu kami pon singgah shopping barang keeprluan yang ada......peh...bila duit dah ada kat tangan nie..macam macam tangan kita gasa nak ambil....alhamdulillah apabila dapat membezakan antara KEPERLUAN dan KEHENDAK....aku berjaya membelanjakan mana yang sepatutnya...huhu....kalau tak satu shopping complex tu aku nak borong....huhu..sekali sekala bak kata Pasar Malam Kat Cheras "BUKAN SELALU TIAP TIAP MINGGU".....teringat plak zaman dolu dolu.....

Lepas settle semua..haha..nie nak habaq mai.....kami shot ke LIKAS untuk pergi JOM HEBOH..huhu..bukan niat nak neok artis atau bersuka ria tetapi untuk mendapatkan barang-barang yang dijual di gerai dan booth yang dibuka yang mungkin dalam harga yang murah....tak terpikir pon nak g....tapi alang-alang dengan hoousemate..g je lah.....g pon bukan g ngan awek dsb...huhu......

Peh...gamai nya manusia.....aku terfikir dan memikir...adakah mereka semua yang rata-rata majioritinya orang ISLAM.....sudahkah mereka buat satu tuntutan yang wajib bagi semua hambaNYA..iaitu SOLAT....dengan pakaian yang menakutkan...rambut yang warna warni ala ala rimba dan matahari...peh..memang menyedihkan......no wonderlah.....Jom Heboh nie mendapat banyak liputan dan dibincangkan akan hukum pergi ke tempat seperti ini.....

Namun...pada hemat aku....niat aku pergi coz nak beli barang barang murah kat situ...huhu..pahtu kami chow balik...mengarut jerk duduk kat tempat macam tu lama-lama.....aku biasalah..masa kat Karnival yang menggamit seluruh umat manusia ini sedikit terkadang secukup rasa menilai apa yang dilihat dengan mata kasar ku.....huhu

Pergaulan bebas..pakaian yang ketat dan mencolok mata sangat berleluasa....terutamanya golongan remaja yang dapat ku amati baru belasan tahun jagung sudah berjinak jinak dengan najis rokok.apatah lagi inner dalam diri yang suka kan hedonisme menggalakkan lagi nafsu untuk menerjah segenap penampilan diri......lepas tu dengan konsert di malam hari yang cukup dihadiri oleh segenap umat manusia menunjukkan kita insan di dunia ini amat dahagakan hiburan....pergaulan bebas pula menggalakkan perzinaan dsbnya yang sudah kita tahu Jom Heboh ini menjadi medium atau platform untuk menjalankan dakyah nafsu mereka....

Menariknya...semasa kami pulang tu..berdekatan dengan perkarangan JOM HEBOH nie ada court bola tampar....masa tu...ada Geng Ustazah sedang bermain badminton..peh....simbolik dan ironi gile....mungkin Geng Ustazah tu cuba untuk berdakwah bil hal dengan menunjukkan contoh suri taulan yang baik dari segi berpakaian dan pergaulan...huhu......moga semua pengunjung yang datang dan perasan kelibat mereka dapat mengambil iktibar dan pengajaran seadanya...huhu


Sekadar ingin memetik persoalan hukum Jom Heboh ini......aku selitkan sikit info tentang nya...huhu....
Soal Jawab : Hukum Kunjungi Karnival Jom Heboh
(diterbitkan di Majalah-i, Oktober 2006)
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.com

Ulama melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran ke majlis konsert itu sudah tentu bertentangan dengan larangan Allah di atas. Mungkin kerana sebab-sebab yang dinyatakan inilah, para Mufti memfatwakannya sebagai haram. 

Adapun, hukum untuk seseorang menghadiri gerai-gerai yang disediakan bersama keluarga untuk membeli belah dan mendapatkan baranagan keperluan dengan harga murah. Ia tertakluk kepada : -

a) Niat lawatan anda ; Sekiranya niat anada benar-nbenar hanya untuk membeli belah dan membawa anak-anak berjalan tanpa melibatkan diri dari yang haram. Maka hukum menjadi harus.
b) Keterlibatan dalam sebarang aktiviti maksiat yang ada di karnival itu atau meninggalkan kewajiiban sebagai Muslim. Seperti menghadiri konsert dan meninggalkan solat lima waktu kerana leka ber'shopping' atau tidak menutup aurat semasa berjalan dan yang sepertinya. Sekiranya anda hanya pergi mendapatkan barangan atau informasi sebenar (tidak termasuk informasi berkaitan perkara yang jelas haram, seperti informasi gosip dan mengumpat di kalnagn para artis) yang diperlukan kemudian terus balik. Saya kira tiada masalah yang besar tatkala itu.

P/S.....Moga kita tidak hanyut di telan arus fatamorgana yang sangat tidak jemu kunjung tiba dalam setiap rongga kehidupan untuk mengajak kita meneruskan keseronokan dunia sehingga Lupa sujud padaNya dan lupa akan hakikat diri sebagai seorang HAMBA di BUMI pinjaman dariNya ini....Jauhkan kami Ya ALLAh....

2 comments: