Thursday, May 19, 2011

Cintai dia dalam DIAM

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, mungkin Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Terpana membaca ungkapan ungkapan indah ini dalam facebook....tak nak terlepas aku mintak izin copy masuk dalam blog aku..,...cinta dalam diam...aduh..terlalu sukar meyuratkan apa yang tersirat kerana sebab dan musabab yang sangat munasabah.....
CINTA??? terlalu mudah melafazkannya...berapa ramai antara kita pada hari ini yang memandang sepi erti kata sebenar apa itu cinta...haha...dah lama tak borak ngan member pasal topik ini...dulu selalu borak tak kurang juga yang meminta nasihat......duk sibuk bagi kuliah kat orang tapi diri sendiri masih terumbang ambing memaknakan sebuah pencarian yang tidak diketahui mana awalnya dan mana akhirnya.....

Buat yang telah menemui cinta (dalam komteks enta enti)....semoga segalanya berjalan lancar....semoga cinta itu tidak memakan diri dan menjaga cinta agar tidak dicemburui oleh hawa dan nafsu yang sentiasa menyediakan kelengkapan untuk meragut kesucian sebuah cinta dalamn erti kata yang cukup halus....

Buat yang sedang mencari cinta semoga dipertemukan serikandi agama yang cocok buat anda dan seisi keluarga anda...tanamkan dalam diri kita tiada redha dalam rumah tangga andai ibu dan ayah bermuram durja dengan pilihan kita.....believe it....

Apa yang penting....sama sama mujahadah mencari cintaNYA yang sentiasa ada namun kita yang tidak mahu mengenggam nya = nasihat pada diri yang hina......kerana cinta padaNYA tidak boleh dalam diam.....sebaliknya perli dilafazkan dengan pemanifestasian amal makruf dan nahi munkar...caiyok khairi hazwan bin zolkipli......caiyok umat islam!!!

Monday, May 16, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 8 : Selamat Hari Guru

Hari ini macam seronok jerk..happy jerk aku....huhuhu...alhamdulillah..moga kegembiraan yang seketika cuma dihargai seadanya.....
16 Mei 2011..hari ini hari guru...huhuhu.....tahun nie kali pertama aku sambut hari guru tatkala mana aku sudah bergelar guru..sebelum nie masa praktikum...tak pernah lah nak dapat sambut...time praktikum sama ada lepas atau sebelum hari guru......huhu...jadi...hari ini macam biasalah....pergi sekolah macam biasa...hahha.....minggu nie minggu peperiksaan, rileks lah sikit sebab datang dok jada periksa dan pantau keberadaan sekolah seadanya...tiada P & P pada minggu ini.........

Sampai jerk kat sekolah hari ini....si eunike murid tahun 4 sedang menunggu kat tempat aku selalu parking motor aku.....mungkin dia saja lepak kat situ...gupanya duk menunggu aku......haha....

"Mana cikgu nie selalu awal...."
"Haha..sory hari ini cikgu lewat sikit..maklumlah kamu semua peperiksaan..taklah cikgu kelam kabut sgt..."
"Cikgu nah......Selamat Hari Guru cikgu....."
"Haa?? agak terkejut aku...er...terima kasih eunike...selamat berjaya untuk peperiksaan kamu ya...."

Haha...terkejut jugak....ye ar....pagi pagi buta aku kene sergah macam tu.....nasib baek takda orang nampak...malu gak....

Hari ini ikut GPK pergi PPD untuk mesyuarat Kem UPSR......dapat sedikit amanah untuk KEM UPSR yang akan diadakan 21-22 Mei ini di sekolah SK Pekan PItas II...sekolah tercenta.....lepas habis...huhu.....Datuk Awang@GPK 1 sekolah aku belanja makan kat Restoran Singgahsana..salah sebuah restoran yang MELETUP kat pekan Pitas tu..huhu.....

Menariknya...perbualan kami terarah kepada alam perkahwinan atau alam zaman yang aku akan tempuhi selepas ini...tak tahu...dia seronok bercerita tentang pengalaman dia....sedikit sebanyak....banyak pengalaman atau idea yang menarik dan menyokong pendapat aku sebelum ini....idea dan prinsip aku ada sama jugak dengan cikgu nie....caiyok!! tapi dia sudah melaksanakan prinsipnya..namun aku masih terkial kial memperbaiki diri dan meneruskan perjuangan demi merencanakan sebuah impian yang semoga dimakbulkanNya.......

Balik daripada sekolah...pergi jerk kat tempat aku...wahhhh...haha...cikgu cikgu berdekatan semua haruk aku...hahaha...wah wan byk hadiah kau...aku tersenyum n ketawa jerk berdekah-dekah....
Gula-Gula....Buah Buahan.....Kad Ucapan

Kad Ucapan Mereka....kreative....dan puitis bahasanya.....

Kad Yang Mencuit Hati

..............................................
Lepas tu pulak.....ada inhouse jamuan....hahahha....."Untuk Kita Kita Aje..."...aku diperkenalkan oleh Cikgu Cikgu kat sini tentang makanan Sabah iaitu "Ambuyat" dan "Pangiram".........hahhahaha...mula-mula neok macam pelik jerk,....tapi aku bedal jerk...haha...sedap jugak......

Ambuyat ialah sejenis makanan tradisi orang Sabah.Ianya diperbuat dari sagu rumbia yang dimasak sehingga likat. Cara memakan ialah dengan mnggunakan lidi yang dipatahkan seperti chop stick.Lidi tersebut hendaklah dipusing supaya sagu tadi terbelit di lidi......lepas cicah dengan sambal ikan bilis/belacan/sardin dsb mengikut kesesuaian.....huhu.....aku sorang jerk cikgu laki...yang lain semua sudah pulang....hahaha.....

Nie lah "AMBUYAT"...popular di Papar....

Cicoh Denge Sardin

Cikgu Cikgu Berkampung di bilik guru untuk makan ambuyat sambil borak borak...

Pangiram/Kuih popular di Kota Belud.....
Seronok bha...hahaha...macam macam aku belajar hari ini...insyaALLAH moga lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa sehingga berjaya.....Amin..........

Saturday, May 14, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 7 = Selamat Berjaya Anak-Anak ku

Minggu depan insya-ALLAH anak anak murid aku di Sekolah Pekan Pitas II akan menghadapi peperiksaan semester mereka yang pertama......alhamdulillah setelah tiga bulan aku datang di sekolah itu....aku cuba sedaya upaya untuk berkongsi ilmu dan mengajar ilmu dan pengetahuan kurniaanNYA kepada mereka dengan penuh sabar..oppsss..kadang kala terhilang juga sabar aku.....masih teringat aku bagi ceramah kat budak tahun 6 kelas aku kerana ramai yang gagal dalam gerak gempur yang pertama.....

Masih sangat ramai antara anak-anak murid di sekolah aku dan boleh dikatakan sekolah lain juga mengalami maslaah yang sama.......masih lemah dan perlu dibentuk semula walaupun sudah menjadi buluh kerana rebung yang tidak kuat dan utuh....

Penguasaan terhadap whole number dan basic operation masih agak lemah dan sangat perlu diperbaiki......insyaALLAH aku akan buat yang terbaik.....maaf anak-anak murid ku kerana terkadang dalam didikan ku terdapat suara yang tinggi, marah dan cubitan yang tidak aku sengaja demi untuk mendidik kamu menjadikan manusia seorang manusia....

Cabaran seorang guru bukan mudah......kata orang "jadi cikgu senang, balik awal...time cuti sekolah panjang cutinya...."...sungguh indah kata kata itu....but one you enter that field...you will know how true that phrase......proses memanusiakan manusia perlu dengan pelbagai persediaan daripada semua aspek kehidupan.....

Semoga tabah dan bersemangat semua guru-guru di Pekan Pitas II tidak terkecuali semua guru-guru di Malaysia....Selamat Berjaya anak-anak murid ku semua..moga segala ilmu bermanfaat buatmu meneruskan kehidupan......

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Saturday, May 7, 2011

Kembara Pitas CAPSULE 6 : Mari Mengundi PIBG

Minggu lepas sekolah aku adakan pemilihan ahli jawatankuasa baru untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk tahun 2011/2013....ini mungkin first time aku join mesyuarat PIBG sekolah...sebelum nie masa praktikum aku tak pernah berpeluang mengikuti mesyuarat PIBG sekolah tempat berpraktikum...time sekolah?? haha...time sekolah aku dulu masa diadakan mesyuarat PIBG aku siap cakap kat mak ayah aku ag..haha..tak payahlah datang....baik duduk umah jerk...hahaha....mesti ar...dulukan duduk asrama..kalo mak ayah datang masa mesyurata PIBG tak dapatlah aku balik kampung....wawakakaka...hahahha....

Satu perkara yang menarik dalam PIBG ini ialah proses perlantikan untuk Yang Dipertua dan timbalajn PIBG dilaksanakan dengan proses mengundi...wow.....ini BARULAh....hahahhaha......tapi cuma tak sempatlah calon yang bertanding untuk berkempen...kalo ada masa berkempen...habislah...wawa....

BANNER SIMPLE TAPI BEST...sebab aku yang buat..hahahaha.....

Kotak Membuang Undi

Cikgu Cikgi SKPP II

Undi adalah rahsia....berahsia nau pak cik nie...hehe

GPK 1 dan Kak Rasida membuang undi

Proses Pengiraan Undi
huhu...semoga kepimpinan pada kali ini untuk PIBG 2011/2013 lebih mantap dan merencanakan banyak program untuk anak-anak murid SKPP II.....insyaALLAH..Jai Ho....Chaiyoookkkk!!!

Kembara Pitas CAPSULE 5 : Tuan Speaker Dewan

"Hazwan...kamu kene tolong-tolong untuk pertandingan perbahasan alaparlimen esok"
"Beres bos".....perbualan ringkas dengan GPK@ atau lebih mesra dipanggil datuk....

"Perbahasan Ala Parlimen"...hahahhaha...sudah lama bha aku tak mendengar perkataan itu....setelah tamat pengajian di sekolah menengah semakin lupa aku dengan perbahasan ala parlimen ini....peh.....di Sabah aku mendenar nya buat sekalian kalinya...hahahha..mantooop

Pada mulanya ditugaskan oleh Kak Farhana@Penyelaras program daripada PPD untuk menjadi penjaga masa....rupanya...terus diminta menjadi Tuan Speaker Dewan untuk perlawanan akhir Zon Utara itu....peh memang sengit lah perlawanan tersebut....memang mantap2 debater atau para ahli meja kerajaan dan meja pembangkang.....

BARISAN PIHAK KERAJAAN

hahahaha...Tuan Speaker Bidan Terjun

BARISAN PIHAK KERAJAAN
alhamdulillah dapat pengalaman yang best jadi tuan speaker dewan....teringat masa sekolah dulu....walaupun bukan jadi debater tapi pernah lah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program macam nie......teringat ungkapan rahsia setiap kali pertandingan perbahasan....Dengan ini Usul yang dibahaskan pada hari ini DITOLAK/DITERIMA......hahahahahaha......