Saturday, February 22, 2014

Kembara Pitas CAPSULE 15 : MSSM DAERAH PITAS 2014


Setelah sekian lama tidak menulis di blog kesayangan ambo nie...huhu....biasalah dihimpit jutaan kerja yang sangat tidak pernah usai. habis satu kerja datang lah kerja yang lain...itulah kehidupan ker..lama juga tidak "update" tentang pengembaraan di Pitas yang tahun ini masuk sudah 3 tahun aku di sini...entah untuk berapa lama lagi takdir rezeki ku di sini...ku serah segalanya pada ALLAH...

Minggu ini baru sahaja selesai sukan MSSM Daerah Pitas.....berhempas pulas kami dan guru guru jurulatih yang dilantik selama 2 minggu sebelum bermulanya kejohanan....masing masing di hati jurulatih ingin memberikan yang terbik untuk anak anak muridnya seterusnya memburu juara di acara kejohanan nanti...

Tahun ini diberikan amanah untuk membantu menjadi jurulatih di bahagian lontar peluru....walau rasa terpaksa pada mulanya kerana aku bukan lah mahir dalam bidang ini kerana yakin dan percaya ada insan yang lebih aula daripada aku patut menjadi jurulatih...namun aku gagahi kerana mungkin ada hikmah di setiap sesuatu yang berlaku....aku galas tanggungjawab tersebut dengan hati yang terbuka....dan sejujurnya alhamdulillah sgt bersyukur di samping melatih atlet atlet ini aku banyak dapat ilmu daripada rakan rakan jurulatih yang lain yang mahir dalm bidang olahraga ini...khususly dalam acara lontar peluru...sebelum ini mungkin main lontar je dan sedikit peraturan mengenainya...namun sambil menjadi jululatih ini banyak info aku ketahui tentang acara ini....Terima kasih kepada cikgu adzri dan cikgu noris yang banyak memberi tunjuk ajar.....


Antara Barisan Jurulatih (Cikgu Sarah, Cikgu Firdaus dan ketua Jurulatih : Cikgu Adzri)

Selama dua minggu aku membantu budak melatih dan memahirkan dalam kemahiran dan acara masing masing....huhuhu...agak letih ye....mana tidaknya bermula jam 7/8 pagi sehinggalah petang jam 4/5...bak kata orang dah macam kerja pejabat....tetapi kita gagahi juga dan mengganggap ianya dalah tanggungjawab sebagai seorang guru.




Bergambar Di Dataran Bengkoka Sebelum Kejohanan Bermula

PerBincangan Tentang Acara Berkumpulan

Atlet Atlet kebosanan menunggu acara berlangsung
 Setelah berhempas pulas ada acara yang meihak kepada kontijen kami begitu juga sebaliknya....namun adat dunia menang dan kalah yang dilihat adalah usaha ke arah itu dan semangat kesukanan yang tinggi....paling menyedihkan ialah betapa para atlet berasa sedih dan hampa kerana gagal meraih emas untuk kontijen mereka sehingga ada yang menangis kerana menghampakan jurulatih mereka...

Perserta Perbarisan Zon 6 dari SK PEKAN PITAS 
Kami pulang dengan senyuman lebar kerana walaupun bukan lah Johan namun kontijen kami mendapat Naib Johan Keseluruhan MSSD Pitas bagi tahun 2014...satu pencapaian yang amat baik untuk kami semua...kami menyapu 9 pingat sepanjang kejohanan....3 Emas 3 Perak 3 Gangsa...syabas ZON 6...

Semoga atlet yang akan mewakili daerah ke peringkat Pantai Barat Utara (PBU) akan terus menyinar seterusnya menaikkan nama Daerah Pitas dalam sukan...Majulah Sukan Untuk Negara.....

Friday, January 3, 2014

Jujur Aku Rindu Kamu Semua

Monster Besar Yang Suka Makan Manusia
Barbekiu KJDR Siri 3 2013
Tahun 2014 sudah menjelma sedar tak sedar sudah berlalu tahun 2013 dengan penuh suka dan duka....Tahun ini masuk tahun keempat aku berada di bumi sabah...alhamdulillah tahun 2014 penuh dengan azam dan impian baru dan lama yang masih belum dicapai lagi...mudahan azam yang masih belum tertunai tahun lalu terpaksa dibawa kehadapan demi agama dan diri sendiri...amin

Huhu...penghujung tahun 2013...the best memories and hope remain cherishable...the fact is aku sendiri tak tahu kenapa aku bertukar 360 semasa berada dengan mereka...terlalu seronok...happy dan bersyukur dengan ukhuwah yang dianugerahkan ini..moga ALLAH jaga kami sehingga pertemuan kami seterusnya...

Pertemuan yang ALLAH aturkan 4/5 tahun yang lalu terlalu akrab dan sukar untuk dilupakan....terlalu sedih dan sayu untuk ditinggalkan...terasa sebak apabila rindu menjelma...dan terlalu sayang akan sebuah ukhuwah bernama persahabatan....banyak yang aku pelajari di sini dengan mereka...berkongsi kehidupan dengan mereka...mendalami kehidupan mereka...dan apa yang penting mencontohi mereka dan menetapkan dalam diri yang bahagia itu ada di mana mana andai kita yang mencarinya....banyak sudah diri ini diupgrade menjadi manusia yang lebih baik seiringan perkenalan dengan mereka...mereka mengajar bahawa Islam itu tidak rigid dan bagaimana kita membawa diri itu adalah segalanya di mana kita berada....buatlah apa pun selagi mana tidak bertentangan walupun nampak pelik, its still can be done....

Kenangan Beberapa Tahun Yang Lalu
AKRAB didalamnya terdapat 1001 kisah yang terlalu sukar untuk dikhabarkan pada orang lain selain menjadi sebahagian daripadanya...walaupun fasi silih berganti namun keakraban tetap terasa seperti sudah lama mengenali...satu perkara yang sukar untuk diperoleh ditempatlain....sudah 4/5 tahun aku membesar dengan sahabat AKRAB ibarah my second family..i love them ver much!!!

Masing Masing ada perangai dan kerenah yang sgt unik dan hebat...
Ya ALLAH aku rindukan mereka....jadikan perpisahan ini hanya sementara..jagalah kami mudahan kami bertemu dipertemuan seterusnya..


Inilah Kami...Akrab Family

Aku rindukan mereka........Kadangkala Airmata Jernih mengalir mengenangkan kenangan bersama mereka...Ya ALLAH bahagiakan mereka..semoga semua kehidupan mereka dipermudahkan..bahagia dunia dan akhirat...amin


Masa Tengah TingTong

Saturday, November 16, 2013

Sebening Pengharapan Di Airport

Sebening Sajak Di Airport Kota Kinabalu

Ya ALLAH
Ku bersujud padamu
Berdoa pada yang satu
Padamu aku mengadu
ALLAH yang satu

Ya ALLAH
Mohon petunjuk dan hidayah darimu
Berderai air mataku
Ku ingin dekat dengan mmu
Ampuni segala dosa ku yang lalu

Ya ALLAH
Hambamu ini mencari ketenangan
Berilah aku secebis ketenangan untuk ku
Agar aku kuat untuk menghadapi UjianMU ini

YA ALLAH
Aku pencari ketenangan
Bantulah aku harus aku apa untuk mendapat ketenangan ini
Aku merayu merintih padaMu
Kau Maha Mendengar rintihan jiwa yang perlukan MU ini
Amin……

Sunday, November 3, 2013

When You Sad


Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu:



"Inilah perjalanan hidupku.. Allah Ta'ala yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan Allah.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.."


Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.. Terima kasih Allah, kerana mengasihiku. Selepas itu, buka matamu dan senyumlah..
Lah Tahzan InnallahaMaana

Friday, November 1, 2013

Cintaku kerana AgamaMu


Tidak diketahui adakah ini hanya mainan perasaan...atau adakah bisikan syaitan...tetapi semakin hari semakin aku cuba ingin mengenali dan mengetahui mu apa ada nya....

Semenjak kali pertama kau melangkah ke bumi waqafan ini....hati ini berdebar untuk mengenali mu...walau aku tidak pernah bersua dan berbicara tak aku ketahui perassan gila apakah ini yang sedang melanda dan semakin hari semakin menebal perasaan ini...

Lantas ku panjatkan doa..padaNYa...

"Andai ada jodoh antara kami...mohon rapatkan hati kami dalam cara yang diredhai
namun andai perasaan ini ialah mainan syaitan...damaikanlah hati ini dan jauhkanlah dengan cara yang baik"

Aku tidak mudah untuk meluahkan..bukan kerana ego..tetapi aku dididik dan punya prinsip yang insyaALLAH yang aku pegang dari sekolah lagi...tidak mahu mudah melafazkan cinta kerana bimbang natijahnya negatif, akan membuatkan sedih dan bermuram durja..cukuplah hanya ALLAH yang mengetahui perasaan ini...dan biarlah bila masa dan ketika betul masanya..ia akan hadir juga walau bagaimana pun cara dan siapa pun dia....

Ustazah Fatimah Syarha pernah membahaskan isu ini...biarlah orang lain..yang penting kamu...banyakkan "MENJADI" daripada "MENCARI"...Have Faith in ALLAH..insyaALLAH akan hadir orang yang seiiring dengan mu seperti kamu juga...

Memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelum ini juga merupakan satu USAHA ke arah mendapatkan jodoh yang baik...banyak orang kata kene USAHA kene USAHA...hati ini damai dengan ketetapan tatkala ini masa ini dan detik ini MEMPERBAIKI DIRI dan banyakkan MENJADI adalah sebagai satu usaha..amin...mohon keberkatan daripadaNya..moga berubah semata mata kerana ALLAH...

Pagi ini sempat mendengar kuliah "CINTA HIGH CLASS di youtube...ahli forum pasangan bahagia Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi....cukup seronok mendengar kuliah itu....mudahan bermanfaat ilmu yang diperoleh secara maya ini....

InsyaALLAH....sempena maal hijrah ini..moga azam dan ketetapan ini mendapat manis akhirnya...
Mudahan kesabaran itu ada manisnya...

Bukan Menafikan Fitrah...Namun tidak Mahu tertipu dengan apa yang dinamakan Fitrah
Dan berusaha semampu mungkin untuk Tidak mahu menjadikan Fitrah yang suci ini satu fitnah...nauzubillah
Mungkin diri tidak punya ilmu yang banyak sangat jahil..tetapi insyaALLAH moga untuk perkara ini...kita tetap terus kuat...

Andai empunya diri entah dimana ia berada, membaca membaca artikel ini...

InsyaALLAH akan aku perbaiki dan persiapkan diri semampu mungkin
Wahai Allah yang mencipta CINTA..aku tangguhkan dulu hasrat ini untuk aku melakukan perkara yang lebih penting iaitu memperbaiki diri agar menjadi hambaMu yang taat
Tidak mahu meluahkan apatah lagi mengajak mu bernikah sedang diri masih terumbang ambing
Sedang kapal ku masih belum terbina..yang ada hanya sampan yang masih kukuh berdiri..
Andai satu masa nanti, diri sudah betul betul bersedia akan aku carimu dan sunting mu menjadi pendamping hidup ini...namun andai kau sudah dimiliku tatkala itu..insyaALLAH moga ALLAH gantikan yang lebih baik...allhumma amin...
Aku hanya insan biasa namun aku ingin bina "CINTA HIGH CLASS" bersama mu...
dan Aku mencintaimu kerana agama dan akhlak yang ada padamu.....
Moga azam ini kekal tersemat dihati sehingga nafas yang terakhir untuk menjadi hambaMu yang Soleh

4 CIRI UTAMA CINTA HIGH CLASS (Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi)

  • cintamu kepadanya mendaulatkan ALLAH sebagai prioriti utama
  • cintamu kepadanya hanya kerana ALLAH
  • cintamukepadanya bermujahadah melawan hawa nafsu
  • cintamu kepadanya dan hambluminnas seiring dan sekata


"Sesiapa yang kahwin kerana nak menjaga diri dia, agama dia, Allah Taala akan bantu, wajib Allah Taala membantunya. Jangan risau, tapi dengan syarat dia kahwin bukan nak seronok semata-mata. Memang dia kahwin untuk menjaga diri dia, waktu tu dia akan ada rasa tanggungjawab." (prof muhaya)

Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jofree

" Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, 
anggap sahajalah tidak ada kebaikan "


Antara ciri2 Wanita /lelaki yg baik :
-Tak akan berpanggilan sayang/abang/ dan lain2 dengan yg belum halal baginya.
-Tak akan keluar berdua-duaan dengan yang belum halal kerana ia akan membuka pintu zina.
-Tak akan mudah percaya janji manis lelaki /terima cinta lelaki kerana menjaga hatinya untuk yang halal.
-Tak akan mudah goyah dengan kecantikan duniawi kerana tahu ia sementara.