Wednesday, May 19, 2010

SELAMAT HARI GURU

Salam ukhuwah dari semut kerdil....

sudah lama tidak dicoretkan luahan hati di sini..maklumlah sibuk menerjah setiap pelusuk kehidupan sebagai hamba yang kerdil....

Tanggal 16 Mei merupakan guru diraikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.....so alhamdulilah...di peringkat institut telah diadakan sambutan hari guru yang cukup menarik sekali...Tahniah kepada JPP tahun 2010/2011 kerana berjaya menghasilkan Sambutan hari Guru yang cukup sempurna walaupon ada kelemahan biasalah..itulah kehidupan di dunia seperti roda......

Berlegar legar wajah wajah suci guru guru yang pernah mendidik diri yang kerdil ini...cukup banyak pengalaman manis dan indah yang tak dapat dilupakan...alhamdulilah masih sempat ku utus ucapan "Selamat Hari Guru" kepada mereka tanda ingatan tulus ikhlas...seronok mereka dapat pesanan ringkas (sms) daripada anak murid yang telah lama mereka tinggalkan dalam sejarah hidup mereka...namun insyaALLAH selagi mampu bernafas..nama mereka akan tetap berlegar di benak fikiran ini.......

Selamat Hari Guru cikgu...jasa kalian takkan dilupakan...kau telah mengajar aku pelbagai erti kehidupan...moga ALLAh rahmati kamu semua.....benarlah kata pujangga jika "hari ini seorang manusia menjadi doktor, askar,pemimpin dan siapa pon kita di mata dunia ini" semua nya adalah hasil titik peluh seorang insan bernama guru......juga di tujukan kepada semua insan bergelar guru semoga sentiasa tabah mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang berkualiti pada masa akan datang....

"Selamat Hari Guru"
"Guru PEmbina Negara Bangsa"

P/S Hamba yang kerdil ini juga akan menjadi seorang guru....semoga dapat menjadi setabah mereka sekuat mereka semesra mereka guru guru pembangun ummah penerjah kejayaan insan bergelar manusia

Jadilah seorang guru yang Hadirnya Di TUNGGU, Hilangnya Di RINDU....Ilmunya DI BURU..Nasihatnya DISERU..mampukah aku..insyaALLAH..amin.......



No comments:

Post a Comment