Wednesday, December 2, 2009

Memori Daun Pisang

"Abg Ngah jom main lagi…jom lah….jomlah”

“Ala…abg ngah penatlah…”

“Ala…jomlah…jomlah..”

“Yelah…yelah..nak main ape?”

“Kita main polis an3…injit injit semut…doremon 1 2 jaga..sep sep 1 2 jaga..”

“Banyaknya…adush…yelah…yelah”

Hari ini 2 Disember, aku bersama keluarga pulang ke kampong kelahiran ayahanda ku di Muar…tepat jam 11 pagi kami sampai di kampung halaman ayahanda ku…seperti biasa nenek ku ditemani Mak Tam dan anak-anaknya yang sangat comel..

Peh…tak menang tangan melayan budak budak tu….slepas habis satu game..ader jerk game lain yang ada kat kepala mereka..hehehhehe..sampai naik letih melayan nya…di benak aku terdetik..tak mengapalah…barangkali dan mungkin mereka rindukan bapa mereka..maklumlah ayah mereka seorang askar…payah nak ader bersama mereka…sebab tu bila ader teman bermain…mereka kerjakan cukup cukup…


Nie lah wajah pemimpim masa hadapan danial..fakhrul dan adam...huhuhuhu....yang paling kiri tu memang sebijik muka aku masa kecik...ngee~

Sedang sibuk melayan mereka…terkenang zaman kanak-kanak dahulu…tidak banyak yang menjadi kenangan…huhuhu…mungkin banyak kenangan pahit kot…sebab tu tak ingat sangat...melihat anak saudara aku begitu rasa rindu untuk kembali ke zaman kanak-kanak…mereka tak tahu aper yang berlaku pada mereka semalam ketika itu dan hari esok..yang mereka tahu mereka ada tempat untuk bergantung iaitu ibu dan bapa mereka nadi utama mereka…

Andai berpeluang kembali ke zaman kanak kanak apa sahabat semua akan buat?huhuhuhu..anak anak ibarat kain putihkan…tatkala di kampung itu baru ku kenal erti putih yang dimaksudkan dalam hadis Nabi S.A.W. itu….kita yang mencorakkan mereka mengikut acuan yang kita inginkan…andai hitam kita mahukan hitamlah mereka dan behitu juga sebaliknya….Bersediaker aku nie nak jadi seorang bapa? Peh..panjang angan2….takper..bak kata my baby roommate..daripada angan angan timbul impian…daripada impian akan timbul langkah untuk menjadikannya kenyataan…yeh!

No comments:

Post a Comment