Sedar tak sedar.....Imtihan bakal menjelma....tak kurang daripada sebulan jerk...imtihan semester nie akan menjelma....wow....mampukah aku...harap dapat maintain pointer n sejukkan hati ibu bapa dengan keputusan aku cukuplah...apa yang penting harap imtihan ini mampu memberikan seribu satu pengajaran dan pembelajaran pada empunya diri...Amin.....
Sunday, May 2, 2010
Mehnah dan Imtihan Bakal Meyinsing
Alamak...praktikum dah habis.....tiga bulan berlalu cepat sangat...wow....aduh.....
Sedar tak sedar.....Imtihan bakal menjelma....tak kurang daripada sebulan jerk...imtihan semester nie akan menjelma....wow....mampukah aku...harap dapat maintain pointer n sejukkan hati ibu bapa dengan keputusan aku cukuplah...apa yang penting harap imtihan ini mampu memberikan seribu satu pengajaran dan pembelajaran pada empunya diri...Amin.....
P/S Pesan kepada semua batch 7 PISMP selamat menghadapi imtihan yang bakal mendatang....buat yang terbaik semester nie...Moga kejayaan MILIK KITA SEMUA.....AMIN.....
Sedar tak sedar.....Imtihan bakal menjelma....tak kurang daripada sebulan jerk...imtihan semester nie akan menjelma....wow....mampukah aku...harap dapat maintain pointer n sejukkan hati ibu bapa dengan keputusan aku cukuplah...apa yang penting harap imtihan ini mampu memberikan seribu satu pengajaran dan pembelajaran pada empunya diri...Amin.....
Label:
AktivitiSeharian
"SELAMAT PENDEK UMUR"
| Bersama Roomate Kesayangan Di Rumah Cikgu Zali |
"Selamat Hari Lahir Juga"...kata si B....
Alhamdulilah 21 March yang lalu genap umur aku 23 tahun...fuh...dah makin tua dupanya aku nier....dapatlah sambut besday dengan roomate kesayangan aku....naz..dier pon sambut juga kelahiran dier 3 March...Nier suma plan Cikgu Zali...huhu....segonok dapat makan sama-sama....fuh...tak dapat lupakan moment tu...terimakasih naz..terima kasih abg Zali...yang penting...terima kasih Ya ALLAH....kerana aturkan semua ini untuk hamba yang hina ini...walau banyak dosa dilakukan, namun tetap diberikan kesempatan oleh DIA untuk mendapat rahmat dan kasih sayang NYA....
Semakin hari semakin kita menghitung hari bertemu dengan NYa...rugilah bagi orang yang menyambut hari kelahiran dengan suka ria dan perkara perkara lagha...kerana terlalu sukar untuk merumuskan apa yang tersimpul...dan terlalu sukar untuk menyuratkan apa yang tersirat...hakikatnya...semakin meningkat umur kita...semakin pendek umur kita...dan semakin kita bertambah usia...semakin perlu kita menghitung hari menghadapNYA......
P/S Selamat Pendek Umur Khairi Hazwan Bin Zolkipli.......Pesan Pada Diri yang Kerdil...semoga hari ini lebih baik daripada semalam...semoga tabah menempuh kehidupan...walau terpaksa sendiri...apa yang penting tetap terus berharap padaNYA....
"Biar Sendiri Hingga Hujung Nyawa, Asal Tak Sepi dari KasihNYa"
Label:
AktivitiSeharian
Dunia Yang TerlaLu Indah Untuk Aku TinggalKAn
| Wajah Warga Pendidik SK Sungai Lui |
terasa baru sahaja melangkah masuk di sekolah ini pada hari pertama...jauh di sudut hati berbisik....inilah sekolah dan persekitaran yang paling best aku pernah praktikum nak dibandingkan dengan praktikum sebelum ini..
Macam macam aku dapat kat sekolah ini...dengan pentadbir yang bagus...guru guru nya sangat berhemah tinggi dan boleh masuk punya orang...tak lokek dengan ilmu dan sangat komited dengan tugas...walau apa pon yang berlaku...walau berbeza pendaqpat..matlamat mereka hanya satu iaitu inginkan yang terbaik.
alhamdulillah..pengalaman mematangkan kita dalam kehidupan...InsyaALLAH akan aku cuba perbaiki mana yang patut...sangat perlu untuk memperbaiki diri yang sehelai cuma...waktu terasa sangat cepat berlalu....moga minggu minggu akhir di sekolah ini memberikan seribu satu makan untuk aku jadikan loncatan untuk mengharungi kehidupan...
hurm...hari nie...tanggal 2 Mei....sudah tamat praktikum aku...pejam celik...terlalu sekejab dan pantas masa berlalu pergi...dosa dan noda semalam biarlah rahsia untuk memperbaiki diri....apa yang penting kemampuan diri untuk terus berjuang pada masa akan datang....rindu rasanya.....dengan hilai ketawa cikgu di sana...gurau senda yang tak pernah lekang di bibir mereka membuatkan diri ini terlalu sedih untuk meninggalkan dunia yang baru sahaja 3 bulan aku huni itu......namun perjuangan perlu diteruskan kerana mengejar cita dan redha ILAHI....moga tetap terus tabah menghadapi mehnah dan ujian dariNYA...
P/S Guru Umpama Lilin yang Membakar...Sekali Kita menjadi guru...selamanya di mana-mana kita akan di panggil "cikgu"...hatta setelah bersara nanti...kita tetap akan memegang amanah dan title seorang insan bernama "Guru/Cikgu". Ya ALLAh ikhlaskan lah hatiku untuk menjadi seorang yang bukan sahaja berkongsi ilmu tetapi pendidik,murobbi dan mua'llim yang baik dan soleh...mungkin bukan yang terbaik di mata yang memandang..tetapi biarlah terbaik di mata sendiri..
Label:
AktivitiSeharian
Thursday, April 1, 2010
Apakah Itu Pengakhiran Sebuah Ukhuwah
-"Kau jangan terasa ati kalau aku mule jauhkan diri daripada kau lepas nie taw wan.."
"Lah...nape plak abang...."
"Aku tak nak kisah silam aku yang lama ilang berulang kembali..."
"Dah tekad?..lebey kurangla. tak nak dan takut menyayangi orang sangat-sangat"
"dahla aku ni sukar menyayangi dan disayangi..........."
"Takperlah...asalkan kamu bahagia...sudah memadai bagiku"
"alhamdulillah....... tapi aku tau ko mudah disayangi makhluk lain nnt..............."
"isk isk isk.... payah benar diri bile diruntun jiwa yang derita...... ''
Persahabatan...ukhuwah...sayang sebuah persahabatan..adakah ia memberikan kesan di runtunan hati..tidak bergetarkah jiwa melihat betapa tingginya ukhuwah Saidina Abu Bakar kepada Nabi Muhammad SAW....tidak terpanakah kita pada pengorbanan Saidina Ali menggantikan tempat tidur Nabi ketika peristiwa hijrah.....atau adakah hanya dilemparkan diketerpanaan celahan mata yang penuh dengan noda..
Saban hari mengharungi kehidupan di bumi waqafan ini, kita dipertemukan dengan bermacam macam insan dan manusia yang mempunyai pelbagai ceritera dan perangai....
Ada yang kita rasa cukup kita sayang namun di mata mereka kita hanya sampah dan cebisan hina yang tidak bernilai....ada yang kita rasa kehadirannya sangat menggangu dan menyemak dalam kehidupan kita namun di mata mereka kita cukup berharga dan tidak terperi nilaiya...alangkah indahnya mengharungi mehnah kehidupan ini andainya kita dipertemukan dengan teman/sahabat yang cukup baik di mata kita dan baik juga dimata mereka....ahh......indahnya hidup itu...terasa seperti ukhuwah itu manis dan mantop madunya....
Buat yang memahami...bagiku kau cukup berharga..peluang untuk mengenalimu cukup ku rasakan satu anugerah...sayang dan kasih yang kau curahkan cukup ku rasa untuk membahagiakan ku...gurau dan tawa mu cukup buatku terus tersenyum menghitung hari....kau ibarat sebutir permata yang di mataku paling bersinar antara yang berjuta...ku tidak atur pertemuan ini...apa yang ku harapkan Cuma bahagia...ku ingin mengharungi pancaroba ciptaan Ilahi ini dengan penuh semangat dan andai diizinkan kau berada di sisi bersama...
Jutaan terima kasih dan sekalung syukran jazilan kerana membawaku dan mengenalkanku kepada dunia mu..walau katamu dunia mu agak kecil...namun padaku kau cukup segalanya...terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan ceritera untuk dijadikan motivasi mengharungi kehidupan...namun ku ketahui apa yang disuratkan untuk kita pasti ada tersiratnya....sesungguhnya...hanya kasih sayang ALLAH pada kita tidak akan ada akhirnya...cintakan bunga...bunga pasti akan layu..sayangkan manusia...manusia akan pergi...namun sayangkan ALLAH..itulah cinta kekal abadi..itulah yang ALLAH ingin suratkan pada kita....
Andai benar ingin menjauhi..itu tidak mengapa..kerana ku mengerti danku memahami...ku akui aku juga sedang melakukan perkara yang sama pada rakan-rakan ku yang lain yang ku sayang lebih daripada diri sendiri...hati ini sudah banyak dilukai dan dicoretkan derita dan duka...mungkin kau hanya sekali....namun ku sudah berkali kali...usai seorang hadir yang lain usai juga seorang..begitulah silih berganti sebuah kehidupan bernama aku....justeru tatkala kau melafazkan kata itu...ku gembira berulam sediy kerana ku tidak mahu pisang berbuah dua kali dalam kehidupan kamu......ku akui diri tidak boleh mementingkan diri sendiri..alhamdulilah....apa yang ingin kau lakukan itu.....kotakanlah....insyaALLAH ku sedar aklan batasan yang terbatas sepatutunya.....
Jauh di sudut hati...ku doakan kau bahagia....ingat “Jangan pilih jalan yang susah untuk bahagia”...
P/S Ada pepatah mengatakan andai kita jumpa orang yang amat baik dan sayang pada kita jangan dilepaskan mereka kerana mungkin kita takkan berjumpa lagi dengan orang sepertinya....sekurang-kurangnya..bahagiakanlah insan yang anda sayang dan hargailah mereka sebaik mungkin sebelum perpisahan menjengah kehidupan pasti kita akan menyesal di kemudian hari...Janji ALLAh itu pasti...tiap pertemuan pasti akan ada sebuah pengakhiran kalimat bernama perpisahan....Renung-renungkan dan selamat beramal.....
Label:
Persahabatan
Ibu Aku Rindu Padamu
Tatkala diri sendiri mengharungi perjuangan yang amat mencabar ini, terpana aku pada satu nama yang amat aku rindu...pada satu nama yang amat aku rindu dan sayang...satu satunya wanita yang pertama aku kenal dalam hidup aku...wanita pertama yang aku abdukan diri hingga hari ini..
Ibu...teramat rindu aku pada mu....tak tertanggung sedih rasanya apabila melihat video dan rakaman penderitaan ketika ibu melahirkan aku....angah amat menghargai jasamu ibu....pohon maaf kerana tatkala ibu di sisi angah selalu banyak buat ibu menangis...alhamdulilah...angah berjanji biarlah dunia meyisihkan angah namun jika ada seorang ibu sepertimu,pasti hilang segala penderitaan angah...
P/S Ya ALLAH, jangan Kau ambil nyawa ku sebelum aku sempat membalas segala jasa ibu dan ayah ku...Ya ALLAH...jangan Kau ambil nyawa ibu dan ayah aku sebelum sempat aku bahagiakan mereka dengan apa yang aku ada...izinkan aku bahagiakan mereka sebelum mereka pergi bertemu denganMU...izinkan aku memberikan kasih sayang yang kau aku anugerahkan padaku untuk ku limpahkan pada mereka....Mak Ayah..ngah sangat sayang mak dan ayah....maklah dan ayahlah permata hati ngah dunia dan akhirat...Amin...
Ibu...teramat rindu aku pada mu....tak tertanggung sedih rasanya apabila melihat video dan rakaman penderitaan ketika ibu melahirkan aku....angah amat menghargai jasamu ibu....pohon maaf kerana tatkala ibu di sisi angah selalu banyak buat ibu menangis...alhamdulilah...angah berjanji biarlah dunia meyisihkan angah namun jika ada seorang ibu sepertimu,pasti hilang segala penderitaan angah...
alhamdulilah..kasih sayang mu melenakan ku
cinta mu menyedarkan aku
sayang mu memberikanku semangat yang tidak terhingga
senyumanmu menyejukkan hati..
suaramu mengubat segala duka dan lara...
kehadiran mu di sisi cukup buat diri ini bahagia
apa yang penting..
lahir daripada rahim mu cukup membuat aku bersyukur puya ibu sepertimu
| Permata HatiKu |
Subscribe to:
Posts (Atom)
