Peehhhhhhhhhhhhhhhh...lama gila gua tak wat entri.....mungkin sibuk, buat buat sibuk, buat buat tidak tahu sehinggalah lupa untuk contang conteng dalam blog kesayangan ini.....sedar tak sedar dah sampai pertengahan tahun 2012....so...banyak sangat yang dilalui suka duka dalam perjuangan di bumi waqafan Pitas ini...macam macam juga berita yang didengar dilihat dan dimaklumkan sehingga kadangkala meruntun jiwa untuk merubah agar semuanya dibawah redha-Nya....namun apakan daya diri hanya semut kerdil yang masih bertatih memimpin diri menjadi lebih baik dari semasa ke semasa....kerana andai tidak mampu memimpin dunia sebaiknya jadilah pemimpin untuk diri sendiri....
Beberapa minggu lagu...tangan aku gatal tertulis lah satu status yang mungkin agak sensitif buat insan yang mengerti.....susah mahu dikhabarkan isu disebalik tatapan yang disuratkan...hehehehehe......ada.....tahu....milik......adalah la beberapa kata kata yang aku sendiri dah lupa...adeh.....namun hakikatnya.....benar dan benar apa yang berlaku sekarang....
"Saya bukan nak awak jadi ustaz...ulama....walau saya mengharapkan kamu menjadi seperti itu...namun saya tidak mahu kamu menjadi yang lain...sebaliknya saya mahu kau menjadi yang lain...engineer...pakar ekonomi....cikgu....atau apapun namun yang penting miliki agama dalam diri.ustaz tidak mahu ada...ustaz mahu kau miliki....jangan dipersoalkan kredibiliti seorang ustaz atau pakar agama kerana sudah fitrahnya memang beragama..cuma doakan semoga fitrahnya tidak menjadi fitnah....."

Masih ku ingat bait kata kata ini yang pernah diungkapkan oleh seseorang yang aku kagumi puluhan tahun dahulu..ketika masih "gila-gila" di zaman persekolahan dahulu..yang memberi semangat untuk terus berjuang di medan dakwah dunia penuh pancaroba..namun kata-kata ini ketika itu agak bagiku skema dan tidak dapat aku fahami secara total sehingga lah hari ini melihat dunia yang ada di depan mata....
Bagaimana baru-baru ini salah seorang nurse di salah sebuah hospital swasta terpaksa berhenti kerja kerana tidak sanggup menanggung dosa melakukan pengguguran haram kerana bekerja di hospital tersebut....pengguguran yang kebanyakkannya dilakukan oleh gadis melayu dan rata ratanya adalah agama Islam...hai...manalah tidak terfitnah agama kita ini andai kita sendiri yang menconteng arang kepada Islam itu sendiri.fuh.....dik kerana tidak tahan menanggung dosa menggugurkan kandungan 10 bulan kebawah dengan menghancurkan janin dan yang sudah mencecah 7 bulan dilahirkan seperti biasa namun dibiarkan mati!!.....respondennya pelajar sek men, siswi ipta ipts dan ramai lagi...yang mana modus operandinya sama.....iaitu hanyut dengan apa yang dinamakan cinta...Allah...sudah sirna perikemanusian kita mutakhir ini...
Tidak cukup dengan itu....melalui sebuah perkongsian bersama seorang sahabat yang mempunyai pengalaman belajar di Mesir menceritakan apa yang berlaku di sana yang terkadang tidak diketahui masyarakat...bagaimana pelajar yang malangnya mendukung galas menjadi pendakwah muda...daie...daieah penyambung tali tali agama terlibat dengan kebejatan sosial yang semakin merimaskan. di sana....tergamam aku mendengar cerita tersebut.....apa nak buat....huu
Lantas timbul rasa syukur dalam diri kerana walau diri yang hina ini tidaklah sehebat mana namun ALLAH masih memberi kesempatan untuk tidak terjebak dalam gejala seperti itu...mudah mudahan diri dan seluruh ahli kelurga dan orang orang tersayang dijauhkan daripada gejala seperti ini...malahan Dia tempatkan aku dikalangan orang orang baik ketika di maktab mahupun di bumi Borneo ini....Amin

No comments:
Post a Comment