Wednesday, May 19, 2010

BimBingan Dan Kaunseling


"Alhamdulilah"

Paper B & K yang baru sahaja aku ambil Selasa Yang lalu berjalan dengan lancar...alhamdulillah dipermudahkanNYA untuk menjawab denagan baik...walau tidak ku ketahui betul atau pun salah..alhamdulilah...jawapan bagi setiap persoalan meniti jawapannya di lubuk fikiran...harapan apa pun natijahnya moga ilmu tersebut kekal dalam ingatan dan mampu membantu hamba yang kerdil ini menjadi seorang muallim, murobbi, muaddib yang sentiasa berusaha mencari kesempurnaan diri (teori Roger =p)
Insya ALLAh ada satu lagi paper "Action Research" untuk aku hadapi...huhu....hope boleh jawab jugak...Isnin depan aku akan masuk pula ke medan pertarungan itu..namun sementara itu akan ku cuba semampu mungkin untuk bersedia habis baik....

"Moga Kejayaan Milik Buat Insan Yang Berusaha...amin....yakin dengan janjiNya"

SELAMAT HARI GURU

Salam ukhuwah dari semut kerdil....

sudah lama tidak dicoretkan luahan hati di sini..maklumlah sibuk menerjah setiap pelusuk kehidupan sebagai hamba yang kerdil....

Tanggal 16 Mei merupakan guru diraikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.....so alhamdulilah...di peringkat institut telah diadakan sambutan hari guru yang cukup menarik sekali...Tahniah kepada JPP tahun 2010/2011 kerana berjaya menghasilkan Sambutan hari Guru yang cukup sempurna walaupon ada kelemahan biasalah..itulah kehidupan di dunia seperti roda......

Berlegar legar wajah wajah suci guru guru yang pernah mendidik diri yang kerdil ini...cukup banyak pengalaman manis dan indah yang tak dapat dilupakan...alhamdulilah masih sempat ku utus ucapan "Selamat Hari Guru" kepada mereka tanda ingatan tulus ikhlas...seronok mereka dapat pesanan ringkas (sms) daripada anak murid yang telah lama mereka tinggalkan dalam sejarah hidup mereka...namun insyaALLAH selagi mampu bernafas..nama mereka akan tetap berlegar di benak fikiran ini.......

Selamat Hari Guru cikgu...jasa kalian takkan dilupakan...kau telah mengajar aku pelbagai erti kehidupan...moga ALLAh rahmati kamu semua.....benarlah kata pujangga jika "hari ini seorang manusia menjadi doktor, askar,pemimpin dan siapa pon kita di mata dunia ini" semua nya adalah hasil titik peluh seorang insan bernama guru......juga di tujukan kepada semua insan bergelar guru semoga sentiasa tabah mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang berkualiti pada masa akan datang....

"Selamat Hari Guru"
"Guru PEmbina Negara Bangsa"

P/S Hamba yang kerdil ini juga akan menjadi seorang guru....semoga dapat menjadi setabah mereka sekuat mereka semesra mereka guru guru pembangun ummah penerjah kejayaan insan bergelar manusia

Jadilah seorang guru yang Hadirnya Di TUNGGU, Hilangnya Di RINDU....Ilmunya DI BURU..Nasihatnya DISERU..mampukah aku..insyaALLAH..amin.......



Sunday, May 2, 2010

Pesan Pada Diri

buat jiwa-jiwa yang diuji..
ayuh sama2 kita baca luahan ini!

bismiLLAH

kataku luah
agar diberi rencah
hidupan bermakna
yang mengiringi perjalanan ini
menuju syurga

terimalah jiwa ini,

YA Allah
hitamnya jiwa ini
kerana jauhnya aku dariMu
karatnya jiwa ini
kerana lupa aku kepadaMu
terhirisnya sanubari ini
kerana aku tidak menyedari
dugaan itu Kau hadirkan
bersamanya sifat RahimMu yang membelai
menjadikan manusia derita terasa bahagia
tatkala satu luahan itu dirasa
Reda itu tercipta

terimalah jiwa ini

Allah
ku akui hinanya kalbu ini
menari-nari bahagia bersama dunia
lantas kulupa keagungan waktu yg Hakiki
akhirat yang menanti
tenggelam diriku di lautan samudera
namun tidaklah Kau menzalimi hambaMu
kerna Kau tahu
SifatMu yang sentiasa Menyayangi
Kau beri seranting harapan
agar tidakku terus tenggelam
kelemasan dalam dunia yang melalaikan

terimalah jiwa ini

YA GHAFUR
setinggi langit dosaku padamu
x terpikul diriku ini
namun Kau janjikan seluas semestaMu
nikmat taubat itu
kealpaan membutakan mataku
dengan rahmat PemaafMu
maka ku serahkan diri ini
setelah diseru melalui dugaan hadiah dariMu
agarku segera berlari
kembali memaut tali-taliMu
yang bisa menyelamatkan aku
daripada bahangnya neraka itu

terimalah jiwa ini...ya Allah

saat ku meredhai kehidupan ini
sinar harapan kuhampar
agar redhaMu dapat menyelimuti
setiap hembusan nafasku
setiap derap langkahku
setiap saat
setiap waktu...


P/S Wahai Diri renungilah coretan ini.....biarlah pedih menyiksa naluri...namun nawaitu tetap tuntutan batin suci...janganlah dipersalahkan kaki yang melangkah...jangan juga persalahkan insan di sekeliling...segalanya bermula daripada hati.....buat insan yang diuji dengan apa ujian sekali pon...bangkitlah...janganlah jadikan ianya sebagai satu mehnah yang perlu ditangisi....kuatkan hati...jaga hati...diri...dan iman....kita hambanya....walau seluas lautan dosa kita...tentunya ada ruang untuk kita kembali...pesanan pada diri dan insan yang diuji,....

Mehnah dan Imtihan Bakal Meyinsing

Alamak...praktikum dah habis.....tiga bulan berlalu cepat sangat...wow....aduh.....


Sedar tak sedar.....Imtihan bakal menjelma....tak kurang daripada sebulan jerk...imtihan semester nie akan menjelma....wow....mampukah aku...harap dapat maintain pointer n sejukkan hati ibu bapa dengan keputusan aku cukuplah...apa yang penting harap imtihan ini mampu memberikan seribu satu pengajaran dan pembelajaran pada empunya diri...Amin.....

P/S Pesan kepada semua batch 7 PISMP selamat menghadapi imtihan yang bakal mendatang....buat yang terbaik semester nie...Moga kejayaan MILIK KITA SEMUA.....AMIN.....

"SELAMAT PENDEK UMUR"

Bersama Roomate Kesayangan Di Rumah Cikgu Zali
"Selamat Hari Lahir"....kata si A

"Selamat Hari Lahir Juga"...kata si B....

Alhamdulilah 21 March yang lalu genap umur aku 23 tahun...fuh...dah makin tua dupanya aku nier....dapatlah sambut besday dengan roomate kesayangan aku....naz..dier pon sambut juga kelahiran dier 3 March...Nier suma plan Cikgu Zali...huhu....segonok dapat makan sama-sama....fuh...tak dapat lupakan moment tu...terimakasih naz..terima kasih abg Zali...yang penting...terima kasih Ya ALLAH....kerana aturkan semua ini untuk hamba yang hina ini...walau banyak dosa dilakukan, namun tetap diberikan kesempatan oleh DIA untuk mendapat rahmat dan kasih sayang NYA....

Semakin hari semakin kita menghitung hari bertemu dengan NYa...rugilah bagi orang yang menyambut hari kelahiran dengan suka ria dan perkara perkara lagha...kerana terlalu sukar untuk merumuskan apa yang tersimpul...dan terlalu sukar untuk menyuratkan apa yang tersirat...hakikatnya...semakin meningkat umur kita...semakin pendek umur kita...dan semakin kita bertambah usia...semakin perlu kita menghitung hari menghadapNYA......

P/S Selamat Pendek Umur Khairi Hazwan Bin Zolkipli.......Pesan Pada Diri yang Kerdil...semoga hari ini lebih baik daripada semalam...semoga tabah menempuh kehidupan...walau terpaksa sendiri...apa yang penting tetap terus berharap padaNYA....

"Biar Sendiri Hingga Hujung Nyawa, Asal Tak Sepi dari KasihNYa"