Wednesday, September 18, 2013

Jodoh Itu Rahsia ALLAH

Semenjak dua menjak nie banyak jugak menjadi pendengar kepada beberapa masalah dalam perhubungan sesama rakan-rakan….macam macam punca dan masalah datang silih berganti demi menguji keutuhan sebuah perhubungan yang telah di bina berlandaskan cinta..jujur terkadang cemburu melihatkan mereka…punya teman berbicara….bergurau senda….telefon…semuanya Nampak manis belaka…mungkin sebab tu Allah bagi sedikit sedikit ujian untuk melihatkan bagaimana kita menguruskannya…huhu….

Apa pun perancangan kita sangat hebat setara mana sekalipon..huhu…ALLAH itu sebaik baik perancangan…kalaulah kita usaha mana sekalipun..namun andai ada perancangan yang lebih baik untuk kita yang telah ditetapkan..akhirnya berpisah jua…namun andai itu sudah takdirnya walau apa pun masalah dan musibahnya….akhirnya akan bersatu jua….itu lah dinamakan jodoh…pengalaman diri yang ada cukup[ mengajar diri erti sebuah perkataan bernama JODOH….ditambah juga menjadi pendengar setia para sahabat yang sudah bercinta..baru bercinta dan sudah berkahwin dan mempunyai anak sekalipun tidak terlepas daripada ujian dalam perhubungan..betapa MAHA PENYAYANG ALLAH pada hambanya yang tidak membiarkan kita leka…sekurang-kurangnya dengan ujian yang ada pastinya dalam memuhasabahkan diri atas tribulasi yang menimpa diri….muhasabah dan muraqabah itu jawapannya…

 

Aku menemukan sebuah ketetapan yang sudah aku ketahui sekian lama tetapi bila disogokkan dengan pelbagai cerita semenjak di bangku maktab lagi sehingga di bumi waqafan PITAS ini dan apa yang berlaku pada diri, aku sedar dan akui..benarlah JODOH itu Rahsia ALLAH…..huhu…apa pun yang berlaku kepada sesebuah perhubungan itu…ianya adalah hikmah kepada semua insane bernama manusia..andai manis akhirnya maka bersyukurlah dan terimalah seadanya pasangan kita…namun andai luka akhirnya..refleksi diri dan jangan lah kita menganggap ianya sebuah pengakhiran kehidupan…tetap perlu diteruskan…..kita hanya mampu merancang namun ALLAH itu sebaik dan MAHA Perancang…didik lah diri dengan ayat ayat dari ALLAH..ayat ayat motivasi dari insan di dunia siber yang sangat membina.

Teringat kata kata ustazah Fatimah Syarha yang juga dipetik daripada ayat Quran
“Boleh jadi sesuatu perkara itu baik untuk kamu….namun dasarnya tidak baik untuk kamu
 Dan boleh jadi sesuatu perkara itu tidak baik untuk kamu namun dasarnya tidak baik untuk kamu”..



Prof Muhaya juga ada berkata

“Ramai orang ingin mencari kebahagian dengan perkahwinan..sehingga terlupa diri sendiri dulu…selepas perkahwinan menggunung masalah yang dihadapi..lantaran menyalahkan takdir….bukan begitu caranya….Jangan berkahwin selagi diri tidak bahagia…Tanya pada diri sendiri bagaimana diri yang tidak bahagia boleh membahagiakan orang lain dan bahagia itu ialah orang orang yang bertakwa….kebahagian itu ialah apabila bahagia dan membahagiakan”




No comments:

Post a Comment