Sunday, May 2, 2010

Dunia Yang TerlaLu Indah Untuk Aku TinggalKAn

Wajah Warga Pendidik SK Sungai Lui
assalamualaikum...huhu...dah lama tak mencoretkan sedikit lukisan hati di dalam blog ini...alhamdulillah...sudah minggu akhir ini agak relaks lah nak dibandingkan dengan minggu sebelum ini....entahlah ingin menghitung lembaran hari yang semakin misteri...akhirnya sudah tinggal bebrapa hari sahaja aku ingin tamat untk praktikum semester ini di Sekolah Sungai Lui ini....terlalu sedih dan hiba ingin diungkapkan akan perasaan yang terbuku dihati....

terasa baru sahaja melangkah masuk di sekolah ini pada hari pertama...jauh di sudut hati berbisik....inilah sekolah dan persekitaran yang paling best aku pernah praktikum nak dibandingkan dengan praktikum sebelum ini..

Macam macam aku dapat kat sekolah ini...dengan pentadbir yang bagus...guru guru nya sangat berhemah tinggi dan boleh masuk punya orang...tak lokek dengan ilmu dan sangat komited dengan tugas...walau apa pon yang berlaku...walau berbeza pendaqpat..matlamat mereka hanya satu iaitu inginkan yang terbaik. 


alhamdulillah..pengalaman mematangkan kita dalam kehidupan...InsyaALLAH akan aku cuba perbaiki mana yang patut...sangat perlu untuk memperbaiki diri yang sehelai cuma...waktu terasa sangat cepat berlalu....moga minggu minggu akhir di sekolah ini memberikan seribu satu makan untuk aku jadikan loncatan untuk mengharungi kehidupan...

hurm...hari nie...tanggal 2 Mei....sudah tamat praktikum aku...pejam celik...terlalu sekejab dan pantas masa berlalu pergi...dosa dan noda semalam biarlah rahsia untuk memperbaiki diri....apa yang penting kemampuan diri untuk terus berjuang pada masa akan datang....rindu rasanya.....dengan hilai ketawa cikgu di sana...gurau senda yang tak pernah lekang di bibir mereka membuatkan diri ini terlalu sedih untuk meninggalkan dunia yang baru sahaja 3 bulan aku huni itu......namun perjuangan perlu diteruskan kerana mengejar cita dan redha ILAHI....moga tetap terus tabah menghadapi mehnah dan ujian dariNYA...

P/S Guru Umpama Lilin yang Membakar...Sekali Kita menjadi guru...selamanya di mana-mana kita akan di panggil "cikgu"...hatta setelah bersara nanti...kita tetap akan memegang amanah dan title seorang insan bernama "Guru/Cikgu". Ya ALLAh ikhlaskan lah hatiku untuk menjadi seorang yang bukan sahaja berkongsi ilmu tetapi pendidik,murobbi dan mua'llim yang baik dan soleh...mungkin bukan yang terbaik di mata yang memandang..tetapi biarlah terbaik di mata sendiri..




No comments:

Post a Comment