Saturday, January 9, 2010

Jom Derma Darah

Alhamdulilah....dengan izinNya....semalam 8 Januari 2010 aku dengan sahabat aku, Pian mengorak langkah dengan pergi ke Pusat Darah Negara untuk menunaikan tanggungjawab sebagai penderma darah....

Kerapkali berkumandang di Radio dan Televisyen mengatakan negara kita kekurangan bekalan darah...Masya-ALLAH..kasihan mereka yang memerlukan darah tapi tidak mencukupi...mungkin dengan menderma darah yang diberikanNYA ini walau pengorbanan yang sehelai cuma, namun aku harap dapat membantu pada yang memerlukan...Amin....

Sepanjang berada di PDN (Pusat Darah Negara) kami diberikan layanan yang cukup mesra...pertama kali aku jumpa seorang wanita yang sangat peramah dan baik hati...umur macam sama..tapi aku still panggil kakak..huhu..maklumlah dalam keluarga semua lelaki...sejuk hati kami menerima layanan daripada beliau...

"Moga darah yang ALLAH pinjamkan kepada aku ini..ingin aku kongsi kepada yang memerlukan..mudah-mudah bermanfaat"






p/s MOH DERMA DARAH KAMU....

Friday, January 8, 2010

Pengembaraan Diteruskan

Selepas itu...sepanjang minggu nier...aku berkesempatan untuk menziarah 2 buah masjid berdekatan dengan tempat aku belajar....

Sambil ziarah boleh dengar kuliah maghrib sekali daripada ustaz-ustaz berpengalaman...alhamdulilah....dapat tambah ilmu di dada.....walau mungkin sedikit tapi bermanfaat...insyaALLAH



Nie masjid baru dekat bandar tasik permaisuri...aku ngan pian maghrib di sini dan usai sahaja ada kuliah maghrib daripada seorang ustaz nie.. memag ilmu penuh di dada..kagum hamba yang kerdil ini mendengarnya..Nama masjid -Masjid AN-Najihin




Seterusnya, hari Rabu (5/01/2010) aku pergi ke masjid Saidina Osman kat Bandar Tun Razak....ada ceramah sempena Maal Hijrah tajuk ceramah "Kembara Hijrah Nabi"....seronok jugak dengar sampai Pian Tertidur...hahahahhaha



P/S Moh Kita sama-sama ke masjid atau surau berdekatan tempat kita....mudahmudahan bermanfaat untuk diri kita insyaALLAH

Rumah-Rumah Allah

Alhamdulilah......

Sekarang sudah melangkah ke tahun 2010...terlalu pantas masa berputar mengikut roda dan aturan Ilahi...sedar dan tak sedar sudah hampir 5 tahun pengajian aku di Bumi Waqafan Ipteknik ini....

Tahun 2010 nie,,,ada satu impian yang ingin aku laksanakan...aku nak menjelajah seluruh rumah ALLAh yang ada kat sekitar Kuala Lumpur ini...aku nak mengembara mencari masjid dan rumah-rumah ALLAH di sekitar tempat aku belajar...InsyaALLAH, bermula daripada aku sampai maktab aku dah mulakan pengembaraan untuk memenuhi impian aku ini...

Permulaannya...dah 5 buah masjid aku lawati...

Nie Masjid Asy-Syakirin kat KLCC..aku dengan sahabat aku, Pian-kaki jalan menjelajah ke masjid ini untuk menunaikan solat fardhu maghrib selepas kami selesai melihat pameran "Gegar Generasiku" di Dataran Merdeka Sabtu yang Lalu (1/1/2010)





sapa tak kenal masjid nier...Masjid Negara Lah...sebelum pergi Masjid KLCC nie..aku n pian pergi Masjid Negara nak solat Fardhu Asar...





Lepas tu..kiteorang pergi kat Masjid Muadz Bin Jabbar kat Desa Tasik...peh...tak agak-agak...23 masjid dalam satu hari...huhuhu

P/S Rumah ALLAH sangat banyak di bina dengn pelbagai reka bentuk...namun mengapa masih ramai umat Islam yang masih liat untuk mengunjungi Rumah-rumah ALLAh inii..bukan aper...masjid besar bagai nak rak...namun untuk memenuhkan saf pertama pon amat sukar....

"Maka Nikmat Yang mana satu ingin Kamu Dustakan" -Surah Ar-Rahman

Makanan Anti KolesTrol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

P/S Marilah sesama kita menjaga kesihatan...umur kita semakin meningkat..sedar tak sedar aku dah nak masuk 23 tahun..jadi kesihatan sangat penting bagi aku...maklumlah...keluarga aku ada penyakit keturunan....Jom Jaga Kesihatan

Wednesday, January 6, 2010

RinDu PaDA mu...

Assalamualaikum...

dah lama tak update blog aku nie...maklumah cuti sekolah tahun lepas amat bermakna buat diri aku..huhuu.....macam macam pengalaman aku dapat dan belajar...

alhamdulilah pada 4 Disember 2009 - 27 Disember 2009 aku diberi amanah dan tanggungjawab untuk menyertai beberapa kem motivasi anjuran AKRAB (Akademi keluarga Bahagia) bertempat di MAPETRA Sungai Lui...

aku berkesempatan menyertai Program Summer Camp dan Program Kem Jati Diri Remaja...sesungguhnya...sangat bersyukur kerana dapat turun padang melihat masyarakat aku...bangsa aku sendiri..menyelami masalah mereka...walau tidak berkelayakan untuk menjadi seorang kaunselor..namun atas dasar cinta dan kasih sayang pada anak bangsa dan saudara seislam...aku gagahi juga untuk memperbetulkan mereka sekadar mana yang termampu...

banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang berada di sana...banyak pengalaman pahit...suka dan duka kami semua fasilitator lalui bersama bersama tiap peserta peserta yang hadir dalam program tersebut...

Pengalaman paling tak dapat dilupakan ialah dimana kita mendengar masalah anak-anak remaja zaman sekarang yang semakin hanyut di telan arus emosi dan kemodenan mutkahir ini...terlalu rapuh dan goyahnya anak remaja zaman sekarang..

adik-adik semua kami semua mendoakan semoga adik-adik Kasih dan Sayang sentiasa tabah mengharungi kehidupan dan semoga bahagia dunia dan akhirat...




kenangan bersama adik haziq...sempat lagi berposing dengan adik nie lepas habis closing ceremony....hehehehe...

moga untuk program seterusnya...aku berpeluang untuk menyertai kem seperti ini lagi....