Friday, January 15, 2010

Program Larian Amal Rintihan Palestin




Pagi yang indah..alhamdulilah..mendengar burung bertasbih riang..pohon dedauan berzikir gemersik nya....dapat ku lihat dunia hari ini setelah dimatikan buat seketika dari tidur lena yang sementara....

Seperti biasa hujung minggu pagi-pagi aku perlu berjogging...on the way ke Tasik Permaisuri..pemergian ku kesana di iringi beberapa budak junior yang juga kurasakan punya matlamat yang sama...

rupa-rupanya...di tasik ada program..program ape "Program Larian Amal Rintihan Palestin"...huhu..
seronok jugak join..sambil keluarkan peluh...sambil tu boleh aku menunjukkan sokongan kepada Palestin nie..

Waduh-waduh..panjang nya trek yang ditetapkan oleh pihak pengurusan...terasa nak gugur jantung dan paru paru ku....tapi demi Palestin ku gagahi juga ALLAH AKBAR!

Tepat Jam 10 pagi kami semua berangkat pulang...ibarat jaguh kami semua pulang dengan membawa hadiah masing-masing..aku je takder rezeki menang..maklumlah berat sangat..huhu



Sempat posing sebelum memulakan larian..huhu..antara kami sapa paling laju..mestilah aku..huhu

Kami lah juara hebat dan bertenaga.bersama-sama hadiah yang dimiliki mereka...ngee~

P/S Kata Rabi Yahudi Laknatullah "Jangan Bermimpi ingin mengalahkan Yahudi..jangan mimpi Palestin akan menang..jika makmum dan jemaah solat SUBUH tak seramai jemaah solat JUMAAT"...moga dapat muhasabah kelak tersingkap maghfirah..menjana muhasabah tenjalinlah aplikasi..amin...



GerHana MataHari

Alhamdulilah.....sudah masuk minggu kedua aku dalam tahun 2010...dah lama rasanya tidak update blog aku ni...maklumlah internet maktab laju semacam..nak access pon mudah sangat....

Alhamdulilah..macam macam terjadi minggu ni...moga-moga dapat meyingkap maghfirah di sebalik setiap satu kejadian yang terjadi dalam kehidupan kita...mudah mudahan ia mampu memuhasabah nurani seterusnya mencambahkan pohon amalan yang extravaganza demi mencapai mardotillah (keredhaan Allah)...

"Aku ader perjumpaan denga lecturer sempena MQA...adush....lemahnya nak pergi jumpa lecturer jumaat ri tu:

..bukan tak suka jumpa lecturer...nauzubillah..namun ada satu destinasi yang aku nak pergi ...satu tempat yang aku nak saksikan kebesaran ALLAH hari itu..memang itu impian aku selepas terselak majalah KOSMO tempoh hari...

"Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku pada Jumaat ini, bermula pada pukul 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 4.26 petang.Sumber :KOSMO"

Hehehe...tercapai juga hajat aku...lepas sahaja perjumpaan aku terus pecut merempit ke Masjid Negara..nak neok gerhana matahari dan yang penting aku nak Solat Sunat Kusuf khas untuk menunjukkan keyukuran sempena Gerhana Matahari yang berlaku jumaat yang lalu...

alhamdulilah...sampai sahaja aku di sana..imam baru sahaja menyebut "Dirikan saff"..memang rezeki aku...terima kasih Ya Allah...huhu...dapat juga aku merasa solat sunat Kusuf...

Camne nak solat...??

(Sahih Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam..

Seusai solat sunat kusuf...ada khutbah/ceramah ringkas daripada imam masjid negara...terharu dengar ustaz tu bagi ceramah...menitis dan menangis air mata ustaz tu masa menyampaikan ceramah tersebut..betapa beliau sudah merasai kemanisan iman pada ALLAH...insaf seketika...terasa hinanya diri ini...terlampau banyak dosa dan noda sudah aku canang di hadapan DIA...

Menyedarkan yang lena dan hanyut pada dunia. Mengubat kecewa dan duka hati pada dusta dan mungkir janji manusia.
Melembutkan egois dan meleburkan amarah pada segala khilaf dan salah manusia. Menenangkan jiwa yang sesak pada dunia. Menginsafkan yang bersalut dosa. Mengetuk pintu taubat yang jika sebelumnya masih tertutup rapat.


Inilah Fenomena Ge rhana yang berlaku pada 15 Januari 2010. Betapa besar keajaiban dan kebesaran ALLAH..











Meremang jiwa dan raga mendengar ceramah berbentuk nasihat daripada ustaz tersebut..


Andai tatkala ini diri di hisab?...di mana aku...syurga/neraka













P/S Kata Ustaz dalam ceramahnya....hendaklah sentiasa jaga diri...fenomena gerhana ini merupakan salah satu peringatan buat hambaNya....kerna ALLAH andai ingin menurunkan bala bukan hamba yang munkar yang terima malah umat islam seisinya akan kena bala dari ALLAH...pesan pada diri...jaga diri..hati..iman dan cuba elakkan diri daripada melakukan maksiat...amin...

Saturday, January 9, 2010

Jom Derma Darah

Alhamdulilah....dengan izinNya....semalam 8 Januari 2010 aku dengan sahabat aku, Pian mengorak langkah dengan pergi ke Pusat Darah Negara untuk menunaikan tanggungjawab sebagai penderma darah....

Kerapkali berkumandang di Radio dan Televisyen mengatakan negara kita kekurangan bekalan darah...Masya-ALLAH..kasihan mereka yang memerlukan darah tapi tidak mencukupi...mungkin dengan menderma darah yang diberikanNYA ini walau pengorbanan yang sehelai cuma, namun aku harap dapat membantu pada yang memerlukan...Amin....

Sepanjang berada di PDN (Pusat Darah Negara) kami diberikan layanan yang cukup mesra...pertama kali aku jumpa seorang wanita yang sangat peramah dan baik hati...umur macam sama..tapi aku still panggil kakak..huhu..maklumlah dalam keluarga semua lelaki...sejuk hati kami menerima layanan daripada beliau...

"Moga darah yang ALLAH pinjamkan kepada aku ini..ingin aku kongsi kepada yang memerlukan..mudah-mudah bermanfaat"






p/s MOH DERMA DARAH KAMU....

Friday, January 8, 2010

Pengembaraan Diteruskan

Selepas itu...sepanjang minggu nier...aku berkesempatan untuk menziarah 2 buah masjid berdekatan dengan tempat aku belajar....

Sambil ziarah boleh dengar kuliah maghrib sekali daripada ustaz-ustaz berpengalaman...alhamdulilah....dapat tambah ilmu di dada.....walau mungkin sedikit tapi bermanfaat...insyaALLAH



Nie masjid baru dekat bandar tasik permaisuri...aku ngan pian maghrib di sini dan usai sahaja ada kuliah maghrib daripada seorang ustaz nie.. memag ilmu penuh di dada..kagum hamba yang kerdil ini mendengarnya..Nama masjid -Masjid AN-Najihin




Seterusnya, hari Rabu (5/01/2010) aku pergi ke masjid Saidina Osman kat Bandar Tun Razak....ada ceramah sempena Maal Hijrah tajuk ceramah "Kembara Hijrah Nabi"....seronok jugak dengar sampai Pian Tertidur...hahahahhaha



P/S Moh Kita sama-sama ke masjid atau surau berdekatan tempat kita....mudahmudahan bermanfaat untuk diri kita insyaALLAH

Rumah-Rumah Allah

Alhamdulilah......

Sekarang sudah melangkah ke tahun 2010...terlalu pantas masa berputar mengikut roda dan aturan Ilahi...sedar dan tak sedar sudah hampir 5 tahun pengajian aku di Bumi Waqafan Ipteknik ini....

Tahun 2010 nie,,,ada satu impian yang ingin aku laksanakan...aku nak menjelajah seluruh rumah ALLAh yang ada kat sekitar Kuala Lumpur ini...aku nak mengembara mencari masjid dan rumah-rumah ALLAH di sekitar tempat aku belajar...InsyaALLAH, bermula daripada aku sampai maktab aku dah mulakan pengembaraan untuk memenuhi impian aku ini...

Permulaannya...dah 5 buah masjid aku lawati...

Nie Masjid Asy-Syakirin kat KLCC..aku dengan sahabat aku, Pian-kaki jalan menjelajah ke masjid ini untuk menunaikan solat fardhu maghrib selepas kami selesai melihat pameran "Gegar Generasiku" di Dataran Merdeka Sabtu yang Lalu (1/1/2010)





sapa tak kenal masjid nier...Masjid Negara Lah...sebelum pergi Masjid KLCC nie..aku n pian pergi Masjid Negara nak solat Fardhu Asar...





Lepas tu..kiteorang pergi kat Masjid Muadz Bin Jabbar kat Desa Tasik...peh...tak agak-agak...23 masjid dalam satu hari...huhuhu

P/S Rumah ALLAH sangat banyak di bina dengn pelbagai reka bentuk...namun mengapa masih ramai umat Islam yang masih liat untuk mengunjungi Rumah-rumah ALLAh inii..bukan aper...masjid besar bagai nak rak...namun untuk memenuhkan saf pertama pon amat sukar....

"Maka Nikmat Yang mana satu ingin Kamu Dustakan" -Surah Ar-Rahman