Wednesday, December 2, 2009

Menyingkap Maghfirah Di Sebalik Hikmah

Alhamdulillah sudah selesai kita meyambut Hari Raya Aidiladha…..
Rasanya tiap tahun kita menyambut perayaan ini oleh semua umat Islam….
Banyak masjid dan surau bertungkus lumus menjalankan majlis ilmu sebagai satu medan dakwah untuk menyedarkan kepada kita akan hikmah disebalik ibadah korban ini....moga sesiapa yang terlibat scara langsung atau tidak langsun, Allah hitung pengorbanan mereka...

Namun, diri yang kerdil ini terdetik untuk bertanya sejauh manakan pengorbanan yang telah kita lakukan selama kita hidup.sejauh manakah kita arif dan faham akan erti sebenar sebuah pengorbanan..adakah pengorbanan hanya terletak pada tumbangnya seekor lembu di pagi hari raya..




Payahnya nak tumbangkan lembu nier....tumbang dah seekor...Pukul berapa datu harimau---pukul satu....ngee~









ha..yang nier senang sikit...mungkin redha dirinya dikorbankan...alhamdulillah...mudah kerja kerja penyembelihan..pukul berapa datuk harimau...pukul dua...ngee~








lembu ketiga sebelum disembelih.......pukul berapa datuk harimau..pukul tiga....ngee~








lembu kontroversi...malam hari sebelum korban...dier pengsan...en hashim nak sembelih malam tu jugak..tapi abang edi, kak lela punya adik berjaya membangunkan dier semula...esok pagi dier pengsan sekali lagi...peh memang kontroversi yang sekor nier...cukul lah 4 datuk harimau... alhamdulillah


Hakikatnya...pengorbanan perlu kta lihat secara holistik atau menyeluruh dalam menyingkap erti sebenar di sebalik ibadah korban itu sendiri...pernahkah kita terfikir akan betapa besar pengorbanan Nabi Ibrahim sehingga sanggup menjadikan anaknya sendiri Nabi Ismail sebagai korban semata wala’ atau patuh dan cintanya padaIlahi..Subhanallah, tentunya kta tak mampu melakukan seperti mereka kerana cinta yang ada dalam diri kita sudah banyak didasarkan pada yang bukan sepatutnya..jadi layaklah kita untuk digelarsebagai tidak adil kerana literalnya adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya...

Fuh hinanya diri ini....tak pernah ku menghayati secara total pengorbanan seorang ibu dan ayah kepada anaknya...pengorbanan seorang sahabat pada sahabatnya..pengorbanan aku kepada diri aku sendiri..namun yang lebih penting pengorbanan aku sebagai hamba ALLAH...justeru...dimanakah aku? Dan dimanakah sahabat semua?

Sekadar perkongsian...alhamdulilah aku dipilih olehNya untuk sama sama berewang sempena ibadah korban di institut aku Isnin yang lalu, hari terakhir untuk menyempurnakan ibadah korban....

Banyak pengalaman yang aku peroleh.ini kali pertama aku terlibat dengan majlis korban di institut.Terima kasih ALLAH..hehehe....pada malam hari aku bersama keluarga Kak Lela & Encik Zamri bersama-sama mengupas bawang, kentang, halia dan rencah-rencah lain untuk masakan pada esok hari ketika ibadah korban dilaksanakan...keesokkannya seawal jam 7.30 pagi warga institut sudah memenuhi perkarangan Surau Asy-Syakirin untuk sama-sama melihat pelaksanaan ibadah korban...peh..punyalah banyak insan yang aku tak kenal di sekeliling..ape lagi terkadang lebih banyak kerja daripada berbicara...huhu...

4 ekor lembu berjaya ditumpaskan..huhuhuhu...dijadikan korbanlah sahabat...pak cik mat nuar banyak berborak dengan aku...banyak ilmu dikongsi dengan aku terutamanya dalam hal masakan..tak kurang jugak ”sedikit” ilmu untuk bekalan kebahagian dunia juga akhirat...tak sia-sia aku datang....itulah dinamakan Menyingkap Maghfirah di Sebalik Himah...huhuhu...
Tepat jam 3 petang usai sudah segala majlis korban disitu..alhamdulilah segalanya berjalan lancar...memang tak menang tangan buat kerja..huhuhuhu...nasib baik ada tulang empat kerat...ku gagahi juga...ngee~

Moga tahun hadapan aku berpeluang lagi untuk menyertai ibadah korban ini...

P/S = terkadang kita jarang untuk mengambil pengajaran diatas apa yang selalu berlaku kepada kita...walau perkara tersebut sangat kecil namun di situlah Allah mentarbiyyah kita dalam mengharungi kehidupan ini..buat diri ini dan sahabat yang singgah keteratak ini..selamat berjuang di bumi waqafan ini...dan Selamat Menyingkap Maghfirah di sebalik Hikmah...

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA

No comments:

Post a Comment