Tuesday, October 9, 2012

Selamat Pengantin Baru Keluarga Akrab

Sedar tak sedar rupa-rupanya dah 3 orang ahli keluarga AKRAB sudah melangkah ke fasa kehidupan yang baru...teringat dulu zaman muda muda dulu yang "gila kentang" bak kata kak najwa tiap kali cuti sekolah bermula....berkampung di Sungai Lui....ketika tu masing masing takda apa apa komitmen lagi...tapi sekarang biasalah..masing masing sudah ada tanggungjawab masing masing...what everpon...harap2 dapatlah jumpa selalu dengan family AKRAB smpi bila bila coz dah janjikan sahabat sampai mati...huhu.....

Akhirnya semua mereka sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan masing masing dan alhamdulillah ALLAH bagi yang terbaik untuk mereka....Orang yang baik untuk orang yang baik...amin.....tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka.....

Pesanan untuk Korang Bertiga : memang tak adil korang buat majlis nikah masa aku ada di oversea ok!...sgt tidak adil….hahahhahahaha….


haha..kelakau neok kak syud.....sgt adik-adik

Mama and Daddy to Be....huhuhu...congratulations...

Khas Untuk Kak Syud : Semoga selamat ketika melahirkan anak nanti yer…jangan terlampau masuk air takut bawak effect kepada baby nanti….hahaha……jangan lupa minta suami redha dan ampun betul betul sebelum nak bersalin….ustaz kata tips untuk mudah bersalin sepantas kilat….huhu….



Mambrouk kak najwa.....


To Kak Najwa : …..selaku perunding imej i….selamat berbahagia dan bercinta hingga ke syurga….Allah beri sebuah pelangi yang indah setelah Dia hadirkan hujan dan rebut taufan di Sungai Lui….huhuhuhuhu…harap faham yer jgn jadi macam kak nysa….lamb pick-up…harap je pakai motor LC….hahahaha…..cepat cepat dapat anak buah yerk….tolong update blog…dah macam hidup segan mati tak mahu….hahahhaha….




haha......tahniah azie n epy......nanti ko bulan 11...rombongan cik kiah dtg serang parlimen REMBAU


To Epy : Shbt dunia akhirat….banyak yang dah dilalui dan tahniah kerana terus tabah mengharungi dugaan kehidupan dari yang Esa…moga lebih matang dalam membuat keputusan…..selamat meneruskan percintaan sehingga ke nafs yang terakhir…semoga meenjadi suami yang soleh……..

Kepada abg dan kakak AKRAB yang lain cepat cepatlah kahwin yeerk…sekarang misi kita kene kahwinkan ABG LONG……soh dia cepat jalan…ABG NGAH nak jalan dah nie…hahhahahahahahhahahhahahahahahhaa……..tapi kak NYSA tak boleh lagi yerk…sebab DIA BAWAH UMUR….

Mintak izin ambil gmbar korang dalam fb..untuk sematkan dalam blog yang mantap nie…hahaha…..kalau ada rezeki mopga dapat berkampung lagi di Sungai Lui walaupun ada komitmen masing masing moga ada satu hari na…hahaha….atau belanja abg Wan Kenny Rogers masa balik Malaysia hujung tahun nie….hahaha….first gathering masa Abg Epy punya majlis yerk….ok…roger n out…..

P/S "Semoga menjadi suami, isteri, anak, ibu dan bapa yang soleh dan solehah....melahirkan zuriat zuriat yang soleh dan solehah dan mengemudi bahtera@masjid semampu dan baik mungkin dan apa yang penting Selamat Bercinta Hingga Ke Syurga"

Di Mana Tuhan??


Assalamualaikum.......

Akhirnya diberikan sedikit kekuatan untuk meng'update' blog yang lama sudah tak empunya diri belai dan lawati....mungkin kerana sindrom 'busy' yang sering menghimpit diri sehingga kerap tidur awal dan malas nak online terlalu lama....balik mengajar di sekolah......neok tb.....maen badminton..malam buka lah laptop sebentar...pahtu nero lah smpi esoknya....itulah rutin di bumi Pinggan-Pingganm yang serba indah ini.......hahahhahahahaha.....

Seorang sahabat meminta aku mengupdate blog ku ini....banyak yang nak kabo tapi sibuk nau memanjang...*kan dah terkeluau bahasa Melaka aku....hahaha......banyak idea idea dtg nak buat entri baru tapi biasalah...biar biar smpi berbulan tapak sesawang nie tidak berentri.....huhu...insyaALLAH mulai daripada hari ini akan start blogging semula...tapi tak tahulah azam atau omong omong kosong.

Malam tadi, diri diberi kesempatan untuk singgah di Masjid Pinggan-Pinggan untuk mencedok sedikit ilmu buat bekalan dalam kehidupan seharian....Alhamdulillah sebuah pengisian yang cukup bermakna.....akhirnya jumpa juga ustaz yang menjadi bualan orang-orang di Pitas semasa ku di sekolah.....terdetik juga nak pergi kuliahnya masa bulan Ramadhan yang lalu namun tak mampu sebab habis jer sekolah terus shoot balik umah...

Mengagumi perjuangan dan jalan cerita kehidupan yang Ustaz Wan dan beliau ceritakan di awal tazkirah ketika itu....

"Di Mana Tuhan????" satu ungkapan yang biasa didengari namun terlalu sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk natijah dan sebuah pengertian.....teringat dulu pernah baca sebuah buku bertajuk "Ibu...Dimana kah Tuhan"....pengisian malam tersebut banyak persamaan dengan apa yang dilontarkan oleh ustaz tersebut...

"Di mana-mana"
"Di sekeliling kita"
"Di dalam hati".....itu antara jawapan para jemaah dalam sesi tazkirah malam kelmarin.....first mendapat persoalan tersebut memang benar terdetik dalam hati yang sirna ini jawapan yang sama...huhu..lemah lagi gupaanya.....salah bha semua jawapan tersebut.....

Al-Fadil ustaz melontarkan beberapa analogi untuk mematahkan setiap jawapan jawapan yang diberikan oleh para jemaah...bukan mematikan tetapi membawa jemaah berfikir......eh betul jugak apa yang ustaz tu kabo...

"Kalau ALLAH ada di mana mana...takkan ALLAH berada di tempat tempat kotor, najis dan sebagainya kerana konsep di mana mana membawa maksud tempat....naa...barulah"

"Di sekeliling atau di dalam hati...andai ALLAH ciptakan makhluk yang tiada punya kuasa dan tiada daya...Dia tidak akan cipta di dalam jasadnya tetapi diluar jasadnya"

"Ustaz juga membawa bukti yang ada pada fitrah kejadian manusia yang kadang kadang kita tidak sedar bahawa itu tandanya ALLAH itu Maha Tinggi.......bagaimana??.....

1)tatkala kita berdoa...kat mana tangan kita ditadahkan....tentunya ke atas
2)andai di atas kapal yang bergelora......lantas fitrah kita akan meminta pertolongan lantas pandangan akan dijenguk ke atas dan menadah tangan memohon pada ALLAH
3)seorang kanak kanak yang tidak tahu lagi hujung pangkal kehidupan apabila ditanya di mana ALLAH akan di jawab dan menunjukkan jarinya ke atas.....

Analogi yang pada aku hebat dan cukup mudah difahami bahawa ALLAH itu di langit dan bersemayan di arasy......dan tak perlu kita persoalkan bagaimana ALLAH bersemayan dan rupa bentuk Arasy pada lahiriah seperti yang digembar gempurkan dalam cerita cerita Barat mutakhir ini.....

Itulah bab akidah.....beliau menegaskan kepada semua jemaah di awal tazkirahnya...kalau nak kenalkan Islam pada orang Islam dan bukan Islam....perlu dimulakan dengan akidah...bukan fiqah dan cabang ilmu Islam yang lain....

Akidah sebagai satu kepercayaan dalam diri kita....itu yang perlu dibangunkan dahulu barulah datang perkara yang lain......namun bab akidah perlu kepada mualim yang sepatutnya....tak leh simply beli buku dan baca tentang akidah...perlu berguru...sebab ia melibatkan kepercayaan.....

Free mason....pagan..free thinker adalah antara akidah yang sudah terpesong dan menular dalam masyarakat kita.....bila akidah tak mantop....huhu...hok lain pon akan ikut sekali seiringan.....mudah mudahan hati kita kekal tetap sehingga nafas yang terakhir.....amin......

Saturday, September 8, 2012

Jom Puasa 6..hehe


Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


Kepada sesiapa yang masih belum menyempurnakan puasa 6, sama-sama kita sempurnakan naa...memang lah asasnya puasa sunat tapi tak salah kita buat kan...huhuhu..sempat lagi nie....

Selamat Hari Raya Aidilfitri....Maaf Zahir dan Batin

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan : Kedatanganmu Ku Nanti

Hari ini 29 Syabaan...beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan...Subhanallah sedar tak sedar dah tiba di sebuah bulan yang lebih baik daripada seribu bulan...Bulan yang hadirnya dinanti...perginya ditangisi...mengharunginya dengan penuh pengisian menjanjikan 1001 manfaat dari sang Pencipta.

Seribu satu azam ditanam dengan semat berupa azimat untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya....mungkin Ramadhan sebelum ini tidak dapat memberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan penuh redhaNYA sehingga berjumpa Ramadhan kali ini.....mungkin taubat sebelum ini belum cukup kuat dan ampuh untuk menjadikan diri di dalam mawaddah wa rahmah dalam mengharungi kehidupan.

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:

Puasa orang awam ~ hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat.

Puasa orang khas ~ cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.

Puasa paling khas ~ menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah.


Selamat Berpuasa Semua!!!

Semoga Mendapat Puasa Yang Mabrur!!!

Chaiiyok!!!!

Thursday, July 12, 2012

:: Aku Terima Nikahnya ::

First entri selepas cuti sekolah.. sedar tak sedar dah masuk bulan Julai boh.....balik jerk daripada kampung beberapa minggu lalu....aku dihujani dengan pelbagai tugasan dan kursus untuk mematangkan diri dan melengkapkan amanah sebagai seorang guru....

Juz wanna to share the happiness of my brother's wedding......tahniah uda...semoga berbahagia dengan isteri yang sekarang ini sedang mengandungkan anak pertama...wah...pantas dan efisennya...tahniah adikku....nak bercucu dah rupanya mak dan ayah....huhu...

Cuti sekolah yang lalu...sangat sibuk menguruskan dan membantu mak dan ayah dalam menguruskan majlis perkahwinan uda dan isterinya, linda......barakallahulakum......


Semoga menjadi seorang anak yang soleh...suami yang bertanggungjawab dan ayah yang mithali...amin.....insyaALLAH......Selamat Bercinta Hingga ke Syurga..=p

bergambar sebelum saat lafaz sakinah


Mak & Ayah dipaksa untuk disandingkan buat kali kedua....huhu....




P/S...Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH...amin.....